travel, food and lifestyle blog

Friday, June 08, 2018

RESIPI MUDAH LEMPENG KIWI CHEESE CAKE



Kali ini saya ingin kongsikan dengan korang resipi pencuci mulut yang sangat unik dan sedap hasil penggunaan dari produk-produk Fonterra. Resipi ini merupakan resipi fusion hasil gabungan menu signature makanan popular dari Malaysia dan New Zealand.

Kiwi Cheese Cake yang sejuk dan lembut dengan rasa yang sedikit masam dari buah kiwi sangat nikmat bila dihidangkan manakala lempeng yang merupakan makanan tradisi masyarakat Melayu di belah pantai timur Malaysia. Lempeng yang kebiasaannya dihidangkan dengan sambal tumis atau kelapa ini diberi nafas baru dengan terciptanya resipi ini. Siapa sangka menu “kampung” kini boleh bergabung dengan menu “luar” diangkat ke suatu tahap yang lebih tinggi didalam makanan kita hari ini.

Dengan kandungan bahan tenusu digunakan di dalam hidangan ini, ia dapat membantu menu ini disediakan dengan kaedah yang cukup mudah dan ringkas, dan apa yang lebih penting ianya sudah semestinya bahan yang sangat berkhasiat.

Kiwi cukup sinonim dengan negara New Zealand. Penghasilan Kiwi Cheese Cake pula adalah satu gabungan resepi ringkas yang sangat bagus dengan beberapa tambahan bahan yang menjadikan rasanya sama rata. Ianya juga merupakan satu hidangan pencuci mulut yang sangat simple dan tidak perlu dibakar.

RESIPI MUDAH LEMPENG KIWI CHEESE CAKE

Berikut saya kongsikan bahan-bahan dan cara membuat "Lempeng Kiwi Cheese Cake" yang boleh korang cuba. Saya banyak menggunakan bahan-bahan dari produk Fonterra untuk kualiti dan rasa yang maksimum.

NAMA RESIPI :

Lempeng Kiwi Cheese Cake

BAHAN-BAHAN :

A.Kek Keju Kiwi




  • 250g cream cheese
  • 1/2 cawan castor
  • 1 sudu besar gelatin
  • 1 sudu kecil perisa vanilla 
  • 110g yogurt Anlene (biasa) 
  • 250ml susu Fearnleaf (low fat) 
  • 1 biji buah Kiwi

B.Lempeng




  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • 250ml susu Fearnleaf (low fat) 
  • Butter (Anchor)
  • 2 cawan air
  • Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

A.Kek Keju Kiwi
  1. Panaskan periuk, masukkan cream cheese dan gula castor, pukul sampai kembang.
  2. Masukkan 1 sudu kecil perisa vanilla kacau sehingga sebati.
  3. Panaskan 250ml susu dan tambahkan 1 sudu besar gelatin, kacau sehingga sebati.
  4. Tuang susu panas yang ditambah gelatin tersebut ke dalam adunan dan kacau.
  5. Tambahkan 110g yogurt ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati.
  6. Tuang adunan ke dalam Loyang dan susun buah kiwi yang sudah dipotong kecil.
  7. Biarkan adunan sejuk seketika dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
B.Lempeng



  1. Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali garam dan butter. Kacau rata dan masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar.
  2. Panaskan non-stick pan, letakkan sedikit butter dan sapu sehingga menyeluruh. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng-sendengkan kuali, agak adunan merata.
  3. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya renggang sedikit dari kuali, terbalikkan dan masak sekejap lagi. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan
  4. Selepas adunan A iaitu Kek Keju Kiwi di sejukkan di dalam peti sejuk selama semalam, keluarkan dan apit dengan Lempeng yang baru di masak.
  5. Potong dan hias mengikut citarasa anda.
Bahan (A) + (B)


  1. Selepas adunan A iaitu Kek Keju Kiwi di sejukkan di dalam peti sejuk selama semalam, keluarkan dan apit dengan Lempeng yang baru di masak.
  2. Potong dan hias mengikut citarasa anda.

FIRST FEASTS FONTERRA BRAND MALAYSIA.

Korang semua berpeluang untuk menangi hadiah istimewa sempena dengan First Feasts Fonterra Brand Malaysia. Hadiah-hadiah menarik seperti Fujifilm Instax mini 8, Tefal Cookware dan produk Fonterra. Nak tahu caranya boleh ikuti langkah dibawah.

Cara penyertaan mudah saja :

  1. Like Facebook page Fonterra Brands Malaysia
  2. Like resipi LEMPENG KIWI CHEESE CAKE ini di facebook page Fonterra Brands Malaysia
  3. Komen nama yang paling kreatif sekali di resepi ini dan tag 3 rakan anda
  4. Share resipi ini untuk tingkatkan peluang korang untuk menang
Jangan lupa untuk cuba respipi ini ya. Selamat berpuasa korang.



Share:

13 comments:

  1. wah menarik nnya resepi mawardi ni, nampak macam best nak try je, macam mana rasanya tu... mesti rasa macam lemak lemak berkrim kan sebab rasa susu tu buat dia cheezyyyyy yo... kena try resipi ni,,

    ReplyDelete
  2. senang gak bahan-bahannya ek, mudah di dapati di pasaraya ni. ok ok boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  3. lempeng ala ala kek ni mmg favorite! kalau tengok pada resepi tu tak de la susah sangat. tapi tu lah, tak berapa rajin

    ReplyDelete
  4. Nampak menarik la menu ni. Lazat dan berkhasiat kerana mengandungi produk tenusu. Pastinya kaya dengan protin. Makan masa sejuk2 ni best ni.

    ReplyDelete
  5. wah berbakat juga memasak. Bolehla cuba resepi ni. Apa kata buat lagi untuk sis cuba pulak. Siap buat 2 resepi lagi tu. Kagum kita. Nanti nak try juga guna produk Fonterra dalam masakan.

    ReplyDelete
  6. pergh pertama kali tengok resepi lempeng macam ni..macam crepe durian pun ada..hehee..bahan yang digunakan pun lain dari yang lain..macam nampak sedap je..good luck madi

    ReplyDelete
  7. sedapnya nampak wakk! boleh cuba lah nanti,tak pernah terfikir ada produk lagu ni. sedap!

    ReplyDelete
  8. Ramainya tukang masak kat dapur tu hehehe best lah ada pembantu yang tolong masakan sekali. Patut Mawardi makin pandai memasak diajar oleh otai memasak Pena hehehe..

    ReplyDelete
  9. Dah macam taraf chef selebriti dah ni. Memang nampak sedap betul. Boleh berniaga dah ni hehehhehe.. abang bakers

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, kecur air liur kita puasa2 ni wak. Resepi nampak mudah, tapi sangat menyelerakan. Lepas raya nanti nak try buat

    ReplyDelete
  11. Heiiiiii awok, nanti masa raya buat satu eh. Terliur ni tengok... nanti next buat guna susu Fresh Milk lak madihah... confirm sedap nak mateyyyyy...he..ada bakat gak ko masak eh madi. Good job bros!

    ReplyDelete
  12. This looks so good already can't imagine what it will taste like. Will try out your recipe.

    ReplyDelete
  13. Thank you for the recipe! Boleh cuba buat nanti ataupun awak buat lagi untuk kitaorang rasa. Omnomnom!

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive