ULASAN FILEM 47 METERS DOWN UNCAGED


Filem: 47 Meters Down Uncaged
Pengarah: Johannes Roberts
Genre: Pengembaraan, Seram & Ngeri
Pelakon: John Corbett, Nia Long, Sophie Nélisse, Corinne Foxx & Etc.
Tarikh Tayangan: 29 Ogos 2019
Penilaian: 8/10

Sinopsis:

Filem "47 Meters Down Uncaged" merupakan sebuah filem sekuel daripada filem "47 Meters Down" yang telah ditayangkan pada tahun 2017 ini mengisahkan mengenai empat orang gadis yang menyelam di dalam satu kawasan dimana pada zaman dahulunya merupakan sebuah bandar sebelum ianya musnah ditenggalami air. Namun, mereka mula menyedari bahawa mereka tidak bersendirian di dalam kawasan tersebut apabila mereka mula bertemu dengan spesis jerung berbahaya yang mulai mengganas dan menyerang mereka.

Ulasan:

Pada 26 Ogos 2019 yang lepas, saya dan beberapa orang lagi rakan lain telah berpeluang menghadiri pre-screening filem baru iaitu 47 Meters Down Uncaged bertempat di TGV KLCC. Sejujurnya, saya sendiri tidak pernah menonton filem pertamanyan iaitu "47 Meters Down". Tapi, ianya tidaklah menjadikan ianya satu masalah kerana filem sekuelnya iaitu 47 Meters Down Uncaged merupakan sebuah jalan cerita yang di reka tanpa berkaitan dengan filem terdahulunya.


Kisah ini bermula dengan adik beradik Mia dan Sasha beserta dua orang rakan mereka iaitu Nicole dan Alexa telah pergi ke satu lokasi rahsia untuk bercuti tanpa pengetahuan ahli keluarga. Dari awal kita dapat lihat ada beberapa konflik di antara watak yang dimasukkan di dalam filem ini, dan bagi saya ianya cukup untuk memperlihat dan memenuhi kehendak pengenalam cerita ini.

Siapa yang tidak mahu untuk melihat sendiri sesuatu perkara yang belum pernah kita lihat dan terokai sebelum ini. Nak-nak tentang sesuatu yang sudah ada hampir dengan kita. Oleh sebab itu juga mereka berempat telah terpujuk oleh ingin tahu dan darah muda mereka untuk menyelam dan melihat kenyataan yang ada iaitu sebuah bandar lama di zaman lampau yang ditenggelami air. Bagi saya, ianya tidak nampak terlalu merapu kerana dari segi plot cerita ianya telah disusun dengan baik dan mudah untuk difahami.

Bagi mereka yang sukakan pantai, sudah pastinya akan teruja dengan keindahan yang dipaparkan pada awalan cerita. Visual keindahan alam sekitar dan visual kejernihan airnya sudah semestinya akan membuat kita lalai seketika tentang apa yang bakal terjadi seterusnya. Kehebatan teknik CGI mereka sangat boleh dipuji khususnya dalam penghasilan visual ikan-ikan jerung putih kerana ianya kelihatan begitu realistik dan ngeri. Filem ini berjaya mengejutkan ramai penonton melalui adegan-adegan mereka yang sukar untuk dijangkakan yang penuh misteri. Bukan sekali dua, tapi ianya berkali-kali. Bagi saya, jika anda ada masalah lemah semangat atau masalah jantung anda tidak digalakkan untuk menonton filem ini.

Banyak juga mesej-mesej lain yang cuba disampaikan di dalam filem ini seperti hal kekeluargaan dan persahabatan, tapi bagi saya ianya sebuah filem yang cukup hebat dari sudut misteri dan kejutan. Secara keseluruhannya, filem 47 Meters Down Uncaged ni adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton bagi mereka yang sukakan filem yang bergenre misteri dan kejutan.

Post a Comment

1 Comments

  1. dah tengok dua hari lepas...ok la, not bad..but this movie is more to drama than thriller..level saspen tu ok but takleh kalah Crawl..

    ReplyDelete