MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY

KFC BLOGGER PARTY
KFC BLOGGER PARTY_foto Zulhilmi Tempoyak
MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY | Pada 19 Mac 2015 lepas MY telah memenuhi satu jemputan KFC ke Blogger Party anjuran mereka di Restoran KFC, Pavillion. Event ini sangat meriah dengan kehadiran ramai blogger-blogger hebat. *agak ramai juga yang MY tidak kenal

Rakan blogger yang hadir di KFC Blogger Party
Rakan blogger yang hadir di KFC Blogger Party_foto Zulhilmi Tempoyak
Suasana lebih meriah dengan game yang dibuat oleh pihak KFC ketika parti berlangsung. Lagi meriah apabila para blogger yang hadir mendapat pelbagai hadiah yang sangat lumayan termasuk cash voucer untuk shopping . *wow.. mampu tengok je sebab MY hanya mampu jadi ayam je malam tu. huhu

MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | Sempena Blogger Party ini juga. KFC Malaysia megambil peluang untuk memperkenalkan menu baru mereka yang mana ianya merupakan sajian lazat dan seimbang iaitu KFC ZINGER RICE WRAP . Menu baru ini boleh di dapati di Restoran KFC bermula dari 5 Mac 2015.

Hidangan KFC ZINGER RICE WRAP
Hidangan KFC ZINGER RICE WRAP_foto Zulhilmi Tempoyak

BAHAN UTAMA KFC ZINGER RICE WRAPUntuk pengetahuan korang, KFC ZINGER RICE WRAP ni merupakan hidangan jenis wraps yang pertama dalam industri restoran perkhidmatan segera yang menggabungkan nasi sebagai inti. KFC ZINGER RICE WRAP ini adalah gabungan kepingan zinger kegemaran ramai dibalut dengan tortilla 9-inci yang enak berintikan nasi colonel, sayuran segar seperti tomato, bawang, timun rangup dan sos mayo-limau.

KFC ZINGER RICE WRAP MEGANDUNGI ZAT SEIMBANGIanya boleh dikatakan megandungi semua zat seimbang yang diperlukan dalam setiap hidangan. Sebagai contoh, Protein hadir daripada kepingan Zinger, Nasi Colonel untuk Karbohidrat dan sayur-sayuran segar.

HARGA KFC ZINGER RICE WRAP MENJIMATKAN | Jika anda membeli secara ala-carte, harganya hanyalah RM4.90 (tak termasuk cukai). Dan jika membeli secara hidangan combo yang disertakan dengan air Mountain Dew dan Crispier Fries harganya pula hanyalah RM 7.80 (tak termasuk cukai).

Harga  KFC ZINGER RICE WRAP
Harga  KFC ZINGER RICE WRAP_foto KfcMalaysia
RASA DAN SAIZ KFC ZINGER RICE WRAPJika korang tanya tentang rasa KFC ZINGER RICE WRAP, sudah semestinya MY akan kata sedap dan memuaskan. Salah satu sebab kenapa MY kata sedap ialah kerana MY ni merupakan seorang yang suka makanan yang wrap. Secara ringkasnya MY boleh katakan, makan  KFC ZINGER RICE WRAP ini seakan kita memakan sushi, namun ianya telah diupgradekan dari segi rasanya menjadi lebih sedap dengan pelbagai rasa dan tekstur seperti ayam goreng zinger yang rangup, cheese dan nasi ayam yang sedap. 

Dan sudah semestinya saiz dia lebih besar dari sushi yang biasa kita makan. *anggaran panang sebatang pen. Anda tak perlu risau kerana rasanya sudah cukup menyelerakan walaupun tanpa tambahan sos. *tapi, tidak salah jika korang ingin menambah sos.

KONTES #GRUMPYNOLUNCHFACE DI INSTAGRAM | Berita baik bagi mereka yang aktif di Instagram ! Selaras dengan promosi KFC ZINGER RICE WRAP ni, KFC dengan kerjasama Fly & One FM telah melancarkan pertandingan foto #GrumpyNoLunchFace di Instagram. Korang digalakkan memuat naik gambar "riak muka kecewa" mereka kerana tidak sempat makan tengahari akibat jadual mereka yang sibuk, dan hashtag (#) gambar tersebut dengan kapsyen #GrumpyNoLunchFace

Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah menarik dan juga kejutan dari pihak KFC dan Stesen-stesen radio tersebut.
______________________________________________________________

MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY
MENU BARU KFC ZINGER RICE WRAP | BLOGGER PARTY
Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

4 Comments

  1. nampak macam sedapp.. rasanya kena cuba dululah . haha

    ReplyDelete
  2. meriah betul yang join event ni..

    ReplyDelete
  3. tengok dalam gambar macam besar, tapi bila beli macam kecil je..heehe

    ReplyDelete