foto_www.thehypemedia.com

MAJALAH LAWAK POPULAR TIADA LAGI DIPASARAN | Agak terkejut bila heboh di media social berkenaan dengan isu Majlah Ujang dan Apo? sudah tidak lagi dipasarkan dan Moy Publication iaitu sebagai penerbit majalah lawak popular itu Ujang dan Apo? itu dikatakan telah menutup operasi mereka.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh kakitangannya, Kartunis Ubi, melalui laman social Facebook beliau. Bagaimanapun, puncanya sebenar penutupan syarikat itu tidak pula dinyatakan.

Majalah ni dah menjadi sangat istimewa buat MY, boleh dikatakan membesar bersama. Dari majalah Ujang dan Apo jugalah MY belajar cara melukis sehingga MY berjaya mendapat Ijazah dalam Rekabentuk Perindustrian di UPM. Bukan MY je yang terlalu addited dengan kedua-dua majalah ni, satu keluarga pun gemar membaca majalah lawak ni.

Jadi bahan untuk menunggu waktu berbuka, menunggu bas, atas teksi, menunggu iklan di tv, stress dengan anak sedara dan macam-macam lagi.

Apapon MY akan kenang dan simpan koleksi-koleksi majalah-majalah ujang dan apo yang MY ada baik-baik. Terima kasih kepada mereka yang menceriakan hari-hari MY sebelum ni. MY pasti ramai yang kecewa dengan keputusan ni.