Archive Pages Design$type=blogging

Lifestyle, Travel & Food Blogger

TERGAMAK PEMUDA INI MENGGADAI BARANG KEMAS & CINCIN PERKAHWINAN ISTERI SEMATA-MATA....

TERGAMAK PEMUDA INI MENGGADAI BARANG KEMAS & CINCIN PERKAHWINAN ISTERI SEMATA-MATA....


Tidak pernah lagi dalam mana-mana entry saya untuk bercerita tentang seseorang secara peribadi, tapi kali ni saya telah terbawa-bawa dan terlalu teruja kerana kisah kehidupannya yang unik dan sangat memberi inspirasi kepada sesiapa saja yang membacanya.

Beliau yang saya maksud kan ialah bernama Amran dan itulah antara tindakan yang pernah dilakukan olehnya semasa awal perjalanan sebagai seorang usahawan untuk membina empayar perniagaan dari bawah dan kini beliau merupakan pemilik rangkaian dobi Franchais AquaNano. *rujuk pada tajuk.

Beliau bukanlah dilahirkan daripada keluarga yang berada, tetapi semangat untuk memperbaiki taraf hidup selepas mengambil keputusan berhenti kerja dari Petronas Carigali sangat memberi inspirasi kepada golongan anak muda yang ingin memulakan perniagaan khususnya.
"Saya mengambil keputusan berhenti kerja sekitar tahun 2007 yang lalu.""Saya akui, keinginan untuk menaikkan taraf hidup dengan bekerja sendiri bukanlah sesuatu mudah seperti disangka. Ketika saya berhenti isteri saya sedang hamil anak pertama kami."
"Saya mula fikir untuk berniaga dan ketika itu hanya mempunyai RM20,000 dalam simpanan dan saya gunakan modal ini untuk memulakan perniagaan IT kerana sebelum ini saya pernah berkhidmat di syarikat telekomunikasi selama empat tahun.Saya menyewa sebuah bilik kecil di tingkat 3 di sebuah lot kedai bagi menjalankan operasi perniagaan IT saya"
Bagaimanapun, pengalaman yang ada tidak mencukupi untuk menjana keuntungan, malah duit modal yang dilaburkan habis begitu sahaja. Perniagaan tersebut berakhir dalam tempoh hanya tiga bulan.
"Hidup kami sekeluarga semakin sempit, berbulan kami tak mampu membayar sewa rumah termasuk kereta.Pernah satu ketika kereta saya ditarik bank, selepas bertungkus lumus meminjam wang disana sini dan membayar semula tunggakan, keesokkan harinya kereta isteri saya pula ditarik bank...Terduduk diam bisu kami sebentar mengenangkan duit yang dipinjam belum dibayar lagi, inikan pula nak meminjam duit lagi untuk kereta isteri."
"Sukar ingin digambarkan tekanan yang saya hadapi ketika itu apabila jumlah hutang meningkat dan mahu ataupun tidak saya perlu fikirkan sesuatu untuk meneruskan kehidupan. Bayangkan lah, ada ketika hanya tinggal RM10 dalam saku, kami ikat perut sekeluarga berbelanja RM10 untuk seminggu.Kami tidak keluar rumah sebab hendak isi minyak kereta pun tidak mampu. Kami catu segalanya kerana terpaksa berjimat kerana hendak pastikan keperluan bayi kami.Kami juga tidak mampu untuk menjenguk mak dan ayah di kampung, segala majlis keraian mahupun perkahwinan saudara mara dan kawan kami tak dapat hadiri kerana tiadanya wang untuk bergerak kemana-mana ketika itu. Begitu hebat sekali dugaan Allah yang diturunkan kepada kami, terasa ketika itu kami begitu kerdil didunia ini. Tidak terbilang ntah berapa kali isteri saya mengalirkan air mata dan saya juga hampir-hampir putus asa untuk terus berada didalam bidang perniagaan."
Tetapi Amran sedar dia tidak boleh lemah semangat dan berputus asa dengan dugaan yang dihadapi ketika itu memandangkan tanggungjawabnya bukanlah hanya untuk diri sendiri malahan demi isteri dan anak-anak. Kemudian abang ipar Amran mencadangkan pada beliau untuk menjual kerongsang di pasar-pasar malam dan pejabat kerajaan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Amran bersama isterinya terpaksa menjual kerongsang bagi menampung kehidupan keluarga selepas berhenti kerja di Petronas
"Masalah utama kami ialah modal, bayar kereta pun kami sudah tidak mampu, hutang pula keliling pinggang. Isteri saya tidak sampai hati dan menyerahkan semua barang kemas hadiah perkahwinan kami termasuk cincin kahwin untuk digadaikan sebagai modal permulaan. Saya juga bernasib baik adik beradik saya lain ada bantu sedikit untuk beli stok kerongsang. Alhamdulillah... Saya sedikit lega apabila penjualan kerongsang saya mendapat sambutan yang memberangsangkan pada jualan yg pertama kali dibuat kerana hampir 90% stok habis dijual. Saya berjaya memulangkan modal pinjaman dari adik beradik dan dalam masa enam bulan perniagaan beroperasi kami berjaya mengumpul hampir RM50,000 hasil jualan kerongsang tersebut." ujar beliau.
Namun, perniagaan tersebut juga tidak mampu bertahan lama kerana pesaing mula bertambah sehingga keuntungan merosot sedikit demi sedikit. Pada awal tahun 2009, Amran mendapat tawaran kerja di Petronas Carigali. Ketika itulah Amran mula mengumpul modal sekali lagi untuk menjayakan perniagaan dobi yang merupakan impian isterinya selama ini.
"Kami mula bisnes dobi tanpa sebarang pengalaman dan selama lima bulan pertama kami berhadapan dengan kerugian. Kami tidak tahu standard operasi yang betul dan pelan pemasaran yang berkesan."
Setelah menyedari kesilapan yang dibuat, Amran mula membantu isteri dengan merangka strategi pemasaran, menerima kontrak cucian dari agensi-agensi berdekatan dan menjana keuntungan dari perniagaan dan mampu untuk mengajikan pekerja.


Setelah melihat perniagaan dobi ini berjaya diuruskan, Amran sering menerima panggilan dan menerima kunjungan daripada bakal-bakal pengusaha dobi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar.
"Saya dapat idea untuk membuat kursus dan seminar perniagaan dobi bagi mereka yang ingin menceburi perniagaan ini. Niat kami hanya mahu membantu serta berkongsi ilmu supaya mereka tidak mengalami kerugian seperti yang kami lalui."
"Alhamdulillah daripada sedikit hingga kini lebih 2000 orang peserta telah menyertai kursus dan lebih 400 buah kedai dobi yang telah berjaya kami bantu bangunkan," katanya.
Selepas berjaya mendapat keyakinan dari pihak yang terlibat, akhirnya jenama AquaNano mendapat pengiktirafan sebagai francaisor yang berdaftar pada 2013 dan layak untuk mendirikan jaringan francais di seluruh negara.


Amran menerima anugerah dan pengiktirafan dalam bidang perniagaan francais
"Menjadi usahawan perlu kreatif dan berani mengambil peluang, saya mengorak langkah lagi dengan bersama rakan niaga lain membangunkan perisian dobi layan diri yang pertama di Malaysia," ujarnya.
Amran bersama isterinya merasmikan cawangan dobi AquaNano di Indonesia bulan lalu

Sehingga kini AquaNano telah mempunyai sebanyak 140 outlet diseluruh Malaysia dan juga Indonesia. Amran memasang impian yang sangat tinggi agar AquaNano menjadi pilihan jenama no.1 bagi perkhidmatan Dobi di Malaysia dan semakin berkembang pesat serta bakal memiliki penambahan 50 cawangan baru didalam tempoh 2 tahun ini.

