FUNGSI AKAUN 1 KWSP


KWSP cukup popular di kalangan Pekerja Swasta dan Pekerja Tidak Berpencen Sektor Awam. Ia merupakan caruman bulanan dari pihak majikan serta korang sendiri terhadap gaji bulanan yang diperoleh. Caruman bulanan itu akan disalurkan ke dua buah akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. 

Secara ringkasnya, caruman yang kita dapat setiap bulan daripada majikan itu akan dibahagikan kepada 70:30. 70% akan disalurkan ke Akaun 1 dan baki 30% lagi akan ke Akaun 2.

Apa fungsi sebenar Akaun 1 KWSP?

Untuk pengetahuan korang, simpanan dalam Akaun 1 KWSP adalah bertujuan untuk kegunaan selepas persaraan atau erti kata lainnya adalah simpanan untuk hari tua kelak. lanya juga untuk tujuan pelaburan dan tidak boleh dikeluarkan sepenuhnya sebelum mencecah usia 55 tahun. Akaun ini boleh diletakkan penama jadi jika meninggal dunia atau hilang upaya, masih ada waris untuk keluarkan duit simpanan. Walaubagaimanapun, wang yang ada di dalam akaun 1 ini dibolehkan untuk dilaburkan sebahagiannya di Unit Amanah contohnya.

Untuk maklumat lanjut tentang FUNGSI AKAUN 1 KWSP, korang boleh layari lawan sesawang KWSP di : www.kwsp.gov.my

Post a Comment

0 Comments