travel, food and lifestyle blog

Followers

BLOG PROJEK TRAVEL DI MSMW2015 | BEST TRAVEL BLOG

BLOG PROJEK TRAVEL DI MSMW2015 | BEST TRAVEL BLOG | Alhamdulillah. Blog www.projektravel.com telah tercalon di Malaysia Social Media Week 2015 (MSMW2015) di dalam kategori Best Travel Blog. Mungkin ini merupakan platform untuk kami lebih berusaha dan pergi lebih jauh.

BLOG PROJEK TRAVEL DI MSMW2015

Jika korang rasa kami layak untuk memegang title BEST TRAVEL BLOG . Korang boleh membantu kami untuk membuat undian . Klik pada link di bawah untuk membuat undian.


Untuk megundi, anda akan diminta untuk log in ke akaun facebook anda. Pastikan korang cari dan klik pada button vote di bahagian www.projektravel.com seperti di bawah .

BLOG PROJEK TRAVEL DI MSMW2015

Terima kasih kepada yang sudi megundi kami . Semoga Allah membalas jasa korang. Dimurahkan rezeki sekeluarga. Amin. Terima kasih juga pada follower-follower kami di Instagram ProjekTravel [klik] kerana turut menyokong kami selama ni.

We share the moment. We share the tips. We share to add value to people.
Share:

MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY

KFC BLOGGER PARTY
KFC BLOGGER PARTY_foto Zulhilmi Tempoyak
MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY | Pada 19 Mac 2015 lepas MY telah memenuhi satu jemputan KFC ke Blogger Party anjuran mereka di Restoran KFC, Pavillion. Event ini sangat meriah dengan kehadiran ramai blogger-blogger hebat. *agak ramai juga yang MY tidak kenal

Rakan blogger yang hadir di KFC Blogger Party
Rakan blogger yang hadir di KFC Blogger Party_foto Zulhilmi Tempoyak
Suasana lebih meriah dengan game yang dibuat oleh pihak KFC ketika parti berlangsung. Lagi meriah apabila para blogger yang hadir mendapat pelbagai hadiah yang sangat lumayan termasuk cash voucer untuk shopping . *wow.. mampu tengok je sebab MY hanya mampu jadi ayam je malam tu. huhu

MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | Sempena Blogger Party ini juga. KFC Malaysia megambil peluang untuk memperkenalkan menu baru mereka yang mana ianya merupakan sajian lazat dan seimbang iaitu KFC ZINGER RICE WRAP . Menu baru ini boleh di dapati di Restoran KFC bermula dari 5 Mac 2015.

Hidangan KFC ZINGER RICE WRAP
Hidangan KFC ZINGER RICE WRAP_foto Zulhilmi Tempoyak

BAHAN UTAMA KFC ZINGER RICE WRAPUntuk pengetahuan korang, KFC ZINGER RICE WRAP ni merupakan hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. KFC ZINGER RICE WRAP ini adalah gabungan kepingan zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

KFC ZINGER RICE WRAP MEGANDUNGI ZAT SEIMBANGIanya boleh dikatakan megandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Sebagai contoh, Protein hadir daripada kepingan Zinger, Nasi Colonel untuk Karbohidrat dan sayur-sayuran segar.

HARGA KFC ZINGER RICE WRAP MENJIMATKAN | Jika anda membeli secara ala-carte, harganya hanyalah RM4.90 (tak termasuk cukai). Dan jika membeli secara hidangan combo yang disertakan dengan air Mountain Dew dan Crispier Fries harganya pula hanyalah RM 7.80 (tak termasuk cukai).

Harga  KFC ZINGER RICE WRAP
Harga  KFC ZINGER RICE WRAP_foto KfcMalaysia
RASA DAN SAIZ KFC ZINGER RICE WRAPJika korang tanya tentang rasa KFC ZINGER RICE WRAP, sudah semestinya MY akan kata sedap dan memuaskan. Salah satu sebab kenapa MY kata sedap ialah kerana MY ni merupakan seorang yang suka makanan yang wrap. Secara ringkasnya MY boleh katakan, makan  KFC ZINGER RICE WRAP ini seakan kita memakan sushi, namun ianya telah diupgradekan dari segi rasanya menjadi lebih sedap dengan pelbagai rasa dan tekstur seperti ayam goreng zinger yang rangup, cheese dan nasi ayam yang sedap. 

Dan sudah semestinya saiz dia lebih besar dari sushi yang biasa kita makan. *anggaran panang sebatang pen. Anda tak perlu risau kerana rasanya sudah cukup menyelerakan walaupun tanpa tambahan sos. *tapi, tidak salah jika korang ingin menambah sos.

KONTES #GRUMPYNOLUNCHFACE DI INSTAGRAM | Berita baik bagi mereka yang aktif di Instagram ! Selaras dengan promosi KFC ZINGER RICE WRAP ni, KFC dengan kerjasama Fly & One FM telah melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Korang digalakkan memuat naik gambar "riak muka kecewa" mereka kerana tidak sempat makan tengahari akibat jadual mereka yang sibuk, dan hashtag (#) gambar tersebut dengan kapsyen #GrumpyNoLunchFace

Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan Stesen-stesen radio tersebut.
______________________________________________________________

MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY
MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY
Website:

Facebook:

Instagram:

Share:

WAJIB TONTON FILEM Ah Boys to Men 3: Frogmen

“Ah Boys to Men 3: Frogmen”
“Ah Boys to Men 3: Frogmen”
WAJIB TONTON FILEM Ah Boys to Men 3: Frogmen  | Cerita ni mengingatkan MY tentang sesuatu. Tentang masa lepas hampir 5 tahun lebih. *okay tak nak cerita panjang tentang tu. Siapa sangka filem Ah Boys To Men ni sudah siri yang ke 3. Jadi, boleh agak sendiri lah kan bagaimana penerimaan masyarakat dengan filem Ah Boys To Men yang di arah oleh Jack Neo ni. Untuk “Ah Boys to Men 3" ni mereka telah keluar dengan tajuk Frogmen.


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” 


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” adalah filem beraksi komedi yang mengisahkan tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapura. Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka dengan Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit – NDU), khususnya semasa “hellweek” yang sukar. Didalam filem ini, terdapapt beberapa watak yang perlu di fokuskan dan apa yang MY dapat katakan bahawa semua pelakon telah memainkan watak dengan sangat baik sekali.

Frogmen starring Joshua Tan
Frogmen starring Joshua Tan_PHOTO: GOLDEN VILLAGE
*ternyata bukan senang untuk menghasilkan filem sebegini. Menurut Pengarah Neo, walaupun cerita ini adalah berdasarkan rekruit tentera, ia berbeza daripada dua edisi terawal di mana pusat latihan adalah bertempat di Tekong. Beliau berkata bahawa NDU merupakan unit khas di mana skil dan latihan yang diberikan lebih mencabar daripada unit lain. 

Pelakon terpaksa melalui latihan yang sama dengan apa yang penyelam Tentera Laut sebenar lalui
Pelakon terpaksa melalui latihan yang sama dengan apa yang penyelam Tentera Laut sebenar lalui_Foto www.todayonline.com
Tentera Laut memerlukan kesemua pelakon muda ini untuk menampilkan tahap kecerdasan yang tinggi, kerana mereka akan memainkan watak angkatan tentera elit. Justeru itu, kesemua pelakon telah diberikan latihan intensif 3-bulan untuk memastikan tahap kecerdasan mereka adalah berpatutan.

"Ah Boys To Men 3: The Frogmen" Training Teaser

Didalam filem ini, terdapapt beberapa watak yang perlu di fokuskan dan apa yang MY dapat katakan bahawa semua pelakon telah memainkan watak dengan sangat baik sekali.

Untuk pengetahuan korang. Filem ni telah menerima sokongan yang memberangsangkan daripada para peminat tempatan dan mencatat rekod baru di Singapura bersempena Tahun Baru Cina dengan pengumpulan tiket sebanyak SGD$2.8 juta. Tayangan “box office” ini telah mencapai SGD$6.4 juta, dengan jumlah pungutan dijangka mengatasi jualan tiket untuk “Ah Boys to Men”. Ia akan ditayangkan di Malaysia pada 19 Mac ini.