AquaNano kini berkembang sebanyak 135 cawangan di Malaysia dan Indonesia

Link fb: Amran Shah Idris



COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

2014 4G 90an AABC abang long fadil ABC accessories Adv advertorial Af af 2013. Afgan afy haniff Agama air asia airasiax airport ajl ajl 28 AJL29 Al-Quran alam flora Alamanda AlamSekitar amar Ambang Merdeka America's Got Talent Anak anak yatim Android Angry Bird animal animasi Anjung Seri apek aplikasi Apps arab arkitek army Art Artis Asam Pedas asia horizon atlet aurat australia avillion pd Ayam ayam panggang ayamas baba dan nyonya backpacker bag baju bag travel Baju Melayu Baju Raya balik kampung Bandung Bangi bangkok Banjir banjir kelantan 2014 bantu battle battles of penang Bayi bbq bc100 beita bekam Ben Ashaari Bencana Alam Berita berlayar best travel blog bgr Bijirin Bilik Sewa biotechnology bird Birthday Bitstrips blobal Blog Blog review Blogger Blogger masakan blogger party bloggerraya2014 boat noodle body cream body lotion Bola bola sepak bolasepak boling Book borneo brand Brunei Buah-buahan budaya Buffet Ramadhan bujang valley Buka Puasa Buku bulan madu Bunga Bunga Api bunuh diri burger Burger Bakar by hilton Cabaran 30 Hari cabaran 3o hari cabutan bertuah Caliph buskers cedera Cendol Cerai Cerita Che Mat Gebu chimistry lab chinease food christmas conference Contest cookies cool fever CoolBlog cruises culture cuti sekolah Cyberjaya d'saji Dakwah Dance darah dcollagen delifrance Malaysia demam denggi derma darah Design Designer destinasi menarik malaysia destination malaysia device Diana Amir dinner Doa doodle doraemon doremon double tree Douglaslim Drama ducati Duit Raya Durian durian tunggal Education ekonomi Emas English English Style entertainment escape room event expo Facebook family fashion fast food Fenomena Feryal Festival Fesyen Filem filem melayu financial fizo omar flashmob Flora Floria floria 2014 follow Follower Mingguan food food blogger Food Review foto fotografi fresh seafood frogman frsb fruit Fuh.my Fully Furnised Furniture Design GA Gadget galactic laser galaxy note 10.1 Galaxy Note 3 gambar Game Gathering gaya travel gaza GengBloggerSenget GengTwitterPutrajaya GengWhatsAppPutrajaya genting genting highland Give Away google Government Graduan grand launch grand millenium kl Gsc GST guardian Gunung di Jawa Barat Gunung Tangkuban Perahu gym hadith hadphone Hafiz AF7 Haiwan halau serangga Hantaran kahwin Hantu HARGA COKLAT Harga Minyak Naik harga passport hari natal Hari Raya Haji Hari Raya Puasa HEADER Hiburan hig HIJAB hijab tutorial hijrah hijrah couture hipster History hokkaido Holiday Hollywood homestay hotel Hotel Review hulu selangor Hutang ibb2014 ibubapa Iftar ikan Iklan ilmiah Iluminate Ilustrator ind indian food Indonesia industrial design Info Inovasi inspirasi instagram intense energie interior design internet ioi city mall putrajaya ipoh islam islamic islamik island istana budaya italy izzue islam jadual perlawanan jambang jatomi jenayah jepun jkkn Johor johor bahru jom jelajah koperasi Jualan Murah jubah lelaki jus jus mangga Kad Raya Kahwin Kajang Kajian Kaki Sembang Kamal Adli Kamera kampung kanak-kanak karaoke Karnival kartun kasut kaum kawan Kaya Kayu kbba kebajikan Kebersihan kebudayaan kecantikan kedah kedutaan kedutaan romania kedutaan rusia Kek kelab blogger ben ashaari kelambu Kelantan kelas rakyat keluarga Keluarga Blogger Senget kemalangan Kenangan Kenduri Keputusan UPSR kerang Kereta Kerja Kerjaya kesihat Kesihatan Ketupat keuwangan keyword Kfc khairul fahmi apek Khidmat kl sentral Klcc klia klia2 kmpen koir kebangsaan malaysia komedi Komik konsert kontes kontest travel Kotak krabi Kreatif krim muka krismas ktv kuala kubu bharu Kuala Lumpur Kucing kuih kuih siput kuih tradisional Lagu laman kayangan langkawi las vacas lasertag Lava Grill Lawak Lawak Ke Der 3 lazada lcct lego legoland Lelaki lembah bujang lenovo lenovo 916 Lesen lifestyle LIMA'2015 line lirik Logo Luar Negara lukisan macau machang maggi kambing magic magic show Mahal Majalah majlis majlis amal makan makanan makanan exotic makanan india makanan tradisional makeup Malaysia Malaysia Food mall mamak mangkat mas Masakan Masjid Besi Maskulin Master masyarakat jawa Mati Matic matic fest maut mawar fareeda media mee mee sampan mee udang melabur melaka Melancong melayu Memori Merdeka Meteor Perseid mhtt mid valley MIG miniland minuman Minyak Naik misteri Mitos mobile monopod Motivasi Movie mpo msmw2015 Muhasabah diri muslim Muslimah MUSLIMFIT muzik Nasi nasi arab Nasi Ayam nasi daun pisang nasi kukus nasi lemak nasyid nayid nbos NDU negeri sembilan new year Nikah nilai noodle nu sentral nusajaya nutri drink objek Office OKU online online shopping Open House Open House blogger orchestra pageview pahang Paintball pak john pak nil Pakaian pakej perkahwinan palestine pameran pangkor pantai Pantai Timur party pasport asean passport pelajar pelayaran penang island penawar Penawar rambut gugur pencuri Pendidikan penginapan pengsan pepero Perabot peraduan perak Peribadi Perkahwinan permainan tradisional perniagaan Personal perth Perubatan pesta wau Petua photografi Photoshoot phuket piala dunia piala dunia fifa 2014 Piala Malaysia Picc pizza pizza hut Place pomade popular port dickson Poster produk program projek iqra' projek kahwin projek travel promosi PRU Puasa puisi pulau Pulau Penang Pulau Perhentian pulau pinang pulau Redang Putrajaya racun perosak racun serangga Ramadhan rambut rasa italy rasamas Rasulullah Rawatan rawatan alternatif raya red worrior rempeyek Resepi resort resort world Resort World Genting restoran mamak Restorant review Review Filem review hotel review makanan Review Restaurant Review Restorant riadah rogol rokok rokok seludup rtm ruangeventspace rumah Rumah Sewa Rumah Terbuka rumah tradisional rusia russia russian food ruza malaysia rwgenting sabah Sahabat sahabat media Sahur sakit Sakit Darah Tinggi Saloma Bistro Saloon samsung samun sandwich Santai Santai Travel sarawak Sate Kajang school holiday Seafood secret recepie Segmen Sejarah sekolah menengah seks selamatkan gaza Selangor selatan selfie Selimut Gebu seludup Semulajadi Senaman Seni seni bina Senyum serai wangi Seram Serdang seremban sesame street shabat shah alam SHOES Shopping shopping mall Shopping Raya show showcase Sijil sing singapore siti nurhaliza skop skycab smartphone soda Software Solat SolidWorks song sony Spa spek murah squid jigging star cruise star cruise libra star wars staycation steamboat steamboat murah steamboat sedap Student studio fotografi suit Sukan sukarelawan sultan sungai petani Sunnah superstar Libra Syahid Syawal t-shirt tahun baru tai food taman Taman Tasik Cyberjaya taman tema taming sari tandas tanjak tapai pulut tawau Tazkirah teater teater mek mulung teatertradisional Technical Drawing teh tarik Teknologi Telefon Pintar telur ikan mayong telur sotong Tembak temerloh tempat tempat menarik terengganu testimonial thai thailand the ballroom throwback Tiffin biru Tiket bas times square tip tip melancong tips tips bijak wang Tok Guru tolong Touchscreen tourism malaysia tourism selangor traders hotel tradisi tradisional Transport Trauma Travel travel blog travel blogger travel contest Travel Mate treasure hunt Trip truly asia TRW tsdayout tudung tune hotel tune hotel klia2 Tutorial TV tv1 tv3 Tweeter Twitter Typo Ubat ubat asma ubat gout ubat insomnia ubat sakit darah tinggi ubat sakit jantung ubat stroke Ucapan Ucapan Raya ujang UJIBAKAT ulama ultraman umobile umum UNESCO Unifi Uniform UPM Upsr utara vacation Vantage vespa victoria bridge Video video klip virtual malaysia visit malaysia visit malaysia 2014 vmy2014 volunteer wangsa walk wanita Wechat weekend western australia western food wifi wireless wrap xes yong tao foo zapin zoo
false
ltr
item
Mawardi Yunus: TERGAMAK PEMUDA INI MENGGADAI BARANG KEMAS & CINCIN PERKAHWINAN ISTERI SEMATA-MATA....
TERGAMAK PEMUDA INI MENGGADAI BARANG KEMAS & CINCIN PERKAHWINAN ISTERI SEMATA-MATA....
TERGAMAK PEMUDA INI MENGGADAI BARANG KEMAS & CINCIN PERKAHWINAN ISTERI SEMATA-MATA....
https://4.bp.blogspot.com/-JIcSf425bGc/VzDZjnfg1wI/AAAAAAABKxk/NY5R_qIQopgVYJldF6i6pRiedaweVicMQCLcB/s640/2303_1110900530652_9778_n.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-JIcSf425bGc/VzDZjnfg1wI/AAAAAAABKxk/NY5R_qIQopgVYJldF6i6pRiedaweVicMQCLcB/s72-c/2303_1110900530652_9778_n.jpg
Mawardi Yunus
http://www.mawardiyunus.com/2016/05/tergamak-pemuda-ini-menggadai-barang.html
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/
http://www.mawardiyunus.com/2016/05/tergamak-pemuda-ini-menggadai-barang.html
true
7508475202002579349
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago