Friday, August 16, 2019

SUN LIFE MALAYSIA | HAIRUL AZREEN SEBAGAI DUTA JENAMA BARU


Sun Life TAKAFUL

Pernah ke korang dengar tentang Sun Life Malaysia Assurance Berhad dan Sun Life Malaysia Takaful Berhad (Sun Life Malaysia)? Atau korang sendiri merupakan salah seorang dari pelanggan mereka? Setahu saya kedua-dua jenama ini merupakan pembekal insurans hayat dan Takaful Keluarga yang ada di Malaysia ni.


Leo Grepin, President of ASEAN, Sun Life Financial Asia; Hairul Azreen, Brand Ambassador of Sun Life Malaysia; and Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia
Pada 7 Ogos 2019 yang lepas, kedua-dua jenama ini telah bergabung dengan melantik pelakon Hairul Azreen sebagai duta baru kepada jenama mereka. Hairul Azreen dilantik sebagai duta untuk memperkenalkan dua tawaran baharu yang akan memberikan rakyat Malaysia jaminan dan kemudahan kewangan yang lebih baik.

Pelan Sun Infinity-i

Pada majlis tersebut mereka telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu pelan Sun Infinity-i yang merupakan pelan takaful sejagat yang dirancang untuk memberikan rakyat Malaysia fleksibiliti kewangan berdasarkan kemampuan dan keperluan mereka.

Sun Infinity-i adalah pelan simpanan jangka pendek yang menyediakan:
  • Sumbangan fleksibel dan jangka perlindungan untuk memenuhi keperluan individu dan memenuhi kustomisasi seperti jumlah simpanan, tempoh simpanan, dan tempoh liputan;
  • Meningkatkan pembayaran tunai tahunan, bermula dari akhir tahun kontrak pertama hingga matang;
  • Sun Infinity-i menyediakan perlindungan ke atas kematian dan hilang upaya menyeluruh sepanjang tempoh perlindungan.
  • Sun Inifinity-i juga akan membayar wakaf/derma daripada jumlah sumbangan takaful yang dibayar apabila berlakunya kematian orang yang dilindungi.
  • Manfaat ihsan ini akan dibayar kepada Yayasan Waqaf Malaysia, dan/ atau organisasi wakaf atau organisasi kebajikan lain.
  • Manfaat matang dengan bayaran sekaligus.

Semasa pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden / Ketua Negara Sun Life Malaysia, Raymond Lew berkata,
"Sun Infinity-i telah direka menurut keperluan Pelanggan kami. Walaupun kita semua berusaha keras untuk menjamin masa depan yang lebih cerah untuk diri kita, cabaran kewangan tidak boleh dijangka kepada sesiapa pun. Sun Infinity-i adalah penyelesaian Sun Life Malaysia untuk merancang jaminan masa hadapan yang lebih selamat dari segi kewangan dengan mudah.”
"Sun Infinity-i menawarkan pilihan pembayaran dan terma kontrak yang berbeza bagi Pelanggan kami supaya mereka dapat memilih kombinasi yang sesuai berdasarkan keperluan mereka; manakala faedah pembayaran tunai yang semakin meningkat memberikan mereka aliran pendapatan yang mantap untuk perancangan kewangan mereka dalam jangka masa panjang. Pelan ini memberikan pelanggan kami penyelesaian yang sempurna untuk membantu mereka menguruskan wang dengan cekap serta bersedia dalam keadaan yang tidak disenangi, "katanya.
Aplikasi SunAccess

Selain dari itu, pada majlis yang sama mereka telah melancarkan aplikasi mudah alih SunAccess baharu yang membolehkan pengguna mereka untuk mengakses e-penyata bagi pelan insurans /takaful mereka bila-bila masa, di mana sahaja, dan juga mengemukakan tuntutan mereka melalui aplikasi mudah alih. 


Aplikasi mudah alih SunAccess baharu
"Kini, Pelanggan dapat menikmati kemudahan berganda sambil mengawal jaminan keselamatan kewangan mereka melalui aplikasi mudah alih SunAccess yang baru dilancarkan. Pelanggan dapat melihat e-penyata mereka melalui telefon pintar mereka - mewujudkan pengalaman yang cepat, selamat, dan mesra alam," tambah Raymond.
Perkhidmatan yang sebelum ini boleh didapati melalui portal web Sun Life Malaysia, kini boleh didapati di Google Play Store dan Apple App Store. Pelanggan Sun Life Malaysia dapat menikmati pengalaman yang lebih baik dengan lebih banyak ciri dalam aplikasi mudah alih yang dipertingkat ini seperti log masuk biometrik, push notifications dan penyenaraian harga unit.

Raymond Lew, CEO and President/Country Head of Sun Life Malaysia; Hairul Azreen, Brand Ambassador of Sun Life Malaysia; and Leo Grepin, President ofASEAN, Sun Life Financial Asia

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Presiden ASEAN Sun Life Financial Asia, Leo Grepin yang berkata,
"Sun Life telah beroperasi di Asia selama lebih daripada 125 tahun dan ia adalah segmen yang paling pesat berkembang dalam perniagaan kami hari ini. Kami menjaga dan mengutamakan Pelanggan kami dalam setiap langkah diambil. Sun Infinity-i akan memperkasakan lebih banyak rakyat Malaysia untuk bermula dari awal dalam melindungi masa depan kewangan mereka, dengan kemudahan aplikasi SunAccess.”
Duta Jenama yang baru dilantik untuk Sun Life Malaysia serta wajah Sun Infinity-i, Hairul Azreen berkongsi semasa pelancaran,
"Saya percaya Sun Infinity-i adalah pelan yang ideal untuk semua tanpa mengira umur dan status - dengan fleksibiliti dan ciri disesuaikan yang pasti akan memberi manfaat kepada orang ramai dengan peningkatan pembayaran tunai tahunan yang menjadi tumpuan yang jelas. Saya dengan bangganya berkerjasama dengan Sun Life Malaysia untuk memperkenalkan rancangan ini kepada pengguna. "
Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Infinity-i, SunAccess, atau lain-lain tawaran Sun Life Malaysia, sila layari: www.sunlifemalaysia.com

Berhubung Bersama Sun Life Malaysia
#SunLifeMalaysia
#LifeIsBrighterUnderTheSun

16 comments:

  1. 1st time to know of this insurance, glad that you sharing here as now we know. Shall let my friends to know too.

    ReplyDelete
  2. First time dengar insurance sun life.bagusnye siap ada apps dia

    ReplyDelete
  3. Kelebihan untuk rakyat negara kita di mana kita boleh memilih sendiri mana syarikat takaful yang berkenan di hati. Bukan apa, masih dalam kategori jarang rakyat negara kita memiliki lebih dari 1 takaful berbanding negara maju seperti Jepun. Apa pun terbaik juga perkongsian tuan :)

    ReplyDelete
  4. pernah dgn sunlife. tak pasti plak keberhasilan produk nyer.
    penting ada insuran. menjamin kehidupan kita.
    pilih la insuran yg bersesuaian dgn lifestyle dan kemampuan.
    tak byk, sikit pun ok. yg penting ada back up if anthing happen.

    ReplyDelete
  5. Wah ada plan Insurance Sun Life ini. Macam menarik ja Naim tengok. Terima kasih share satu perkara yang baharu bagi Naim

    ReplyDelete
  6. Congratulations to the company for it's big milestone. It is necessary for a company to continue grow and expand into new venture

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this first encounter with this brand will do more research about it.

    ReplyDelete
  8. Tahniah kpd hairul azreen terpilih sebagai duta bagi sunlife malaysia. Hopefully dpt bawa kesedaran ttg pentingnya untuk setiap orang ada takaful . Mesti bergetar tulang rusuk gadis2 tengok hairul ni ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  9. haa bagus lah ada apps macam ni so senang pelanggan nak track. bukan ape, sekarang dunia makin canggih dan matematik itu wajib untuk mengira simpanan masa depan.

    ReplyDelete
  10. Tahniah Hairul Azreen.
    Bagus nya bila pelan insurance ikut kemampuan & flexibility pelanggan dan pada masa yang sama masih melindungi dengan baik.

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar Sun Life ni dalam radio. Masa tu tak berapa jelas dengan pelan Sun Life ni. Bila baca barulah faham. Tahniah juga kepada Hairul Azreen atas pelantikannya sebagai duta Sun Life

    ReplyDelete
  12. lepasnie mudahlah nak tengok penyata akauan kita dengan mengggunakan apps nie. tak perlu bersusah payah pergi ke bank dan ambil nombor giliran and daftar itu ini. okay nak install

    ReplyDelete
  13. Ala ingat Madi jadi duta Sunlife hehehehe kita pun selalu juga dengan tentang jenama insuran ni memang yang paling lama dan juga syarikat yang boleh dipercayai untuk seisi keluarga...

    ReplyDelete
  14. Macam menarik lak sunlife insurance ni ek lagipun jarang tgk artis jadi duta insurance

    ReplyDelete
  15. Wah!! Pelah yg menarik.. Di samping utk keperluan n kepentingan ketika perlu.. Kita dapat berwakaf n menyumbang kepada yg lebih memerlukan sgt dituntut oleh mana2 agama..

    ReplyDelete
  16. pernah jadi pelanggan insurans sunlife suatu masa dulu.. lama dh la.. not bad! siap ada bayaran balik kalau x de wat claim...

    ReplyDelete