TONTON FILEM FRIEND REQUEST 2016


TONTON FILEM FRIEND REQUEST | Filem Friend Request merupakan filem Inggeris bergenre seram yang hanya boleh ditonton oleh mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Filem ini mula ditayangkan di pawagam bermula 7 januari 2016. Filem berdurasi selama 1 Jam 40 Minit yang diarah oleh Simon Verhoeven ini menampilkan barisan pelakon seperti Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan.


Ringkasan Info Filem :

Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2016
Genre: Seram
Durasi: 1 Jam 40 Minit
Pengedar: RAM ENTERTAINMENT
Pelakon: Alycia Debnam-Carey, William Moseley, Connor Paolo, Brit Morgan
Pengarah: Simon Verhoeven

Apa yang MY boleh katakan, ianya merupakan sebuah filem seram yang mempunyai jalan cerita yang cukup menarik. *tidak terlalu mendatar dan ianya sangat psyco. Ianya boleh dikata sebuah filem seram alaf baru dimana menjadikan social media sebagai kunci utama.


Bermula dari Laura menerima permintaan Marina untuk menjadi rakan di media social facebook, sehingga berlaku salah faham sehingga Laura terpaksa untuk membuang Marina dari senarai rakannya di Facebook. Oleh kerana terlalu kecewa, Marina telah disahkan membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri. Namun yang demikian mayatnya tidak dapat dikesan.

Apa yang pelik, video pembunuhan diri Marina telah diupload ke wall facebook Laura tanpa pengetahuannya, sehingga semua kenalannya tahu akan kematian Marina. Tapi, apa sebenarnya terjadi? siapa yang telah memuat naik video pembunuhan tersebut di facebook Marina? Kalau korang nak tahu apa yang terjadi dan apa penyelesaiannya. Pergi dan tontonlah sendiri. Sekian hehehehe. 

Nah belanja trailer je.


Jadi, ingatan untuk semua yang terlalu obses dengan Facebook tu, sila berhati-hati. Stalker di mana-mana. eh

Post a Comment

10 Comments

  1. Macam menarik ni... Agak2 Astro First akan tayangkan filem ni tak?

    ReplyDelete
  2. Laura telah disahkan membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri. Namun yang demikian mayatnya tidak dapat dikesan.

    video pembunuhan diri Laura telah diupload ke wall facebook Laura tanpa pengetahuannya, sehingga semua kenalannya tahu akan kematian Marina.

    yang mati laura ke marina ?

    ReplyDelete
  3. Kalau filem seram yang psycho memang MV suka tengok...agak thrilled

    ReplyDelete
  4. Lorh ingatkan citer friend request yang ada dkt DIVA channel. Tu best. sebab romantic. hehehe

    ReplyDelete
  5. Lorh ingatkan citer friend request yang ada dkt DIVA channel. Tu best. sebab romantic. hehehe

    ReplyDelete
  6. bagus juga kalau dapat layan movie macam nibe

    ReplyDelete
  7. nak movie -_-

    ReplyDelete