[ARTIS] Pelakon, Pelawak Ahmad Busu Meninggal Dunia | Meninggal Dunia Akibat Strok

[ARTIS] Pelakon, Pelawak Ahmad Busu Meninggal DuniaMeninggal Dunia Akibat Strok | Pelakon, dan pelawak terkenal suatu ketika dahulu menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu Ahmad Busu telah meninggal dunia. Berita kematian beliau mula tersebar di Twitter dan pelakon Sofia Jane antara yang mengucapkan takziah atas pemergian pelakon komedi ini.

PETALING JAYA: Pelakon Ahmad Busu yang popular pada tahun 80-an menerusi rancangan Pi Mai Pi Mai Tang Tu meninggal dunia akibat penyakit strok selepas magrib pada Ahad.
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dekat sini.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas magrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.

Sumber Berita 10/11/13

Al-Fatihah  dan takziah kepada keluarga dan isteri arwah Ahmad Busu

.

Post a Comment

4 Comments

  1. Inalillahiwainnailihirajiun.. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

    ReplyDelete
  2. Innalillah.. semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. Aamiin..

    ReplyDelete