Sinopsis:


“Ah Boys to Men 3: Frogmen” menceritakan pengalaman rekruit Singapura sebelum pengasasan ABTM. Akan tetapi, Ah Boys ini ditempatkan di Unit Selaman Tentera Laut (NDU), dan bukannya Pulau Tekong. Watak utama termasuk Ken Chow (Joshua Tan), anak muda yang selalu cuba mengelakkan NS, Aloysius Jin/Wayang King (Maxi Lim) yang tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang (Wang Wei Liang) yang selalu cuba menipu rakan kabinnya. Watak baru termasuk Hei Long/Black Dragon (Wesley Wong), seorang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong terhadap tindakan ganas. Selaku satu unit, mereka wajib melalui 40 minggu latihan keras. Adakah pasukan ini mampu menjadi satu daripada unit tentera elit Singapura, iaitu “frogmen”?

“Ah Boys to Men 3: Frogmen”

Pengarah : Jack Neo

Pelakon : Wang Wei Liang, Tosh Zhang, Joshua Tan, Bunz, Jasper, Maxi Lim, Wesley Wong, Charlie

Genre: Komedi, Aksi

Ditayangkan: 19 Mac 2015 (Malaysia)


"Ah Boys To Men 3: Frogmen" Official Trailer





----------------------------------------------------------


Apa yang boleh MY katakan, filem “Ah Boys to Men 3: Frogmen” ni memang sangat berbaloi untuk ditonton. Bukan kerana ceritanya yang sangat menghiburkan. Tapi ada yang lebih penting dari iaitu penerapan nilai-nilai murni yang harus ada dalam diri setiap orang.

Tanggungjawab untuk keluarga, tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan mengajar kita bagaimana untuk membuat keputusan yang betul. *jangan tak percaya ada beberapa scene yang mampu buat MY menitiskan air mata .

Filem ni bagi MY cukup perfect dan sangat di haruskan untuk ditonton. Dan jangan risau, ianya dalam bahasa English Singapore yang senang untuk difahami. *subtitle pun ada dik. Apa yang MY harapkan supaya lebih banyak filem sebegini dibuat. Terima kasih untuk filem yang awesome ni. *kesat air mata, huhu. So apa tunggu lagi. Pergi dan saksikan sendiri kemeriahan filem ni!!!


Okeyh, nak pergi tengok lagi la.

Share:

HARGA COKLAT PEPERO DI LANGKAWI MELAMPAU



HARGA COKLAT DI LANGKAWI MELAMPAU | Nampak gaya, harga coklat di Langkawi sangat mahal ketika ini [14 Mac 2015] . *terutama Pepero yang sangat popular di Malaysia ni. Ada yang kata ianya disebabkan cuti sekolah dan LIMA'2015 [klik] yang sedang berlangsung. Jadi memang tidak hairan lah kan.

Haji Ismail Group (HIG), Langkawi Saga dan Coco Valley
Saya dan kawan-kawan dari ProjekTravelDotCom [klik] telah cuba untuk survay di beberapa kedai yang menjual coklat yang terkenal di sekitar langkawi seperti Haji Ismail Group (HIG)Langkawi Saga dan Coco Valley. Ternyata harga mereka lebih kurang sama.


HARGA COKLAT DI LANGKAWI


Di sini kami sempat untuk ambil beberapa gambar harga coklat yang popular untuk dikongsikan dengan korang.

pepero, daim dan toblerone
pepero, daim dan toblerone
ferrero rocher, kinder bueno dan hershey's
ferrero rocher, kinder bueno dan hershey's
cadbury dan ritter
cadbury dan ritter
Korang perasan tak harga Pepero dalam gambar di atas? Harga di semua outlet adalah sama iaitu RM20.90. *pergh.. nanges guling-gulingTapi ada juga harga yang tidak naik. *mungkin jenis-jenis yang tak laku sangat kot. huhu. Akhirnya kami buat keputusan untuk berbelanja di HIG.

Kalau betollah harga coklat ni naik kerana musim cuti sekolah dan LIMA'15. Hope selepas ni harga coklat ni turun lah balik seperti sedia kala.*kalau harga macam ni. Baik beli kat KL je.

Share:

KEMPUNAN NASI LEMAK AIR ASIA | NASI LEMAK PAK NASSER

Bersama kakitangan air asia

KEMPUNAN NASI LEMAK AIR ASIA | Sudah sedia maklum oleh ramai customernya. Nasi lemak yang di hidangkan di atas kapal terbang Air Asia sememangnya sedap. Semasa trip balik dari Langkawi yang lepas, MY sekali lagi tak dapat untuk oder apatah lagi untuk makan Nasi Lemak AirAsia.

KENAPA??

Menurut ketua pramugari yang bertugas. Untuk penerbangan 75 min keatas sahaja ada disediakan hidangan  panas eperti Nasi Lemak dan lain-lain . *awrrrrrrrrrrrrr kempunan lagi. huhu Jika tidak, customer boleh menempah secara online bersama tiket. *hurmm silap la tak oder online huhu.


TENTANG NASI LEMAK PAK NASSER


NASI LEMAK PAK NASSER
NASI LEMAK PAK NASSER_foto travel3sixty
Price: 
RM12 (Pre-book) and RM15 (onboard)
Availability: 
Available on all AK, QZ, FD & D7 flights (Pre-book and available onboard)
Per serving: 
567 kcal, 25.8g protein, 72.0g carbs, 19.5g fat

Nasi lemak wangi tradisional yang digemari di Malaysia, dihidangkan dengan sambal cili istimewa Pak Nasser dan rendang ayam lembut, dan disertakan bersama perencah tradisional iaitu ikan bilis goreng, kacang tanah rangup dan separuh telur rebus.

Pre-book your PAK NASSER'S NASI LEMAK today! 


Share:

PENCARIAN PEMIMPIN ABADI BERSAMA DR. NIKI SHUHADA SHUKOR

Perkongsian santai Tips Bijak Urus Wang
Perkongsian santai Tips Bijak Urus Wang_kredit foto www.feeqsays.com
PENCARIAN PEMIMPIN ABADI BERSAMA DR. NIKI SHUHADA SHUKOR |  Secara jujurnya MY sangat rasa bertuah dengan peluang yang diberikan untuk bersama-sama rakan blogger untuk bersama-sama secara dekat dengan pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan tersohor di Malaysia iaitu Dr. Niki Shuhada Shukor. Terima kasih kepada Halim Brothers atas jemputan.


KENALI MENTOR KEUWANGAN Dr. NIKKI SHUHADA SHUKOR 


Dr Niki Shuhada Shukor merupakan seorang pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan yang sangat disegani kerana beliau telah memenangi lebih dari 112 anugerah kecemerlangan sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam bidang ini. Beliau telah melatih lebih dari 5000 usahawan kewangan sama ada secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.

Dr Niki Shuhada Shukor berkongsi pengalaman dan tips bijak wang
Dr Niki Shuhada Shukor berkongsi pengalaman dan tips bijak wang_kredit foto www.feeqsays.com
Dr Niki Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki merupakan ibu kepada 2 orang cahaya mata dan isteri kepada Tuan Haji Amirul Shukri Kadri . Mereka suami isteri adalah perancang utama untuk kejayaan yang dikecapi. Kini impian mereka bukan sahaja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat yang ingin maju mengubah nasib kehidupan. Beliau telah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘Ambition, Aspiration & Achievement’ yang mana MY yakin ia mampu memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Selain dari itu, beliau juga turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9FM.


PROGRAM PEMIMPIN ABADI BERSAMA Dr. NIKI SHUHADA SHUKOR


Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada ini merupakan hasrat dari Dr Niki Shuhada sendiri untuk mencungkil bakat kepimpinan sesiapa jua yang berhasrat memajukan diri sebagai perunding kewangan yang berkaliber, professional dan berjaya di dunia dan akhirat. Pencarian Pemimpin Abadi ini bermaksud membentuk pemimpin yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat seluruhnya dalam konteks kerjaya, kewangan dan kehidupan. Dapat memimpin bukan hanya di tempat kerja, tetapi juga sebaliknya.


Bergambar selepas makan tengahari bersama Dr. Niki
Bergambar selepas makan tengahari bersama Dr. Niki_kredit foto www.feeqsays.com


BIJAK MENGURUSKAN WANG


Masih belum terlambat rasanya untuk MY katakan untuk kita mula bertindak untuk menguruskan pendapatan kita dengan cara sebetulnya. Tahukah anda, dengan hanya serendah RM200.00 sebulan kita mampu mengubah masa depan kita kepada lebih baik. Bukan sekadar itu, ia amat membantu sebagai persediaan persaraan yang sangat lumayan. Apa yang penting, yakin dan teruskannya secara berdisiplin dan tawakkal. Insyaallah. Kejayaan dan kesenangan menanti kita di hadapan.

MY ada tertarik dengan satu petikan kata-kata Dr. Niki Shuhada Shukor :

>> "Satu pokok yang kuat biasanya akan berada di tempat angin yang kuat" <<

Jadi tidak perlulah MY terangkan apa maksudnya. Ianya sangat mudah difahami dan mudah untuk kita sentiasa ingat tentang petikan kata-kata ini.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada dan tips-tips bijak wang. Korang boleh merujuk pada  Fb fanpage Dr Shuhada Shukor [klik].

Share:

HAPPY BIRTHDAY BLOGGER KHAI DAN RAZI

Selamat Ulang Tahun Kelahiran
Selamat Ulang Tahun Kelahiran
HAPPY BIRTHDAY KHAI DAN RAZI | Alhamdulillah, sabtu lepas (7/3/2015), kami telah meyambut belated birthday Blogger Khai dan Razzwey. Maaflah, tu je yang mampu dari kami. Apa yang penting, MY berdoa supaya persahabatan kita berkekalan sampai bila-bila. Semoga tahun ini lebih diberkati dan berjaya. Insyaallah.

Pandai Penaberkala beli kek. *sedap dow. kacang ngn lapisan ice cream dia. perghhh


Share:

PUISI INDAH OKI SETIANADEWI UNTUK NEGERI KELANTAN

OKI SETIANADEWI_foto google
PUISI INDAH OKI SETIANADEWI UNTUK NEGERI KELANTAN | Sejuk hati bila mendengar puisi indah dari Oki Setiana Dewi ni. Tetiba teringat kat Tok Guru. Semoga arwah tenang di sana. Al- Fatihah.


Negeri Kelantan seindah namamu,
Tanah serendah sekebun bunga,
Negeri tadahan wahyu,
Cik Siti Wan Kembang,
Cukup indah namamu,
Seindah negerimu,

Duhai wajahmu yang indah,
Persis Jeddah,
Yang pernah ku lewati,
Taat menjunjung Al-Quran,
Teguh menggalas syariat,
Yang tidak pernah goyah,
Tersentuh hati kudusku,

Lantaran aku disini,
Biar tidak pernah ku duga,
Bertemu dengan seorang ulama,
Yang dicintai rakyatnya,
Lalu kuntum rindu yang lama tersimpan,
Terubat jua akhirnya,
Biar sekelumit cinta,

Beruntung rakyatnya,
Menumpang teduh seorang ulama,
Yang lembut tapi tegas beribadah,
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia,
Pasti aku merinduimu lagi,
Entah kapan bisa di ubati,
Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu,
Memacu membangun Islam bersama,
Semoga kita bertemu kembali.

Share:

SUKA ATAUPUN TIDAK GST TETAP AKAN DILAKSANAKAN PADA 1 APRIL 2015

SUKA ATAUPUN TIDAK GST TETAP AKAN DILAKSANAKAN PADA 1 APRIL 2015  | Bahang GST semakin terasa bila mula munculnya status-status mengenainya di media sosial. Suka ataupun tidak GST akan dilaksanakan di Malaysia pada 1 April 2015 ini. Jika kerajaan ada mengatakan bahawa GST ada sesuatu yang baik untuk rakyat dan negara, sama-salah kita tengok nanti. Sejauh mana kebenarannya.

Barangan yang tidak dikenakan GST
Barangan yang tidak dikenakan GST _Foto www.lamankerjaya.com
Pada pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  beliau telah mengumumkan senarai barangan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) untuk diwartakan.

PERKHIDMATAN YANG DIKECUALIKAN GST:


  • >>Perkhidmatan Kewangan
  • >>Perkhidmatan Pendidikan
  • >>Perkhidmatan Asuhan
  • >>Perkhidmatan Jagaan Kesihatan
  • >>Perkhidmatan Pegangkutan
  • >>Perkhidmatan pengebumian, perkuburan dan pembakaran mayat

Untuk maklumat yang lebih lengkap, anda boleh rujuk infografik yang disediakan oleh Astro Awani di bawah.

infografik GST

Artikel Berkaitan : 

Jadi bersiap sedialah kita untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku.

Share:

CARA TUKAR PASSWORD PORTABLE 4G WIRELESS MOBILE HOTSPOT

CARA TUKAR PASSWORD PORTABLE 4G WIRELESS MOBILE HOTSPOT | Dah lama MY menggunakan ZTE MF93E portable 4G wireless mobile hotspot kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana dan boleh berkongsi high-speed connection Internet sehingga 10 user, tak kiralah laptops, tablets, cameras, dan sudah semestinya telefon pintar yang MY guna.

ZTE MF93E portable 4G wireless mobile hotspot
ZTE MF93E portable 4G wireless mobile hotspot_foto www.4gltemall.com
Apa yang specialnya, ia boleh menunjukkan pada skrin mengenai jumlah user yang connect pada internet tersebut. Oleh kerana MY tak tahu cara untuk menukar password device ni. Jadi berbulanlah ia dibiarkan dengan password yang sama iaitu 12345678. *hurmm password dah macam gitu sapa tak leh nak connect dik oii.

Jadi tak hairan lah kalau duduk kt umah , kadang-kadang device ni detect sampai 6 orang user. *dalam hati just fikir mngkin device ni dah pening ni. Tapi apa menyedihkan, bila kuota aku 7G untuk peak hour tu limit tak sampai 7 hari. Sedangkan aku tak bukak youtube or video pun. *pfffffffffffffffffffffffttttt

Oleh disebabkan kesedaran yang mendalam mengenai hal ini, MY telah berusaha untuk cari di google cara tukar password wifi ni. Ha apa lagi jumpa la.


Ha, sekarang aman hidup MY, apa lah agaknya diorang buat skang ni ya. *hey abam dah tak main internet ke? Ke dah beli internet sendiri? eh kbai.


Share:

PELUANG JUMPA ULTRAMAN DI MALAYSIA | ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015

ULTRAMAN LIVE IN GENTING

PELUANG JUMPA ULTRAMAN DI MALAYSIA | ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015 | Siapa sangka, selama ni MY hanya mampu melihat mereka di kaca televisyen je. Tapi ahad lepas ( 1 Mac 2015 ), MY dan rakan-rakan blogger lain telah bertemu secara live. Malah bukan itu saja, MY sempat bersalam dengan mereka. *ha mampoo ko, Ultraman pun pandai bersalam kaw.

MY yakin, bukan sahaja kita dari zaman 90 an ke bawah sahaja yang mengenali wira-wira zaman ini. Tetapi, kanak-kanak zaman sekarang pun ramai yang obses dengan mereka. *yang paling mencuit hati MY, ada adik tu siap hafal lagu Ultraman dan nyanyi bersama-sama. wow.


ULTRAMAN LIVE IN GENTING


Ultraman bersaudara telah datang ke Resorts World Genting untuk bertemu anda dengan persembahan sekali seumur hidup. Seramai 17 crew members from the original series telah datang jauh dari Jepun semata-mata untuk membawa kepada anda unique live action show yang mana telah di sesuaikan untuk penonton di Malaysia.

Ultraman Zero dan Ultraman Tiga
Ultraman Zero dan Ultraman Tiga
Aksi hebat Ultraman melawan rasaksa
Aksi hebat Ultraman melawan rasaksa
Ianya bukan sekadar pertunjukan biasa. Anda boleh mengharapkan persembahan yang sangat menarik, di mana kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman untuk mengalahkan "pestering monsters" yang munculnya entah dari mana. 

Kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman
Kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman
Bukan hanya 1 atau dua. Kanak-kanak dan peminat tegar Ultraman boleh menikmati kehadiran ramai watak-watak seperti “Ultraman”, “Ultra Seven”, “Ultraman Zero” dan banyak lagi. 

Raksaksa yang paling kuat dan ganas
Raksaksa yang paling kuat dan ganas
Selain dari raksaksa biasa, korang juga bakal bertemu dengan Kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial.

Watak-watak Ultraman yang bakal korang jumpa di Genting
Watak-watak Ultraman yang bakal korang jumpa di Genting


ULTRAMAN MERCHANDISE


Pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman
Pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman
Present your Ultraman Live at Genting show tickets to our participating F&B Outlets for a special discount. Ultraman merchandises are available at the merchandise booth outside the International Showroom.

Bukan hanya sekadar persembahan, korang juga boleh memiliki pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman dengan 30% diskaun.

Untuk maklumat lanjut mengenai ultraman merchandise korang boleh rujuk di SINI [klik] .

