Archive Pages Design$type=blogging

Lifestyle, Travel & Food Blogger

PENGALAMAN BERCUTI DI "PRIVATE ISLAND" VIVANTA BY TAJ, PULAU REBAK LANGKAWI

"PRIVATE ISLAND" VIVANTA BY TAJ, PULAU REBAK LANGKAWI


Hampir beberapa hari email kosong dari apa-apa singgahan email jemputan. Tapi, satu hari ada email bertandang datang membuatkan saya senyum buat seketika. Jemputan yang bakal membawa saya dan seorang lagi admin www.projektravel.com ke sebuah pulau persendirian yang berada di Pulau Langkawi, Kedah.


Sampai hari yang dinanti-nantikan, kami bersama beberapa team media lain telah berkumpul di Subang SkyPark Terminal – Airport , sebelum terbang ke Langkawi International Airport. Perjalanan kami ke Langkawi dengan menaiki Firefly tidak terasa begitu lama kerana masing-masing sudah terlalu excited dengan trip kali ni. Walaupun begitu, ada juga diantara kami sempat melelapkan mata mungkin kerana terlalu letih agaknya.

Panas di Kuala Lumpur terbawa-bawa ke Langkawi. Masing-masing berpeluh seakan baru disimbah air ke kepala. Masuk saja ke balai ketibaan, masing-masing menujukkan raut muka lega terlindung dari panas terik mentari dengan sejuk dari penghawa dingin. Disini juga kami telah disambut oleh beberapa orang staf resort yang bakal kami stay selama 3 hari 2 malam iaitu Vivanta by Taj - Rebak Island, Langkawi.


Tanpa membuang masa kami di lapangan terbang, kami telah dibawa oleh mereka terus ke Pelabuhan Cenang, untuk menaiki bot ke Vivanta by Taj- Rebak Island, Langkawi. Perjalanan menaiki bot ke resort hanya memakan masa 5 minit perjalanan santai dengan dari Pelabuhan Cenang. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi ke pelabuhan pula hanya dalam jarak 10 minit pemanduan.


Untuk pengetahuan korang, Vivanta by Taj- Rebak Island adalah resort bertaraf 5 bintang yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk setiap pengunjungnya. Korang juga berpeluang untuk melakukan aktiviti-aktiviti mendekati flora fauna, aktiviti berbasikal, berkayak dan yang paling saya suka ialah WiFi yang mereka sediakan adalah PERCUMA.


Vivanta by Taj- Rebak Island mempunyai ruang lobi terbuka yang cukup luas dan selesa. Kemudahan seperti perabot, sofa beserta kerusi cukup untuk memberikan keselesaan kepada pengunjungnya untuk meluangkan masa di sini.


Vivanta by Taj, Pulau Rebak menawarkan suasana pulau pribadi, dimana Laut Andaman biru langit begitu mengasyikkan suasana pantai yang sunyi dan hutan seluas 390 hektar untuk dijelajahi. Berkonsepkan rekabentuk bangunan tradisional Melayu, Vivanta by Taj, Pulau Rebak memiliki 94 buah bilik dan suites berbentuk villa kayu dimana ianya terdiri dari kayu Cengal yang menyatu dengan keindahan alam sekitarnya.


Kalau korang malas untuk berjalan ke bilik, perkhidmatan Shuttle PERCUMA ada disediakan dan bersedia untuk membawa korang ke bilik.


Sampai masa untuk kami check-in ke bilik, nampaknya bilik yang kami dapat memang sangat best, tengok sendiri kat bawah ni. *dah rasa macam nak honeymoon pulak kan. opsss. Satu unit chalet yang kami inap ni ada 4 unit bilik. Dua di bahagian bawah dan 2 lagi di bahagian atas. Bilik kamipula berada di tingkap atas.


Bilik yang mempunyai balkoni peribadi dan susun atur yang luas, bilik-bilik yang gaya tropika ini mempunyai perabot dan lantai kayu klasik. Bilik-bilik mandi mewah mempunyai ruang tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan.


Para tetamu boleh berenang di kolam renang luaran yang cukup selesa untuk anda bersantai. Biasanya kolam renang ini akan lebih menjadi pilihan untuk mereka yang datang dengan keluarga. Setiap petang ianya penuh dengan kanak-kanak.


Kalau korang perlukan perkhidmatan spa, jangan lupa untuk merasai sendiri pengalaman di Ulik Mayang Spa yang dilengkapi dengan kabana menghadap ke laut. *kalau tak nak yang terbuka, yang tertutup pun ada. hehe .

Waktu petang selepas asar sangat sesuai untuk kami basahkan diri dengan aktiviti berkayak. Berkayak ke seberang bersama mereka-mereka ke pulau untuk menunggu waktu matahari terbenam.


Korang boleh tengok sendiri bagaimana mereka beraksi, 2 buah pulau kami jejak dengan berkayak petang tu. Tapi hati-hati, sila pakai kasut untuk mengelakkan kaki anda luka terpijak batu yang tajam. *sebab tak pakai kasut, mendapatla kan .


Kalau rasa berkayak ni aktiviti yang memenatkan bagi korang, korang boleh cuba aktiviti seperti jetski macam diorang ni kan.



Memandangkan kami menaiki kayak, sebelum matahari terbenam penuh, kami semua buat keputusan untuk balik *takut gelap tak jumpa jalan balik nanti kan.


Selepas magrib, korang boleh memilih lokasi sesuai untuk makan malam. Dan kami telah berpeluang makan malam di STRAIT’S GRILL untuk menikmati makan malam berkonsepkan BBQ. Terpesona dengan pandangan yang menakjubkan perairan pantai terbentang luas. Rasa angin laut sambil menikmati makanan laut yang sangat fresh. *dengar cerita sebahagian daripada menu udang harimau bakar terbaik di Langkawi boleh didapati di sini. Ternyata ianya cukup sedap dan membuatkan saya tidur kekenyangan.


Opsss sekejap, jika korang datang kesini bersama isteri untuk honeymoon, ambil peluang untuk suprise kan isteri anda dengan makan malam penuh romantik di MOON DECK.


Ada banyak lagi tempat makan yang boleh korang nikmati di sini. Kalau korang nak tahu lebih lanjut korang boleh rujuk SINI.


Keesokan paginya kami telah bangun seawal subuh mentari untuk menikmati keindahan matahari terbit sambil menuju ke Pasar Awam Kuah untuk mencari bahan masakan untuk aktiviti memasak untuk makan tengahari.




Selesai beli barang-barang keperluan untuk masak, kami ke bahagian food court untuk sarapan pagi. Macam-macam juadah ada dijual disini, *orang ramai giler.




Hari terakhir, kami tamatkan aktiviti kami dengan "morning walk" ataupun "jungle trail" di sekitar resort untuk menikmati keindahan flora & fauna.


Apa yang saya dapat lihat, tetamu mereka majoriti terdiri dari mereka yang datangnya dari middle east. Ini tidak hairan kerana jenama ini cukup terkenal di negara-negara ini termasuk India, UAE, United Kingdom, US, Zambia dan banyak lagi. Jadi kalau korang tengah mencari-cari tempat bercuti seperti ini, inilah tempat yang terbaik untuk korang.

Insyaallah kalau diberi kesempatan, teringin jugak nak datang kesini lagi kan.

