Wednesday, April 29, 2020

RESIPI KARI KEPALA IKAN MERAH



Kari Kepala Ikan merupakan hidangan populariti relatif di kalangan rakyat Malaysia dan Singapura dan termasuklah pelancong-pelancong di sana. Walaupun ia biasanya tidak dikategorikan sebagai hidangan yang murah, harga Kari Kepala Ikan yang dihidangkan dalam periuk tanah biasanya boleh mencecah range harga RM 40 -100 mengikut saiz dan jenis ikan yang digunakan. Bagi korang yang nak cuba memasak Kari Kepala Ikan sendiri di rumah, korang boleh cuba Resepi Kari Kepala Ikan yang saya nak kongsikan kat bawah ni.


Bahan-Bahan

  • 700 gram Kepala Ikan - ikan merah / ikan putih / ikan jenahak / ikan tenggiri atau kepala ikan lain mengikut citarasa sendiri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 biji Limau Nipis - perah jusnya (pilihan asam jawa / asam gelugor)
  • 2 tangkai Daun Kari - lurutkan
  • 4 sudu besar Serbuk Kari Ikan
  • 7 biji Kacang Bendi - potong tampuk dan ekor
  • 2 biji Terung
  • 2 biji Cili Hijau - belah 2, tapi jangan putus 
  • 2 biji Tomato - belah 2
  • Garam / gula / perasa pilihan secukupnya
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan minyak
Bahan Kisar
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 2 cm halia

Bahan Tumis

  • 1 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 sudu kecil jintan putih kasar
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 sudu kecil biji sawi
Step Memasak
  1. Mula-mula bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak, dan tumis bahan tumis sehingga wangi dan kekuningan. 
  3. Masukkan bahan kisar, diikuti dengan daun kari dan serbuk kari. Tambahkan secawan air. Masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.
  4. Seterusnya masukkan kepala ikan. Tutup selama 3 minit di atas api sederhana.
  5. Masukkan satu cawan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan cili hijau, kacang bendi, terung dan tomato, selama 2-3 minit atau hingga sedikit layu.
  7. Masak sehingga kepala ikan masak sempurna. Siap untuk dihidangkan.

3 comments:

  1. wow...menarik idea hari ni. tp untuk orang rajin la...tgh malas ni sadin sudah

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa Madi, macam pernah ku lihat kepala ikan tu hahahaha...kat esbox ada kepala ikan merah tu 2 ketul, nanti nak masak kari gak laaaa

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa kari palo ikan,thanks idea nak buat la weekend ni..kena cari palo ikan dulu la.

    ReplyDelete