PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL



Sudah menjadi kebiasaan buat saya dan kawan-kawan ke NU Sentral, malah ianya juga telah menjadi meet point yang cukup selesa untuk kami jumpa dan melakukan temujanji kerana ianya terlalu dekat dengan public transport iaitu KL Sentral.

Setelah sekian lama, kerana mendapat jemputan untuk PAKEJ BUFFET RAMADHAN, saya baru tersedar akan kewujudan hotel yang cukup membuatkan saya teruja dengan konsep dan hiasan dalam yang cuba mereka tampilkan untuk para pengunjung mereka.



Jika bertanya kepada saya tentang konsep hotel yang saya suka, maka jawapannya ada apa  ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL. Berkonsepkan modern ala boutiqe hotelALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL cukup memberi inspirasi kepada mereka yang datang ke tempat mereka.



Sedikit info berkenaan  ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL. Ianya merupakan hotel dengan penginapan yang berkonsepkan moden, hanya 950 meter jauhnya dari pusat membeli belah NU Sentral dan 10 minit memandu dari Mid-Valley Megamall. Ini bermakna ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL juga berjarak hanya 28 minit perjalanan dengan menaiki ERL dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.


PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL


Restoran Nook telah menjadi lokasi untuk preview PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL. Sebuah restoran yang cukup unik dan saya rasa ianya boleh menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjung yang datang untuk makan di sini.


Untuk PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL ini, antara menu yang menjadi pilihan utama bagi pelanggan mereka untuk buka puasa adalah menu Kambing. 

Kambing panggang bersama nasi

Pengunjung boleh menikmati sendiri keenakan makanan buffet melayu seperti Kambing Sumbat, Kari Ketam, Rendang Daging, Udang Masak Lemak, Laksa Sarawak, bubur lambuk istimewa dan pelbagai jenis menu istimewa lain.



Bukan hanya terhad pada menu makanan Melayu, PAKEJ BUFFET RAMADHAN ALOFT HOTEL KUALA LUMPUR SENTRAL juga ada terdapat menu makanan Cina yang Halal. Antaranya sambal hitam ikan bilis, poached lamb shank, ikan stim, ikan saba panggang dan banyak lagi.


Pelbagai jenis kuih muih juga disediakan untuk dinikmati oleh para pengunjung Restoran NOOK di Aloft KL Sentral ini. Tidak hanya kuih muih tradisi Malaysia, kuih muih dan pencuci mulut seperti kek dan pelbagai citarasa antarabangsa juga ada disediakan. Antaranya, chocolate marshmallow tartlets, coconut panna cotta, dan hot almond cream.

Hidangan ini disedikan di NOOK Aloft KL Sentral bermula dari 8 Jun hingga 6 Julai 2016. Bayaran adalah hanya RM123 untuk seorang. Bagi ahli SBG, dapatkan diskaun 30% dari 8 Jun-12 Jun. Istimewa untuk yang menempah awal adalah RM95 untuk tempahan bawah 35 pax dan RM85 untuk tempahan 36 pax ke atas.

Ruang makan sekitar Restoran NOOK Aloft KL Sentral ini dikatakan mampu untuk memuatkan sehingga 200 hingga 220 pax dalam satu masa. Jadi buatlah tempahan awal.


Bagi mereka yang berkesempatan untuk menginap di sini pada bulan puasa nanti, korang boleh cuba menu buffet sahur mereka.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi:

Aloft Kuala Lumpur Sentral

5 Jalan Stesen Sentral,
Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur Malaysia

Telefon +60327231188
Fax +0327231158
Website: www.aloftkualalumpursentral.com

Post a Comment

6 Comments

  1. amboii meletop menu nya.. kambing tu comel je dia hias gtu hihihi teringin nak terjah sni pulak hihih

    ReplyDelete
  2. pergh, ni kalau berbuka kat sini, silap silap terus check in hotel haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau check in hotel boleh ambil set sahur sekali. eh eh

      Delete