travel, food and lifestyle blog

Friday, January 22, 2016

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL DI SHAH ALAM

BUTIK VENDOR DALIA JAMIL DI SHAH ALAM | Kalau korang perasan, butik yang berkonsepkan vendor cukup popular dan  menjadi platform kepada penjual-penjual barangan online untuk lebih kehadapan.

Antara salah satu darinya adalah Butik Vendor Dalia Jamil yang telah dibuka berlokasi di Seksyen 19 Shah Alam. Lokasi yang agak strategik kerana ianya tidak terlalu tertumpu seperti di Seksyen 7 Shah Alam dimana terdapat pelbagai butik vendor dan juga butik lain muncul yang menjadikan masalah kepada tempat letak kereta pengunjung.

Puan Mastura Abdul Rahman
Puan Mastura Abdul Rahman selaku pemilik butik vendor ini memilih lokasi ini kerana ianya mudah untuk diakses oleh pelanggannya kerana berdekatan dengan landmark popular iaitu, SALAM Medical Centre dan juga Hotel De Palma Inn. Selain itu, keselesaan tempat letak kereta pengunjung juga menjadi keutamaan kepada Puan Mastura yang menjadikan pengunjung mudah untuk membeli belah di butik ini.


Bermula dengan hanya sebagai peniaga online dengan menjual handsock dan juga stokin mesra solat menjadikan pemilik butik vendor ini bertekad membuka butik tersendiri yang berkonsepkan vendor dimana penjual lain juga berpeluang untuk turut serta dibawah satu payung


Antara jenama yang turut serta didalam butik vendor ini adalah Qilayya Hijab, Ninth Avenue, Al Hadeef, Niemia dan beberapa label lain yang akan turut serta kemudian. Selain menjual kelengkapan wanita, Butik Vendor Dalia Jamil ini juga turut menjual pakaian lelaki yang berkonsepkan muslim seperti jubah dan kurta bagi lelaki.

Kelengkapan yang dijual disini bermula pada harga RM2 sehinggalah RM250 meliputi pin tudung, handsock, stokin, inner tudung, blous, jubah, kurta dan sebagainya.


Bagi mereka yang ingin melihat sendiri butik vendor ini korang boleh ke:


BUTIK VENDOR DALIA JAMIL
No. 49, Jalan Nelayan 19A
Seksyen 19, Shah Alam
Selangor

Telefon:
013-272 5881

Waktu Perniagaan:
10.30 pagi - 10.00 malam

Facebook:

Instagram:

Share:

4 comments:

  1. Berkonsepkan vendor ni boleh berkongsi dengan peniaga lain juga kan, saling membantu dalam bisnes pakaian

    ReplyDelete
  2. semoga maju jaya kepada butik dalia jamil

    ReplyDelete
  3. Assalam...butik ni ada site utk vendor makanan spt kuih raya tak?

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive