PELUANG JUMPA ULTRAMAN DI MALAYSIA | ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015

ULTRAMAN LIVE IN GENTING

PELUANG JUMPA ULTRAMAN DI MALAYSIA | ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015 | Siapa sangka, selama ni MY hanya mampu melihat mereka di kaca televisyen je. Tapi ahad lepas ( 1 Mac 2015 ), MY dan rakan-rakan blogger lain telah bertemu secara live. Malah bukan itu saja, MY sempat bersalam dengan mereka. *ha mampoo ko, Ultraman pun pandai bersalam kaw.

MY yakin, bukan sahaja kita dari zaman 90 an ke bawah sahaja yang mengenali wira-wira zaman ini. Tetapi, kanak-kanak zaman sekarang pun ramai yang obses dengan mereka. *yang paling mencuit hati MY, ada adik tu siap hafal lagu Ultraman dan nyanyi bersama-sama. wow.


ULTRAMAN LIVE IN GENTING


Ultraman bersaudara telah datang ke Resorts World Genting untuk bertemu anda dengan persembahan sekali seumur hidup. Seramai 17 crew members from the original series telah datang jauh dari Jepun semata-mata untuk membawa kepada anda unique live action show yang mana telah di sesuaikan untuk penonton di Malaysia.

Ultraman Zero dan Ultraman Tiga
Ultraman Zero dan Ultraman Tiga
Aksi hebat Ultraman melawan rasaksa
Aksi hebat Ultraman melawan rasaksa
Ianya bukan sekadar pertunjukan biasa. Anda boleh mengharapkan persembahan yang sangat menarik, di mana kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman untuk mengalahkan "pestering monsters" yang munculnya entah dari mana. 

Kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman
Kanak-kanak akan dipanggil untuk bersama-sama dalam satu scene dan membantu Ultraman
Bukan hanya 1 atau dua. Kanak-kanak dan peminat tegar Ultraman boleh menikmati kehadiran ramai watak-watak seperti “Ultraman”, “Ultra Seven”, “Ultraman Zero” dan banyak lagi. 

Raksaksa yang paling kuat dan ganas
Raksaksa yang paling kuat dan ganas
Selain dari raksaksa biasa, korang juga bakal bertemu dengan Kaiju Alien Baltan dan Ultraman Belial.

Watak-watak Ultraman yang bakal korang jumpa di Genting
Watak-watak Ultraman yang bakal korang jumpa di Genting


ULTRAMAN MERCHANDISE


Pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman
Pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman
Present your Ultraman Live at Genting show tickets to our participating F&B Outlets for a special discount. Ultraman merchandises are available at the merchandise booth outside the International Showroom.

Bukan hanya sekadar persembahan, korang juga boleh memiliki pelbagai barangan eklusif bertemakan Ultraman dengan 30% diskaun.

Untuk maklumat lanjut mengenai ultraman merchandise korang boleh rujuk di SINI [klik] .

ULTRAMAN TICKET AND SHOW DATE


Korang boleh membeli tiket dengan harga seperti berikut.

Harga tiket
Harga tiket 
Persembahan "Ultraman Live In Genting 2015" ini akan bermula pada 19 februari 2015 sehingga 29 Mac 2015, pada jam 4pm dan 8pm setiap hari di Genting International Showroom.

Tiada persembahan pada tarikh:
9, 10, 11, 12, 13, 23, 24, 25 dam26 Marc 2015

Tiada persembahan pada 4pm tarikh-tarih berikut:
2, 3, 4, and 5 March 2015

Admission is one ticket per person applicable to adults and children ages 1 to 12 years old.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan tarikh persembahan korang boleh rujuk di SINI [klik]


------------------------------------------


Bersama dengan rakan media yang hadir
Bersama dengan rakan media yang hadir
Bagi mereka yang ingin megambil gambar bersama Ultraman, peluang dibuka sebelum dan selepas show. Tapi, berbayar lah ya. hehe. Kalau tak silap RM35 termasuk gambar berprint. 

Apapon terima kasih kepada pihak Resort World Genting kerana sudi menjemput MY untuk show ni.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai "ULTRAMAN LIVE IN GENTING 2015" sila layari website mereka di http://www.rwgenting.com/ultraman-2014/ [klik] .

Kredit Foto_ RWGenting

Post a Comment

3 Comments