RETRO KLANG 2019 | ANGKAT TRADISI DAN MEMORI LAMA


retro dan tradisional

Tempohari saya bersama rakan-rakan yang lain berkesempatan menyertai satu acara yang diberi nama Retro Klang. Acara Retro Klang ni merupakan satu acara “flash mob” awam bersempena dengan bulan kemerdekaan yang mana ia julung kalinya diadakan di Selangor yang bertujuan mempromosi keistimewaan negeri Selangor khususnya Bandar Diraja Klang
Acara Retro Klang 2019 ini telah dianjurkan bersama oleh UPEN Selangor dan LOCCO. Untuk pengetahuan korang, LOCCO adalah singkatan kepada Local Companian, yang merupakan sebuah organisasi komuniti yang meraikan budaya setempat Malaysia.
Acara Retro Klang ini telah diinspirasikan daripada acara tahunan Keretapi Sarong, yang mana ianya juga merupakan salah satu acara flashmob anjuran LOCCO yang telah berjaya menarik seramai 1500 peserta orang awam berkain sarong dengan menaiki keretapi (LRT & MRT) pada tahun 2017 dan seramai 2000 pada tahun 2018 yang lepas.



flashmob merdeka

Para perserta Retro Klang telah berkumpul di KL Sentral seawal jam 8.15 pagi lagi sebelum memulakan perjalanan dengan menaiki komuter ke stesyen Klang. Seperti yang dianggarkan, ramai peserta yang ikut serta acara ini telah berpakaian mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu retro dan tradisional.

retro klang




Untuk ke destinasi iaitu Klang, kami telah menaiki koc sewa khas Keretapi Tanah Melayu Berhad yang dibawa oleh KTM Holiday. Ianya merupakan sebuah keretapi istimewa yang mempunyai koc-koc yang berbeza dari keretaapi biasa yang sesuai disewa untuk majlis tertentu. Apa yang bestnya, pada hari kejadian koc chillex dan koc karaoke telah diubah suai menjadi koc pesta muda mudi menarik perhatian peserta Retro Klang.


Pelbagai aktiviti dirancang untuk para peserta sepanjang perjalanan dan setibanya di stesen KTM Klang, para peserta akan berjalan sejauh 150 meter ke Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz untuk acara kemuncak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Joget Selangor, demonstrasi kuih Selangor, permainan tradisi, ‘mini treasure hunt’.

Antara peserta yang hadir berpakaian retro
Saya bersama beberapa peserta lain yang berpakaian tradisi
Acara ini telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Exco Pelancongan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan. Rakan strategik Retro Klang adalah Majlis Kebudayaan Negeri Selangor (MKNS), Majlis Perbandaran Klang, Geleri Diraja Sultan Abdul Aziz, KTM Holiday dan KTM Komuter.


Program ini juga disertai oleh rakan komuniti seperti Sukarelawan LOCCO, pelajar perubatan - Ramsay Sime Darby Healthcare College, pelajar daripada jurusan fesyen – TARUC KL, Persatuan Penggiat Seni Alam Melayu (PERNILAM), Projek Travel (Kumpulan komuniti blogger) serta gerakan sosial - Suspended Meal.

Makanan dan minuman "childhood"
Persembahan gamelan oleh pelajar sekolah
Permainan tradisional 
Gambar bersama En. Nazmi dan Syazwan dari UPEN
Retro Klang berharap objektif untuk menyatupadukan pelbagai kaum dengan meraikan busana tradisi dan warisan negara kita dapat dicapai dalam menyemarakkan semangat kemerdekaan serta mempromosikan Bandar Diraja Klang sebagai antara pusat pelancongan di Selangor.


Kalau korang nak tengok foto-foto menarik sepanjang flashmob Retro Klang 2019 ni berlansung, korang boleh rujuk #RetroKlang di Instagram korang. Jangan lupa untuk turut serta dalam satu lagi flashmob yang bakal berlangsung tak lama lagu sempena cuti hari Malaysia iaitu Keretapi Sarong.

RETRO KLANG, ACARA FLASHMOB AWAM PERTAMA DI SELANGOR
p/s : Untuk pengetahuan korang, busana yang saya pakai pada acara ni adalah dari Butik Bin Mansor. Bagi korang yang berminat untuk membuat tempahan busana melayu lelaki, boleh berhubung terus dengan En. Herin di wasap.my/60186642568 .

Post a Comment

22 Comments

  1. Cantiknyaaa gambar Madi..
    Bestnya kalau dapat join...nak cuba join yang Sarong tu nanti..mudah-mudahan ada kesempatan...

    ReplyDelete
  2. great memory and nice tradisi.... thumbs up for retro klang.. all the photos looks so great.. nice nice.... yeah!

    ReplyDelete
  3. seriously event ni menarik!! kenapa la tak tahu lebih awal. boleh pergi. suka event macam ni.. retro and traditional.

    ReplyDelete
  4. Terbaiklah Locco anjurkan program ni. Satu aktiviti yang mmpu beri pendedahan pada orang ramai. Klasik dan menggamit kenangan. Tahniah kerana program ini dapat sambutan orang ramai.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah join event cam gini. Mesti best..masing2 sporting dgn mengenakan pakaian mengikut tema.

    ReplyDelete
  6. wah anjuran terbaik sambil mengimbau kenangan lama dan pasti bertambah berkobar-kobar buat semua yang turut serta disamping kita bakal menyambut hari kemerdekaan bulan Ogos ni

    ReplyDelete
  7. Teringin nak join event macam ni tapi tak tahu nk pakai apa haha. Menarik tengok semua berpakaian retro. 😊

    ReplyDelete
  8. Pic Ala-ala retro.. Terbaik. Seronoknya dapat merasai pengalaman macam ni beramai-ramai

    ReplyDelete
  9. Busana Melayu jika di pamerkan dengan sebaiknya ia akan kekal beraura.. Di tambah lagu M.Nasir Mentera naik syeikh haha

    ReplyDelete
  10. Wah la atak ber-flash-mob! Nice attire la semua. Memang retro habis~

    ReplyDelete
  11. Wah. Siap ada flashmob. Bukan bhiase2 klang sekarang. Menarik ni. Bahang kemerdekaan kian terasa. Rugi tk dpt join retro2 ni. Hopefully ada lg event mcm ni nanti

    ReplyDelete
  12. Seronoknya dapat join aktiviti macam ni. Dulu I rajin jugak tapi bila dah ada anak ni liat sikit nak dress up, but bila kenangkan balik zaman dulu-dulu rindunyalah. Enjoy these moments while you still can.

    ReplyDelete
  13. Classic ya gmbar korang ni... Best okkkk... Train ni gerak ke tak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis, kami memang naik train ni untuk ke Stesyen Klang tu dari KL sentral .

      Delete
  14. wah segak hensem bergaya! dah macam pahlawan zaman silam betul ni haaa.... seronoknya... =D

    ReplyDelete
  15. Bagus ada event seperti ini. Sesekali melaram mengikut tema. Best flashmob seperti ini. Semoga diperbanyakkan lagi event2 mcm nie di masa hadapan. Looking forward this 16 sept utk keretapi sarong. Mesti gempak !!

    ReplyDelete
  16. dari dulu tengok madi join event mcm ni..suka pulak dengan pakain tradisional dengan ada tema lagi..meriah haishh..Tapi nad tak dapat join lagi

    ReplyDelete
  17. bestnya kalau k mid dapat join....harap2 dapatlah join event macam nie pada masa akan datang...gambar2 madi pun retro sungguh :))

    ReplyDelete
  18. bagus lah event macam ni. boleh lah anak muda kenal kembali baju baju zaman retro. yelah, tk semuanya minat kan, tp kalau dalam baya kita yg pkai, nmpk segak.

    ReplyDelete
  19. Menarik juga acara ni kan :) Terus dapat bayangkan suasana ketika zaman 60 an dan juga 70 an dalam negara kita :) Thanks atas perkongsian tuan ni, menarik untuk dibaca :)

    ReplyDelete
  20. Wah letopnya awak. Retro ala-ala pahlawan melayu gittuhhh.Tak berkesempatan join haritu. Nampak mcm havefun giler.Bagus ada inisatif untuk adakan event-event mcm ni.huhuhu

    ReplyDelete
  21. Bestnya lia suka juga flashmob tema merdeka macam ni. Tengok semua pakai ikut tema terus semangat kemerdekaan berkobar2.

    ReplyDelete