ULTRAMAN TICKET AND SHOW DATE


Korang boleh membeli tiket dengan harga seperti berikut.

Harga tiket
Harga tiket 
Persembahan "Ultraman Live In Genting 2015" ini akan bermula pada 19 februari 2015 sehingga 29 Mac 2015, pada jam 4pm dan 8pm setiap hari di Genting International Showroom.

Tiada persembahan pada tarikh:
9, 10, 11, 12, 13, 23, 24, 25 dam26 Marc 2015

Tiada persembahan pada 4pm tarikh-tarih berikut:
2, 3, 4, and 5 March 2015

Admission is one ticket per person applicable to adults and children ages 1 to 12 years old.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan tarikh persembahan korang boleh rujuk di SINI [klik]


------------------------------------------


Bersama dengan rakan media yang hadir
Bersama dengan rakan media yang hadir
Bagi mereka yang ingin megambil gambar bersama Ultraman, peluang dibuka sebelum dan selepas show. Tapi, berbayar lah ya. hehe. Kalau tak silap RM35 termasuk gambar berprint. 

Apapon terima kasih kepada pihak Resort World Genting kerana sudi menjemput MY untuk show ni.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai "ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015" sila layari website mereka di http://www.rwgenting.com/ultraman-2014/ [klik] .

Kredit Foto_ RWGenting

Share:

BUKAN SENANG UNTUK AKU SAMPAI KE TAHAP INI WALAUPUN IANYA HANYA PENCAPAIAN KECIL

BUKAN SENANG UNTUK AKU SAMPAI KE TAHAP INI WALAUPUN IANYA HANYA PENCAPAIAN KECIL | Jika dulu MY hanya mampu melihat dan menanam impian, untuk megembara ke negara orang dek kerana MY ini bukan datangnya dari keluarga yang senang. Tapi kini Alhamdulillah, peluang datang melimpah ruah. Rezeki dari Allah, mungkin berkat dari doa, usaha dan kesabaran selama ini.


Bukan senang untuk MY sampai ke tahap ini. Walaupun hanya pencapaian kecil dan baru. Aku tetap yakin, rezeki Allah ada dimana-mana. Yang penting, ingat dan amal semua pesanan yang mak ayah. 

Jika dulu, pada awal ketika MY mula menceburkan diri dalam dunia blogging, semuanya kosong. Tiada apa - apa, hanya kesorangan tanpa arah tujuan. Hanya terdetik untuk berblog kerana tertarik dengan perkongsian hidup seorang kawan melalui blog. Dan blog terbina atas semua usaha sendiri.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Keinginan MY makin menebal untuk mendalami ilmu blogging. Sehingga MY cuba untuk mencari network di dalam media sosial. *ya itulah yang terbaik sebagai permulaan. MY pernah dicemuh oleh rakan-rakan kerana terlalu taksub dengan blog. MY sedar blog MY suatu ketika dulu tiada apa. Ianya cuma sekadar masa untuk aku belajar mengenainya lagi. 

Dan sekarang, kawan yang dulu pernah mencemuh, datang untuk megajarnya berblogging. *cheit porah. Apa yang MY nak pesan. Jika kesenangan MY sekarang yang membawa korang untuk menjadi seorang blogger. Tinggalkan angan-angan itu. MY pasti, ianya tak akan lama. Sesungguhnya MY masih tidak senang. Cuma sudah bersyukur dengan apa yang MY dapat. Perjalanan masih jauh. Ilmu masih terlalu banyak untuk dicari. *ya.. janganlah terlalu rasa senang dengan apa yang kita dapat. Bersyukur dan majulah terus ke hadapan mencari redha ALLAH dalam apa yang kita lakukan. Insyaallah

Terima kasih kepada semua yang pernah membantu MY. Semoga Allah permurahkan rezeki kalian sekeluarga. Insyaallah Amin #MuhasabahDiri

Share:

GALACTIC LASER EDISI ANGPOW CHALLANGE

GALACTIC LASER EDISI ANGPOW CHALLANGE  | Jika sebelum ni MY asyik dok main paintball je. Baru-baru ini, MY telah berpeluang pula untuk try Galactic Laser. Kalau korang nak tahu, apa yang menariknya mengenai Galactic Laser ni, ia permainan laser tag [klik] yang menggabungkan elemen digital dan laser.

Bersama rakan blogger di Galactic Laser_foto Nisa Kay
Permainan dia macam paintball lah. Cuma cara berbeza. *dan korang tak perlu risau kerana ianya tak akan menyebabkan korang sakit bila di tembak. Game ini sebenarnya kalau korang nak tahu, ala war combat, siapa yang terkena laser ni dikira kena tembak dan hilang nyawa untuk beberapa saat. Dan selepas itu korang akan aktif semula untuk menyerang dan megumpul mata sehingga masa tamat.

MENGENAI GALACTIC LASER


Galactic Laser is a pioneer in introducing the latest generation of laser tag technology to Malaysia. Established in June 2010, the company intends to bring about a new concept of entertainment, incorporating the latest in laser and electronic gaming technology, complemented by contemporary team building activities, corporate and family parties as well providing food and beverages within the premises.

Galactic’s is also the sole distributor for Laserforce equipment in Malaysia, Singapore, Vietnam and Indonesia. Galactic Laser will be situated in a strategic location within the city, providing our primary customers who would be teenagers, young adults and their families, a highly accessible, convenient and unique recreational facility.

GALACTIC LASER CHALLANGE



Memandangkan peserta yang berdaftar terlalu ramai. Kami telah di bahagikan kepada 3 kumpulan zodiak iaitu Harimau, Naga dan Kambing. Dan MY telah termasuk dalam kumpulan battle Harimau.

Taklimat ringkas mengenai permainan Galactic Laser
Kumpulan Harimau merupakan kumpulan pertama akan beraksi. Sebelum mula peperangan, kami telah ke satu bilik taklimat untuk penerangan mengenai permainan Galactic Laser ni. *kalau dah villagepeople tu, dok nganga jela. haha

Bersiap sedia sebelum berperang
Zul dan Khai
Siap sedia untuk battle
Apabila semua peserta dalam team bersedia, kami mula boleh memakai alatan yang penting untuk permainan Galactic Laser ni.


Belum apa-apa dah kena tembak. lulz
Too dia, blogger Azhari. Penuh gaya, mutu, keunggulan. hehe
Kalau korang nak tahu, untuk perlawanan ni, peserta yang berdaftar ada seawal 8 tahun. *wallaweh, asyik kena tembak dengan budak tu, malu dow. Kami telah berlawan sehingga 3 game. Dengan aturan game yang berbeza setiap satunya. *apa yang penting yang last game tu aku no last. lulz kbai.

ILUSTRASI PERLAWANAN GALACTIC LASER


ilustrasi perlawanan
Diatas ni merupakan ilustrasi bagaimana permainan Galactic Laser ni berlaku. Di bahagian luar bilik perlawanan, peyokong dan rakan-rakan kita boleh melihat kedudukan markah kita secara langsung.

Penonton boleh melihat markah secara langsung dari skrin
Tahniah kepada pemenang
Walaupun MY tak menang, apa yang membanggakan bahawa pemenang hadiah utama tu adalah dari team Harimau. haha . Tahniah buat beliau

TERIMA KASIH GALACTIC LASER


Bergambar dengan maskot Samurai dan Doraemon
Apapun terima kasih kepada pihak Galactic Laser Mid Valley,  Tommy kerana menjemput MY dan rakan blogger yang lain untuk battle kali ini. Ini merupakan pengalaman yang cukup hebat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari galacticlaser.com [klik]

--------------------------------------------------------------------------------

MID VALLEY OUTLET


Address:
T-012A, 3rd Floor, North Court, Mid Valley Megamall
Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur
Malaysia

Berada di tingkat 3, North Court, Mid Valley Megamall, berdekatan denagn Megakidz  dan Celebrity Fitness.

Opening hours:
We open everyday!
10AM to 10PM – Sunday to Thursday
10AM to 12AM – Friday, Saturday and eve of Public Holidays

Telephone: 
03-2283 2999

Fax: 
03-2283 1999

E-mail: 


SUNWAY OUTLET



Address:
LG3.06 Sunway Pyramid Mall, 
No. 3 Jalan PJS11/15, 
46150 Petaling Jaya, Selangor

Opening hours:
We open everyday!
10AM to 10PM – Sunday to Thursday
10AM to 12AM – Friday, Saturday and eve of Public Holidays

Telephone: 
03-5638 8833

Fax: 
03-5638 8811

E-mail: 


Share:

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive