Sunday, August 18, 2019

MINUM TIGER SUGAR DI MID VALLEY


Masih lagi dalam demam Bubble Tea (Boba), kali ni saya sempat mencuba minuman berasaskan boba dari jenama Tiger Sugar. Untuk pengetahun korang selain dari jenama Daboba, Tiger Sugar merupakan salah satu dari jenama minuman Boba yang cukup popular di Malaysia.


Tiger Sugar merupakan jenama bubble tea yang berasal dari Taiwan. Mereka membuka outlet pertamanya di Sunway Pyramid dan kini telah mempunyai beberapa outlet termasuk yang terbaru di Mid Valley.

Memandangkan cuba buat pertama kali, maka saya telah memilih The best-selling Brown Sugar Boba Milk with Cream mousse yang berharga RM12.90Brown Sugar Boba Milk with Cream mousse merupakan minuman signature yang membuatkan Tiger Sugar menjadi terkenal, minuman laris ini adalah kombinasi gabungan susu sejuk, segar dan mutiara gula coklat hangat yang dihiasi dengan mousse tebal dengan rasa sedikit cheese.


Walaupun bahan-bahannya yang berat, bagi saya minuman ni tidak terlalu manis. Jadi bagi saya rasanya cukup seimbang dan boleh dicuba lagi untuk masa yang akan datang.

2 comments: