MAKAN TENGAHARI DI MEE UDANG GALAH ROMPIN | Daerah Rompin, Pahang cukup popular dan terkenal bagi peminat Udang Galah. Jadi terlalu banyak pilihan restoran menjual makanan berasaskan Udang Galah di sekitar daerah ini. Selepas selesai trip memancing dan candat sotong kami di Tioman! Alang-alang dah ada di Rompin, kami berenam (6) telah bersepakat untuk menikmati hidangan Mee Udang Galah di Gerai Makan Azizah sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur.
Rasa dia boleh tahan sedap. Harga pula mengikut gred udang yang kita pilih. Untuk Udang Galah gred A sekitar harga RM30 semangkuk, dalam tu ada seekor Udang Galah yang besar bergred A.
Antara menu yang ada di GERAI MAKAN AZIZAH UDANG GALAH
- Terdapat 20 jenis masakan Udang Galah yang korang boleh pilih sendiri nak masak apa.
- Mee Udang Galah viral (Resepi ni dari bonda berusia hampir 40 tahun)
- Aneka lauk pauk
- Asam Pedas Ikan Baung
- Patin Tempoyak
- Masakan panas
- Pakej nasi putih dengan set Udang Galah
Jadi, kalau korang mencari restoran udang galah di Kuala Rompin, bolehlah cuba datang ke Gerai Makan Azizah Udang Galah ni.
Alamat : Gerai Makan Azizah Udang GalahNo 2, Kampung Leban Chondong, Kuala Rompin , Pahang.
Operasi : 8am - 5pm
Hubungi : 013-9119805 / 010-5670575
Hubungi : 013-9119805 / 010-5670575
0 Comments