KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2018



Sedar tak sedar Hari Raya Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi, minggu ni orang dah mula sibuk dengan melengkapkan persiapan raya. Malah ada yang dah mula balik ke kampung halaman. Kalau dulu raya kita lebih meriah dengan membalas kad-kad raya. Tapi zaman dah berubah, kad raya sudah menjadi suatu yang sangat rare dan nostalgia. Tapi itu tak bermakna untuk kita lenyapkan budaya memberi ucapan raya ini kerana ada pelbagai medium yang boleh kita gunakan sebagai tanda mengingati saudar dan kawan-kawan kita.

SENARAI KOLEKSI UCAPAN DAN PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI 2018


Berikut saya sertakan koleksi ucapan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun 2018 khas untuk korang yang mahu dedikasikan ucapan melalui sistem aplikasi komunikasi WhatsApp atau di  sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

PANTUN HARI RAYA AIDILFITRI

Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.
--------------------------------------------------------------------------- 

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Makan sudah bersalam pun sudah
Duit raya jangan dilupa

--------------------------------------------------------------------------------

Anak harimau berlari-lari,
Sambil berlari memakan roti,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf seikhlas hati.

--------------------------------------------------------------------------------

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.

--------------------------------------------------------------------------------

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang

-------------------------------------------------------------------------------

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin

---------------------------------------------------------------------------------

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih

-----------------------------------------------------------------------------------------

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!)

-----------------------------------------------------------------------------------------

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.


UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI

“Lisan kadang-kadang tak terjaga, 
Janji kadang-kadang terabaikan, hati kadangkala berprasangka, Sikap kadangkala menyakitkan. harapan ini menjadi indah jika selalu ada maaf diantara kita. Syawal akan menjelang. Mohon Maaf zahir dan Batin” 

----------------------------------------------------------------------------------

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.
Daripada:....

-------------------------------------------------------------------------------------

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, 
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa. 
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati 
Allah (nama penghantar dan family)

-------------------------------------------------------------------------------------

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya 
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra

-------------------------------------------------------------------------------------

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

------------------------------------------------------------------------------------ 

“Ya Allah, Muliakanlah Saudaraku ini, bahagiakanlah Keluarganya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan ibadahnya, jauhkanlah dia dari segala fitnah. Selamat Hari raya Maaf zahir Batin..” 

----------------------------------------------------------------------------------

“Sebelum sampai ke penghujung Ramadhan, sebelum orang berpusu-pusu nak hantar ucapan, dan sebelum network/line trafik jam..! diucapkan.. Selamat hari raya Aidilfitri. moga disambut merih disisi keluarga hendaknya..”

-----------------------------------------------------------------------------------

Anak kucing curi ketupat, kena kejar terlompat-lompat, nak hantar kad raya dah tak sempat, hanya SMS laa yang paling cepat.. Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin”

------------------------------------------------------------------------------------

“Jambangan Indah lagi berseri, menjadi hiasan di Aidilfitri, Sms dikirim penganti diri, tanda ingatan tak layu dihati. Selamat hari raya Maaf zahir Batin..” 

--------------------------------------------------------------------------------------- 

“Ramadhan berlalu sepantas larian Penagih dikejar Polis, Syawal tiba girang di hati bak menang kes 39B Akta Dadah berbahaya, hati bak seputih Syabu, kasih dihati sewangi ganja. Kami susun jari mohon maaf zahir batin biarpun dosa sekecil ecstacy.. Selamat hari Raya..” 

---------------------------------------------------------------------------------------- 

“Setitik embun dipohon rimbun, Di atap nipah air tergenang, Dosa tertimbun Mohon diampun, Silap dan salah jangan dikenang. Selamat hari Raya, Maaf Zahir Batin..” 

--------------------------------------------------------------------------------------

” Anak babun isap rokok salem, Rokok dibeli di kedai Pakya, Sebelum line telefon ni problem, Aku ucapkan Selamat menyambut Hari Raya..” 

-------------------------------------------------------------------------------------- 

Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari .........

--------------------------------------------------------------------------------------

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Daripada (nama penghantar dan family)

Selamat Hari Raya semua. Maaf Zahir Dan Batin

--------------------------------------------------------------------------------------

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

-----------------------------------------------------------------------------------------

B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..

---------------------------------------------------------------------------------------

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

--------------------------------------------------------------------------------------

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

--------------------------------------------------------------------------------------

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Semoga koleksi Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2018 yang menarik ini dapat dikongsi dan bermanfaat buat semua.

Post a Comment

2 Comments

  1. amboihh... sopan2 sgt pantun2 ni.. mesra gitu. hhehehe

    ReplyDelete
  2. Terima kasih share pantun.. Salam syawal dan selam lebaran.

    ReplyDelete