AMINO MASON : PRODUK PENJAGAAN RAMBUT PALING LARIS DI JEPUN, UK DAN US.



Minggu lepas saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran rangkaian produk penjagaan rambut iaitu Amino Mason Malaysia bersama Guardian Malaysia. Majlis pelancaran Amino Mason ini telah diadakan di Eight Days Salon di Ikano Power Centre.


Untuk pengetahuan korang semua, produk penjagaan rambut Amino Mason ini merupakan produk yang berasal dari Jepun. Apa yang menariknya berkenaan produk ni, ianya telah diiktiraf sebagai produk penjagaan rambut paling laris di tiga (3) buah negara iaitu Jepun, UK dan Amerika Syarikat. Walaupun terlalu banyak produk penjagaan rambut yang lain di pasaran, jenama Amino Mason ini adalah salah satu jenama penjagaan rambut semulajadi pertama yang diperbuat 100% daripada bahan organik seperti ekstrak buah-buahan dan herba serta yang dipekayakan dengan 18 Asid Super Amino untuk memberikan kepentingan bagi membersih, melembap, melindungi dan membersihkan kulit kepala dan menjaga kesihatan rambut.


Antara produk Amino Mason yang korang boleh dapat di pasaran adalah seperti berikut :
  1. Amino Mason Whip Cream Shampoo
  2. Amino Mason Milk Cream Treatment
  3. Amino Mason Fruit Cream Treatment
  4. Amino Mason Butter Milk Mask Pack
  5. Amino Mason Oil Cream Mask Pack
  6. Amino Mason Moist Hair Oil
  7. Amino Mason Moist Night Cream
  8. Amino Mason Amino Acid Hair Water
Menurut Pengarah Pemasaran Amino Mason Malaysia, Joyce Lee, "Rangkaian penjagaan rambut baharu ini sangat sesuai untuk rakyat Malaysia kerana cuaca panas dan lembap di sini boleh membuatkan rambut cepat jadi kotor dan berminyak. Jadi rambut perlu dicuci selalu dan menggunakan produk penjagaan yang betul dan berkesan. Produk Amino Mason dapat mengimbangi PH kerana diperbuat dengan bahan semula jadi seperti susu dan protein mutiara, sutera, madu manuka, minyak semulajadi daripada kekacang malah bukan sahaja lembut dan melembapkan kulit kepala tetapi produk ini tidak mengandungi paraben, silikon, sulfat atau sebarang pewarna sintetik dan surfaktan berasaskan petroleum."

Dengan 8 produk yang diperkenalkan pada majlis pelancaran tersebut terdapat dua (2) pilihan rangkaian Amino Mason ini khusus untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering dan rambut berminyak. 
  • The Moist Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Putih dalam syampoo, serum rawatan, pelembap, minyak rambut dan krim malam diperbuat daripada susu, esen madu Manuka, minyak mangga, minyak badam, minyak argan dan adunan avokado serta cherimoya. Rangkaian ini sesuai untuk rambut kering hingga normal.
  • The Smooth Hair Care Series | dengan jambangan Mawar Peony dalam syampoo, serum rawatan, pelembap dan susu dari esen madu Mawar, Aprikot, Buah Delima, Rosemary dan Lavendar serta adunan buah-buahan botani seperti lemon dan raspberi. Rangkaian ini sangat sesuai untuk rambut normal hingga berminyak.

BAGAIMANA AMINO MASON BERFUNGSI

Amino Mason diperbuat daripada bahan asli dikenali sebagai "amino keratin", rangkaian produk Amino Mason mengandungi asid amino, keratin dan platinum yang disediakan dalam ketekalan whip cream yang bertindak dengan menembusi hingga ke korteks atau lapisan ketiga kulit kulit kepala. Oleh sebab asid amino dan keratin dengan skala molekul yang dikurangkan ini dapat menembus jauh ke dalam rambut, kerosakan rambut dapat dibaiki secara lebih berkesan.


Sebaik sahaja tahap asid amino dan keratin dipulihkan, platinum memainkan peranan sebagai penutup untuk mengedap permukaan dan mencegah pelepasan protein dan lembapan (punca kerosakan). Tahap kelembapan dan kederiaan sentuhan adalah benar-benar berlainan kerana khasiatnya melembapkan hingga ke hujung rambut untuk menjadikan rambut cantik berseri, manakala kolagen segar dengan keupayaan dan keserasian membendung lembapan menguruskan persekitaran kulit kepala dan menjadikan rambut lembap dan berkilat dari pangkal ke hujung.

Ketekalan whip cream  yang unik dicapai menerusi teknologi Nano, membolehkan berat molekul diturunkan dan memastikan tembusan hingga ke dalam kulit kepala. Surfaktan berasaskan asid amino botani dan bahan pembersih botani mengeluarkan buih seperti whip cream  untuk melindungi rambut daripada geseran yang berlaku semasa disyampu sambil membersih kotoran dan minyak dengan lembut. Dengan demikian, kulit kepala bersih dan terhidrat dengan sewajarnya.


Semasa majlis berlansung, kami juga diberi demo mencuci rambut dengan menggunakan produk Amino Mason ini.

Joyce juga mengesyorkan pengambilan makanan mengandungi vitamin, antioksidan, zink, kalsium, zat besi, iodin, asid amino dan asid lemak tak tepu. Semua nutrien ini sangat penting untuk memastikan kesihatan kulit kepala dan menjadikan rambut sihat dan cantik berseri.

HARGA SHAMPOO AMINO MASON


Harga sebotol shampoo atau conditioner Amino Mason ini adalah RM69.00 sahaja. Bagi yang ingin dapatkan rangkaian produk penjagaan rambut Amino Mason kini boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Guardian di Malaysia Barat dan Malaysia Timur

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Amino Mason boleh layari :

Post a Comment

19 Comments

  1. Sukanya packaging dia! Nampak eksklusif gitu. Dan saya memang lebih prefer produk yang gunakan bahan-bahan semulajadi ni. Rasa lebih yakin dan selamat. Okaylah, nanti boleh cari di Guardian dan cuba sendiri!

    ReplyDelete
  2. Mesti bau soft je sebab ambil esen bunga ros! Packaging nampak simple & menarik, harga pun berbaloi dengan kualiti produk.

    ReplyDelete
  3. wah! patutlah rambut awak macam nora danish rupanya ini rahsia dia. okay nak try lah nanti! ada jual online kan? hehe mesti rambut dalam keadaan baik lepas pakai ni

    ReplyDelete
  4. Rambut I kurang. Which one I should try it out ? Maybe I should try out the Smooth Hair Care series to protect my hair.

    ReplyDelete
  5. wahhhhh,ada syampoo baru ye,macam best jer,ramai cakap shampoo ni bagus dan wangi..haishhhhh kena terjah guardian ni hihi

    ReplyDelete
  6. Untuk produk yang berkualiti macam ni ,harganye sangat berpatutan. I don't mine to get one for myself since nak dapat shampoo bagus bukan senang.

    ReplyDelete
  7. rambut ku yang panjang sesuai tak gunakan produk ini. Macam nak beralih kepada produk Amino Mason mana tahu bila guna dapat rambut cantik dan kulit kepala terjaga sudah

    ReplyDelete
  8. Tak silap produk ni lah blogger Sally cakap rasa nak kunyah rambut sendiri sebab wangi sangat .Ishhh ni buat tergoda n . Rasa nak terjah Guardian cari Amino Mason ni. Nak juga rambut sihat ,cantik dan wangi sampai rasa nak kunyah ..hahaha

    ReplyDelete
  9. ewah ni rahsia rambut awak kekal lebat, hitam & tak mudah gugur ye. la boleh beli kat guardian je ke.. ingatkan kirim dari oversea tadi. mudah sangat kalu BBL nak beli satu, yelah nak cuba mana tahu sesuai untuk kulit & rambut ni. baru lah maintain handsome selalu. gituh

    ReplyDelete
  10. First time dengar pasal produk ni, sure bagus ekk sebab paling laris dibeberapa negara. Boleh lah try nanti..rambut sis ni pun memang perlukan produk yg terbaik..maklumlah..makin berumur ni makin gugur dah rambut.

    ReplyDelete
  11. Shampoo ni bokeh utk rambut kelemumur dengan gugur tak.. Botol dia comel dan eksklusif..nak cubala.. Kat guardian erk.. Ok nanti cari.. Shampoo pun dh nak habis

    ReplyDelete
  12. Ala bestnya shampoo amino ni. dengar kata bau dia wangi + banyak benefit bila guna. Botol pun cantik. Nampak exclusive tak macam botol shampooo lain

    ReplyDelete
  13. Oh so produk amino mason ni boleh dibeli di guardian ye? macam menarik. Nanti nak try usha la kat guardian.

    ReplyDelete
  14. Wah lepas ni boleh flip flip heheheh. Tapi ramai yg bagi feedback positif lps guna produk ini. Best katanya

    ReplyDelete
  15. whoa macam best je.tengok packaging pun nampak style.nak carila nanti

    ReplyDelete
  16. Lawa packing dia. Mesti ramai dah cuba produk baru ni kan..
    Kalau boleh membantu masalah pengguguran rambut pun okay juga..

    ReplyDelete
  17. baru pertama kali dengar nama produk nie. tak sangka ia dijual di guradian. tak pernah pulak nampak sebelum nie. mungkin baru lagi masuk pasaran. nanti nak cuba lah produk rambut nie

    ReplyDelete
  18. OMG I LOIKE THE BOTTLE PACKAGING DIA!!!!!!!!!!!!!! rasa nk beli n try sbb packaging die telah memenangi hati i hahaha serius t i cari kat watsons!

    ReplyDelete
  19. Hari tu gi Guardian nampak la produk ni..agak mahal jugak ek tapi tak apa la kalau berbaloi. To me harga tu tak kisah sangat asalkan produk betul-betul berkualiti

    ReplyDelete