CIRI-CIRI HOTEL

Umum 

Perkhidmatan Bilik, Restoran, Berhawa Dingin, Bar Mini, TV Kabel / Satelit, Bilik Bersambung, Pengering Rambut, TV, Jubah Mandi, Pancuran Mandi, En suite, Bilik Mandi Persendirian, Tandas Persendirian, Kelab Kanak-kanak, Kedai Kopi/Kafetaria, Kawasan/Meja Berkelah, Makanan Tengah Hari Bungkus 

Aktiviti 

Bilik Kecergasan/Gim, Kolam renang, Meja Lawatan, Pusat Urut / Kecantikan, Gelanggang Tenis, Sauna, Mandian, Pantai Persendirian, Taman, Gelanggang Skuasy, Aktiviti Air, Biliard, Papan Damak, Memancing, Taman Permainan, Berkanu, Berkayak, Hiking, Urut, Pusat Spa & Kesihatan, Kolam Kanak-kanak, Permainan Tersedia 

Perkhidmatan 

Pusat Perniagaan, Concierge, Penyambut Tetamu 24 Jam, Cucian Kering, Perkhidmatan Penjagaan Bayi / Kanak-kanak, Bilik Persidangan, Pengurup Wang, Kakitangan Pelbagai Bahasa, Peti Deposit Selamat, Porter, Khidmat Kejut Tidur, Bilik Mesyuarat, Perkhidmatan Dobi, Sewaan Basikal, Kedai, Mesin Fotostat, Ruang Pameran, Storan Bagasi, Kedai Cenderamata/Hadiah, Daftar Masuk/Daftar Keluar Ekspres, Pengilat Kasut, Cucian Dobi Sendiri 

Internet 

Internet disediakan. Internet tanpa wayar di lokasi. 

Tempat Letak Kenderaan 

Terdapat perkhidmatan shuttle dari hotel ke lapangan terbang. 

Daftar masuk 

Dari 2:00 petang 

Daftar keluar 

Sebelum 12:00 petang

Alamat

VIVANTA BY TAJ - REBAK ISLAND
Kedah Darul Aman,
Langkawi,
P.O. Box 125
Malaysia

Email


Contact

+60 4 9665566
+60 4 9669973


Sumber Gambar : www.agoda.com , Gaya travel

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

2014 4G 90an AABC abang long fadil ABC accessories Adv advertorial Af af 2013. Afgan afy haniff Agama air asia airasiax airport ajl ajl 28 AJL29 Al-Quran alam flora Alamanda AlamSekitar amar Ambang Merdeka America's Got Talent Anak anak yatim Android Angry Bird animal animasi Anjung Seri apek aplikasi Apps arab arkitek army Art Artis Asam Pedas asia horizon atlet aurat australia avillion pd Ayam ayam panggang ayamas baba dan nyonya backpacker bag baju bag travel Baju Melayu Baju Raya balik kampung Bandung Bangi bangkok Banjir banjir kelantan 2014 bantu battle battles of penang Bayi bbq bc100 beita bekam Ben Ashaari Bencana Alam Berita berlayar best travel blog bgr Bijirin Bilik Sewa biotechnology bird Birthday Bitstrips blobal Blog Blog review Blogger Blogger masakan blogger party bloggerraya2014 boat noodle body cream body lotion Bola bola sepak bolasepak boling Book borneo brand Brunei Buah-buahan budaya Buffet Ramadhan bujang valley Buka Puasa Buku bulan madu Bunga Bunga Api bunuh diri burger Burger Bakar by hilton Cabaran 30 Hari cabaran 3o hari cabutan bertuah Caliph buskers cedera Cendol Cerai Cerita Che Mat Gebu chimistry lab chinease food christmas conference Contest cookies cool fever CoolBlog cruises culture cuti sekolah Cyberjaya d'saji Dakwah Dance darah dcollagen delifrance Malaysia demam denggi derma darah Design Designer destinasi menarik malaysia destination malaysia device Diana Amir dinner Doa doodle doraemon doremon double tree Douglaslim Drama ducati Duit Raya Durian durian tunggal Education ekonomi Emas English English Style entertainment escape room event expo Facebook family fashion fast food Fenomena Feryal Festival Fesyen Filem filem melayu financial fizo omar flashmob Flora Floria floria 2014 follow Follower Mingguan food food blogger Food Review foto fotografi fresh seafood frogman frsb fruit Fuh.my Fully Furnised Furniture Design GA Gadget galactic laser galaxy note 10.1 Galaxy Note 3 gambar Game Gathering gaya travel gaza GengBloggerSenget GengTwitterPutrajaya GengWhatsAppPutrajaya genting genting highland Give Away google Government Graduan grand launch grand millenium kl Gsc GST guardian Gunung di Jawa Barat Gunung Tangkuban Perahu gym hadith hadphone Hafiz AF7 Haiwan halau serangga Hantaran kahwin Hantu HARGA COKLAT Harga Minyak Naik harga passport hari natal Hari Raya Haji Hari Raya Puasa HEADER Hiburan hig HIJAB hijab tutorial hijrah hijrah couture hipster History hokkaido Holiday Hollywood homestay hotel Hotel Review hulu selangor Hutang ibb2014 ibubapa Iftar ikan Iklan ilmiah Iluminate Ilustrator ind indian food Indonesia industrial design Info Inovasi inspirasi instagram intense energie interior design internet ioi city mall putrajaya ipoh islam islamic islamik island istana budaya italy izzue islam jadual perlawanan jambang jatomi jenayah jepun jkkn Johor johor bahru jom jelajah koperasi Jualan Murah jubah lelaki jus jus mangga Kad Raya Kahwin Kajang Kajian Kaki Sembang Kamal Adli Kamera kampung kanak-kanak karaoke Karnival kartun kasut kaum kawan Kaya Kayu kbba kebajikan Kebersihan kebudayaan kecantikan kedah kedutaan kedutaan romania kedutaan rusia Kek kelab blogger ben ashaari kelambu Kelantan kelas rakyat keluarga Keluarga Blogger Senget kemalangan Kenangan Kenduri Keputusan UPSR kerang Kereta Kerja Kerjaya kesihat Kesihatan Ketupat keuwangan keyword Kfc khairul fahmi apek Khidmat kl sentral Klcc klia klia2 kmpen koir kebangsaan malaysia komedi Komik konsert kontes kontest travel Kotak krabi Kreatif krim muka krismas ktv kuala kubu bharu Kuala Lumpur Kucing kuih kuih siput kuih tradisional Lagu laman kayangan langkawi las vacas lasertag Lava Grill Lawak Lawak Ke Der 3 lazada lcct lego legoland Lelaki lembah bujang lenovo lenovo 916 Lesen lifestyle LIMA'2015 line lirik Logo Luar Negara lukisan macau machang maggi kambing magic magic show Mahal Majalah majlis majlis amal makan makanan makanan exotic makanan india makanan tradisional makeup Malaysia Malaysia Food mall mamak mangkat mas Masakan Masjid Besi Maskulin Master masyarakat jawa Mati Matic