SELAMAT HARI PEKERJA | JADUAL CUTI HARI BURUH 2020, 2021 DAN 2022

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua. Hari Pekerja di raikan pada tanggal 1 Mei setiap tahun. Hari Pekerja merupakan hari cuti am bagi negara Malaysia. Berdasarkan sejarah, Hari Pekerja adalah sambutan pencapaian ekonomi dan sosial pekerja, termasuk pengenalan kerja 8 jam sehari di kebanyakan negara pada tahun 1800.
CUTI HARI BURUH 2020, 2021 DAN 2022

Apa yang korang faham berkenaan dengan Hari Pekerja sebenarnya? Masih ramai yang tidak memahami signifikan sambutan Hari Pekerja ini selain dari mengaitkan Hari Pekerja adalah hari bagi semua yang bergelar pekerja berehat dan bercuti.

Tahukah korang bahawa, Hari Pekerja asalnya bukan sepertimana yang kita semua fikirkan. Ia bukan sekadar cuti umum dalam kalendar cuti sesebuah negara, apatah lagi bagi negara yang mempunyai cuti umum terbanyak di dunia seperti Malaysia.

Selamat Hari Pekerja

Malah ia sepatutnya digelar Hari Buruh, bukan Hari Pekerja sepertimana kebiasaannya. Kerana sebetulnya Hari Buruh merujuk kepada perkataan ‘Buruh’ atau ‘Labour’ dalam bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan pekerjaan yang menggunakan kudrat dan tenaga manusia secara manual.

Justeru, ia sepatutnya dipanggil Hari Buruh kerana mana-mana individu yang melakukan kerja pentadbiran, pengkeranian, perguruan atau apa sahaja yang tidak menggunakan kudrat tulang empat kerat dalam menghasilkan sesuatu tidak termasuk dalam kategori buruh.


Jadi, sudah tentulah cuti Hari Buruh ini bukanlah untuk mereka yang bekerja bukan dalam kategori buruh. Tapi tak usahlah berkecil hati dengan kenyataan itu kerana konsep buruh juga sudah berubah pada hari ini.

Kini, Hari Buruh dipanggil Hari Pekerja sempena mengambil kira bahawa mereka yang bekerja ‘makan gaji’ itu juga adalah buruh kerana sifat umum seseorang buruh pada masa dahulu ialah menerima upah daripada hasil pekerjaannya.

Sejarah Hari Pekerja (baca: Hari Buruh) diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.


*Sedikit info untuk korang, atas dasar faktor ekonomi untuk Hari Pekerja, 1 Mei juga merupakan perayaan permulaan musim Spring, terutamanya di Great Britain, Eropah dan Amerika Utara, dan turut kenali sebagai Hari Mei.

Post a Comment

0 Comments