Thursday, April 30, 2020

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN


Ketika bulan Ramadan menjelang, inilah masanya untuk umat islam khususnya menfokuskan diri pada amal ibadah dan waktu yang berkualiti bersama keluarga. Selama sebulan, kita perlu menjaga kebiasaan makan kita untuk memastikan pemakanan dan faedah makanan yang betul kerana berlaku nya perubahan waktu makan yang berbeza dari kebiasaannya.

Sahur dan Iftar (berbuka puasa) merupakan waktu makan utama dalam bulan Ramadan. Disebabkan waktu makan yang singkat ini, pemilihan makanan yang seimbang dan berkhasiat amat penting bagi memastikan umat Islam mendapat tenaga mencukupi dan mengelakkan masalah kesihatan seperti gastrik, sakit kepala, sembelit atau aras gula darah terlalu rendah/hipoglisemia (kurang daripada 3.8 mmol/L) bagi pesakit kencing manis sepanjang tempoh satu bulan berpuasa.


Oleh yang demikian, kalini saya nak kongsikan dengan korang tentang beberapa resipi sihat dan sedap menggunakan Kentang A.S sebagai ramuan utama yang boleh korang cuba sebagai menu di bulan Ramadan dari Pakar Diet dari KPJ Damansara, Cik Rushda Adiba Ismail. Bukan itu sahaja, Cik Rushda Adiba juga sudi berkongsi mengenai khasiat and perincian nutrient yang ada dalam Kentang A.S dan beberapa tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan.

Berikut adalah cadangan hidangan berasaskan ubi kentang yang sesuai untuk bersahur atau berbuka puasa. Bagi resepi berikut, US Russet potatoes digunakan kerana kualiti dan pelbagai variasi masakan tempatan dan masakan barat yang boleh disediakan. Pemilihan ubi kentang U.S sebagai juadah berbuka puasa atau semasa bersahur sangat digalakkan kerana masa penyediaan yang ringkas dan dalam masa yang sama membekalkan tenaga dan nutren penting bagi tubuh badan manusia. Selamat mencuba!

RESIPI MENGGUNAKAN UBI KENTANG U.S

Resipi Sup Sayur dengan Kentang A.S. (U.S. Potatoes)

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Bahan-bahan
  • 1 biji kentang A.S Russet, dipotong dadu
  • ½ batang lobak merah, dipotong panjang
  • 1 biji tomato, dipotong 4
  • Bunga kobis
  • Sawi
  • 300 gram isi ayam, potong kecil
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Secubit garam
Bahan Tumis
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2-3 tangkai cengkih
  • 3 biji buah pelaga
Bahan tumbuk / kisar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
Step Memasak
  1. Panaskan minyak dalam periuk.
  2. Tumis bahan tumis bersama bahan kisar/tumbuk. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan air, kentang A.S, lobak merah dan isi ayam. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan sawi, bunga kobis, tomato dan didihkan sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidang.

Resipi Ubi Kentang A.S. (U.S. Potatoes) Bakar Inti Sambal Bilis 

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI BULAN RAMADAN

Bahan-bahan
  • 4 biji ubi kentang A.S Russet (sederhana besar)
  • Garam
  • Keju Mozarela
  • Brokoli potong kecil, stim
  • Minyak masak
Bahan Inti
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 50 gram ikan bilis
  • 2 sudu makan asam jawa
  • Secubit garam/gula
Step Memasak
  1. Bersihkan semua kentang A.S dan rebus tanpa dipotong dan tidak perlu dibuang kulit. Rebus hingga empuk.
  2. Taburkan garam ke dalam air rebusan.
  3. Apabila empuk, angkat dan biarkan sejuk.
  • Untuk inti:
  1. Kisar cili kering, bawang merah dan bawang putih.
  2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar kacau hingga garing.
  3. Sementara itu, goreng ikan bilis dalam kuali berasingan.
  4. Setelah sambal garing dan pecah minyak, masukkan air asam jawa, perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masukkan ikan bilis dan gaul rata.
  6. Setelah sambal bilis siap,belah ubi kentang A.S dan keluar isi di bahagian tengah.
  7. Gaulkan isi kentang A.S tadi dengan sambal ikan bilis.
  8. Masukkan gaulan tersebut ke dalam kentang A.S yang dikorek tadi.
  9. Taburkan keju mozarela.
  10. Bakar selama 5 -10 minit pada suhu 200˚c
  11. Hiaskan dengan hirisan brokoli.
  12. Sedia untuk dihidang.
KEBAIKAN UBI KENTANG U.S

Dengan pengetahuan fakta-fakta di bawah yang berkaitan dengan kebaikan nutrien yang terdapat dalam Kentang A.S, ia adalah ramuan yang sangat baik dan serba boleh untuk digunakan dalam penyediaan makanan untuk iftar and sahur.
  • Kentang A.S. ialah contoh sumber karbohidrat yang baik. Ia kaya dengan Vitamin B6 dan C. Kentang bersifat serba guna dan mengenyangkan, menjadikannya sumber makanan yang berkhasiat tinggi.
  • Kentang A.S. diminati ramai kerana mutunya yang tinggi. Ini kerana suhu penanaman yang ideal, tanah yang subur, pemprosesan terkini dan kepakaran yang diwarisi sejak turun-temurun. Semua faktor ini menjadikan kentang A.S. antara kentang yang terbaik dunia. Tambahan lagi, piawaian ketat industri yang memenuhi semua spesifkasi Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan A.S., memastikan Kentang A.S. selamat dan bermutu tinggi.
  • Kentang A.S tidak mengandungi lemak, natrium atau kolesterol. Malah, ia hanya mempunyai 110 kalori setiap hidangan.
Ubi kentang merupakan salah satu sumber karbohidrat kompleks yang mudah didapati dan membekalkan tenaga bagi umat Islam berpuasa ketika bulan Ramadan. Karbohidrat kompleks memberikan rasa kenyang yang lebih panjang. Aras gula darah akan lebih terkawal dengan pengambilan karbohidrat kompleks semasa bersahur atau Iftar. Masyarakat Malaysia perlu tahu bahawa ubi kentang sama seperti nasi, roti, biskut dan lain-lain, iaitu dalam kategori makanan karbohidrat. Oleh itu, kuantiti yang diambil perlulah bersederhana dan seimbang.


Selain membekalkan tenaga berpanjangan semasa seharian berpuasa, ubi kentang (mentah) mengandungi sumber kalium (potassium) yang tinggi dan tidak mengandungi lemak (fat-free). Kalium adalah elektrolit penting yang mengekalkan fungsi otot dan menjaga keseimbangan cecair dalam badan. Ubi kentang juga mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh manusia bagi menguatkan sistem imuniti badan. Ketika seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, kita perlulah bersyukur kerana bekalan makanan negara stabil dan makanan tinggi vitamin C mudah didapati bagi meningkatkan daya tahan badan.

Antara tips pemakanan yang penting dalam bulan Ramadan adalah seperti berikut:
  1. Kekal hidrasi sepanjang tempoh 13 jam berpuasa. Minum air masak secukupnya semasa bersahur dan Iftar. Cadangan hidangan adalah minum segelas air masak setiap jam sebelum tidur.
  2. Sayur-sayuran dan buah-buahan amat digalakkan ketika bersahur dan Iftar kerana dapat membekalkan serat dan dapat mengelakkan masalah sembelit.
  3. Tidak lupa juga pengambilan sumber protein seperti ikan, ayam, telur, daging, soya, susu dan produk tenusu.
  4. Bersahur setiap hari dan digalakkan melewatkan bersahur sebelum masuk waktu Imsak. Pilihan makanan sahur yang dicadangkan daripada sumber karbohidrat kompleks seperti beras perang, roti bijirin penuh, kentang, oats dan lain-lain.
Untuk mengetahui lebih tentang Kentang A.S, sila lawati laman web www.uspotatogoodness.com.my .

13 comments:

  1. Uii kentang bakar inti tu manarik pulak, kentang kat rumah ni pun banyak, Sis beli seguni hahahahah...nanti nak buatlah...cuma bukanlah kentang US..heheheh

    ReplyDelete
  2. wah pemakanan sihat gtu..suka juga kentang...tq share resepi, bole la cuba nanti

    ReplyDelete
  3. Kita ingat yang atas tu telur tapi rupanya kentang A.S hehehehe kita pun suka makan kentang ni lembut jer sedap buat masak hehehe kat rumah ada jer sentiasa...

    ReplyDelete
  4. Tips yang bagus. Beh cuba tips yang dikongsikan ni. Resipi yang dikongsikan tu pun nampak sedap. Bolehlah cuba nanti.

    ReplyDelete
  5. Ubi kentang bakar inti sambal ikan bilis tu nampak sedap. nanti nak cuba lah. Menarik..lain dari yang lain :)

    ReplyDelete
  6. kat rumah kakak pun wajib ada kentang.. nak menggulai senang, nak bakar senang.. hee~ tambahan kentang boleh menggantikan nasi sebagai salah satu sumber karbo.. itu lah tips kakak diet..

    ReplyDelete
  7. Kentang russet ni mmg sedap kalau buat mash potatoes ke baked potatoes sbb dia xde rasa kelat bila masak..

    ReplyDelete
  8. aida beli kentang ni dulu, time rumah dekat sgt dgn aeon.
    tapi kekadang takde stok jugak, mawardi. khas utk buat baked patato.
    tempat lain, jarang available kentang ni.
    bagus. cantik. sedap!

    ReplyDelete
  9. menariknya kentang bakar inti sambal bilis tu, tq ya share resepi. nampak menyelerakan ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  10. sedap kan us potatoes ni. Ritu beli bagi kakak aku rasa. Kitorg buat sup ayam, memang beza dari kentang yang biasa dia guna katanya. Rasa lebih sedap dan gebus gituuuu

    ReplyDelete
  11. Blm lg dpt merasa kentang us ni tgk mcm2 resepi blh buat sedap2 plk tu

    ReplyDelete
  12. Rajin nya Mawardi memasak ni... jangan makan banyak sgt tau ubi kentang tu nanti bulat mcm kentang haha... jgn marah bulan puasa .

    ReplyDelete
  13. Sedapnya buat baked potato. Kita kalau buat baked potato suka letak cheese banyak2 ala ala baked potato kat Wendys yumsss

    ReplyDelete