[TRAVEL] Santai Travel Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia 2013 | Lembah Bujang Sungai Petani, KedahSahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia telah mengadakan road tour yang pertama ke Lembah Bujang, Sg. Petani, Kedah Darul Aman yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sg. Petani, dengan kerjasama Tourism Malaysia.

Wa bersama bersama-sama dengan rakan-rakan blogger dan wakil-wakil media Malaysia telah dijemput bersama. Santai Travel Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia ini bertujuan untuk mempromosikan Sungai Petani sebagai destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia akan datang iaitu Tahun 2014. Huh memang terbaik lah.

3 hari 2 malam ihsan sponsor-sponsor hebat adalah percutian yang sempurna bagi wa kerana dapat peluang untuk memanjakan diri dengan suasana hijau yang indah jauh dari hiruk-pikuk kehidupan dan kesesakan seperti di bandar besar Kuala Lumpur.

Banyak tempat-tempat menarik di Sungai Petani yang sebelum ni wa tak tahu pun kewujudannya. Serius, memang banyak lagi. Apa yang wa tahu mengenai Sungai Petani  sebelum ni pun hanya Jam Besar Sungai Petani je, nothing more than that. Huh memang sadis kan.


Antara tempat yang menarik yang telah kami pergi adalah :

Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Cinta Sayang Golf & Country Resort
Gunung Jerai .

Pengalaman yang sangat-sangat awesome. Memang terbaiklah, dapat bersama-sama mereka Sahabat Media yang lain, menjelajah segenap pelosok bumi Sungai Petani . Mencari dan memahami tentang keunikan yang kurang di ketahui umum. Pssst awek comel ramai tak agaknya kat sini?? ekekk

Beribu terima kasih kepada M-Mode , Santai Travel , dan Tourism malaysia.

Nantikan sambungan cerita pengalaman wa di tempat-tempat yang wa dah lawati bersama Sahabat Media Cuti-Cuti 1 Malaysia di Lembah Bujang, Sg. Petani,Kedah Darul Aman di entry akan datang.

.