matic fest maut mawar fareeda media mee mee sampan mee udang melabur melaka Melancong melayu Memori Merdeka Meteor Perseid mhtt mid valley MIG miniland minuman Minyak Naik misteri Mitos mobile monopod Motivasi Movie mpo msmw2015 Muhasabah diri muslim Muslimah MUSLIMFIT muzik Nasi nasi arab Nasi Ayam nasi daun pisang nasi kukus nasi lemak nasyid nayid nbos NDU negeri sembilan new year Nikah nilai noodle nu sentral nusajaya nutri drink objek Office OKU online online shopping Open House Open House blogger orchestra pageview pahang Paintball pak john pak nil Pakaian pakej perkahwinan palestine pameran pangkor pantai Pantai Timur party pasport asean passport pelajar pelayaran penang island penawar Penawar rambut gugur pencuri Pendidikan penginapan pengsan pepero Perabot peraduan perak Peribadi Perkahwinan permainan tradisional perniagaan Personal perth Perubatan pesta wau Petua photografi Photoshoot phuket piala dunia piala dunia fifa 2014 Piala Malaysia Picc pizza pizza hut Place pomade popular port dickson Poster produk program projek iqra' projek kahwin projek travel promosi PRU Puasa puisi pulau Pulau Penang Pulau Perhentian pulau pinang pulau Redang Putrajaya racun perosak racun serangga Ramadhan rambut rasa italy rasamas Rasulullah Rawatan rawatan alternatif raya red worrior rempeyek Resepi resort resort world Resort World Genting restoran mamak Restorant review Review Filem review hotel review makanan Review Restaurant Review Restorant riadah rogol rokok rokok seludup rtm ruangeventspace rumah Rumah Sewa Rumah Terbuka rumah tradisional rusia russia russian food ruza malaysia rwgenting sabah Sahabat sahabat media Sahur sakit Sakit Darah Tinggi Saloma Bistro Saloon samsung samun sandwich Santai Santai Travel sarawak Sate Kajang school holiday Seafood secret recepie Segmen Sejarah sekolah menengah seks selamatkan gaza Selangor selatan selfie Selimut Gebu seludup Semulajadi Senaman Seni seni bina Senyum serai wangi Seram Serdang seremban sesame street shabat shah alam SHOES Shopping shopping mall Shopping Raya show showcase Sijil sing singapore siti nurhaliza skop skycab smartphone soda Software Solat SolidWorks song sony Spa spek murah squid jigging star cruise star cruise libra star wars staycation steamboat steamboat murah steamboat sedap Student studio fotografi suit Sukan sukarelawan sultan sungai petani Sunnah superstar Libra Syahid Syawal t-shirt tahun baru tai food taman Taman Tasik Cyberjaya taman tema taming sari tandas tanjak tapai pulut tawau Tazkirah teater teater mek mulung teatertradisional Technical Drawing teh tarik Teknologi Telefon Pintar telur ikan mayong telur sotong Tembak temerloh tempat tempat menarik terengganu testimonial thai thailand the ballroom throwback Tiffin biru Tiket bas times square tip tip melancong tips tips bijak wang Tok Guru tolong Touchscreen tourism malaysia tourism selangor traders hotel tradisi tradisional Transport Trauma Travel travel blog travel blogger travel contest Travel Mate treasure hunt Trip truly asia TRW tsdayout tudung tune hotel tune hotel klia2 Tutorial TV tv1 tv3 Tweeter Twitter Typo Ubat ubat asma ubat gout ubat insomnia ubat sakit darah tinggi ubat sakit jantung ubat stroke Ucapan Ucapan Raya ujang UJIBAKAT ulama ultraman umobile umum UNESCO Unifi Uniform UPM Upsr utara vacation Vantage vespa victoria bridge Video video klip virtual malaysia visit malaysia visit malaysia 2014 vmy2014 volunteer wangsa walk wanita Wechat weekend western australia western food wifi wireless wrap xes yong tao foo zapin zoo
false
ltr
item
Mawardi Yunus: PENGALAMAN BERCUTI DI "PRIVATE ISLAND" VIVANTA BY TAJ, PULAU REBAK LANGKAWI
PENGALAMAN BERCUTI DI "PRIVATE ISLAND" VIVANTA BY TAJ, PULAU REBAK LANGKAWI
"PRIVATE ISLAND" VIVANTA BY TAJ, PULAU REBAK LANGKAWI
https://4.bp.blogspot.com/-lbC4FSZ0wtU/Vyju2Kg3nWI/AAAAAAABKrM/HhIcRFuV5aM578y-wIiQO9JaoefYFkKugCLcB/s640/Vivanta%2Bby%2BTaj-%2BRebak%2BIsland%2B6.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-lbC4FSZ0wtU/Vyju2Kg3nWI/AAAAAAABKrM/HhIcRFuV5aM578y-wIiQO9JaoefYFkKugCLcB/s72-c/Vivanta%2Bby%2BTaj-%2BRebak%2BIsland%2B6.jpg
Mawardi Yunus
http://www.mawardiyunus.com/2016/05/pengalaman-bercuti-di-private-island.html
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/2016/05/pengalaman-bercuti-di-private-island.html
true
7508475202002579349
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago