Tuesday, May 07, 2019

BERBUKA PUASA DI GRANDMAMA'S KALAU NAK MAKANAN CITARASA MALAYSIA


Salam Ramadan kepada semua pembaca. Kat mana agaknya lokasi berbuka korang hari ni ya? Kalau masih belum ada keputusan untuk berbuka kat mana, apa kata korang bawak family atau rakan sekerja untuk berbuka puasa di Grandmama's. Saya suka berbuka kat sini kerana mereka ada menawarkan set menu. Selain dari itu ada juga ala-carte menu yang korang boleh pilih dan tambah kalau rasa tak cukup.

Kalau diikutkan, tahun ni merupakan tahun ke-tiga (3) berturut-turut tak pernah miss berbuka di Grandmama's. Memandangkan saya ni jenis suka makan makanan citarasa Malaysia dan ala-ala kampung, jadi Grandmama's ni memang jadi pilihan utama. Makanan dia pun memang sedap-sedap semuanya.

SET MENU RAMADAN DI GRANDMAMA'S

Untuk outlet mereka yang berada di Pavilion KL dan Intermark Mall, mereka ada menawarkan empat (4) jenis set mengikut jumlah pax. Berikut merupakan dua (2) set menu yang saya dah cuba untuk berbuka puasa pada tahun ini.

SET B : RM168.00++ (4-5 orang)


Menu Set B ni sesuai untuk 4 ke 5 orang makan. Dalam set ni mengandungi lauk-lauk seperti berikut :
  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Fish Head Curry Hot Pot 
  • Lamb Shank Gulai Kawah 
  • Crispy Butter Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Stir-Fried Mixed Vegetables 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih

SET C : RM288.00++ (6-8 orang)


Ini pula merupakan Menu Set C . Set ni sesuai untuk 4 ke 5 orang makan. Dalam set ni mengandungi lauk-lauk seperti berikut :
  • Kerabu Mangga dan Betik Muda 
  • Seafood Curry Hot Pot 
  • Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal 
  • Sambal Petai Prawns 
  • Ayam Masak Merah ala Kampung 
  • Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce 
  • Braised Egg Beancurd with Minced Meat 
  • Paku with Sambal Belacan 
  • Steamed Rice 
  • Kurma Dates 
  • Traditional Kuih

MENU ALA-CARTE DI GRANDMAMA'S

Kalau tak cukup, korang boleh oder menu ala-carte. Berikut merupakan beberapa menu yang boleh di order secara ala carte.
  • Seabass Masak Tempoyak RM78.00++
  • Kerabu Manggadan Betik Muda RM12.00++
  • Grandmama’s Ikan Cencaru Sumbat Sambal RM23.00++ 
  • Lamb Shank Gulai Kawah RM39.00++
  • Crispy Butter Prawns RM45.00++
  • Ayam Masak Merah ala Kampung RM29.00++
  • Golden Crispy Chicken with Black Bean Ginger Sauce RM29.00++

HARGA SET RAMADHAN SANTAPAN BERSAMA GRANDMAMA'S


Set A RM78++ untuk 2/3 pax
Set B RM168++ untuk 4/5 pax
Set C RM288++ untuk 6/8 pax
Set D RM438+-Funtuk 8/10 pax


Individual Set Santapan Bersama Grandmama's KLIA
Seafood Curry Hot Pot Set - RM32.90++ 
Ayam Masak Merah Set - RM32.90+

Individual Set Santapan Bersama Grandmama's Genting Highland
Seafood Curry Hot Pot Set - RM32.90++ (members) 
Ayam Masak Merah Set - RM32.90++ (members)

Seafood Curry Hot Pot Set - RM34.90++ (non-members)
Ayam Masak Merah Set - RM34.90++ (non-members) 

Promosi sempena bulan ramadan ini bermula dari 6 Mei 2019 sehingga 4 Jun 2019. Jadi pastikan korang buat tempahan lebih awal untuk memudahkan perjalanan berbuka puasa korang ya :)

Berikut merupakan dua (2) lokasi restoran Grandmama's yang ada di Kuala Lumpur:

GRANDMAMA'S (Pavilion KL)
Lot 6.01.02, Level 6,
Pavilion KL 168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur 
Tel: 03-2143 9333 / Fax: 03-2143 9222 
Email: grandmamapkl@gmail.com

GRANDMAMA'S (Intermark Mall) 
Lot G-12, 
Intermark Mall 348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur 
Tel: 03-2181 2839 / Fax: 03-2181 2839 
Email: gmmintermark@grandmamas.com.my

18 comments:

  1. Amboi menyelerakan sungguh menu2 yanf ditawarkan dekat sini. Meleleh air liur kite masa tengah komen ni. Lamb shank kawah tu. Ayooo. Nak try lah nnti. huhuhu

    ReplyDelete
  2. yesza ayam sambal yang awesome rasanyer, itu yang membuatkan kita bertambah-tambah makan tuh hari tuh hauhuhauahau kalau makan ramai-ramai tak delah terasa nak membayarnya kan

    ReplyDelete
  3. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan berbuka puasa dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  4. wahh... grandmama also have ramadan package.... I wanna go there makan2 with my Muslim friends time buka puasa!!!!

    ReplyDelete
  5. waa sedap2 laa nampak semua menu2 dia! bagusnya ada mcm2 jenis package kita boleh pilih untuk berbuka puasa, seronok mcm tu kan. pilihan mknn pon best2 semua siap dpt kurma & kuih muih. nnt boleh try nii ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
  6. wah sedapnya menu tu semua. bolehla try sempena berbuka puasa ni. kalau dibahagi ikut kepala masih kira berpatutan harga dengan hidangan yang kita nikmati

    ReplyDelete
  7. Heiiii awas ada gambar kita kat sini hehehehe dan makan sini memang sedap gilerrr dan kita paling suka yang ikan Cencaru Sumbat Sambal tu bestnya....

    ReplyDelete
  8. Wah menu tempoyak, lamb shank & kerabu mangga tu nampak menarik je. Harga dia pun berpatutan ikut set. Kan best kalau ada cawangan kat Penang jugak.

    ReplyDelete
  9. bahagia betul berbuka makan lamb shank dengan siakap masak tempoyak tu! Walaupun mahal tapi berbaloi lagipun boleh share dengan kawan2, kongsi2 bayar.

    ReplyDelete
  10. Ya ammlun sedapnya semua nmenu.. Ala kampung gitu menu dia erk.. Ikan seabass tu ingt ikan patin.. Sedpnya masak tempoyak.. Makan ramai-ramai ni best ni.. Harga pun berbloi denngan juadah yangvdisediakan

    ReplyDelete
  11. Woah lamb shank tu. Menggiurkan sangat. Lauk pauk lain pun not bad jugak nampaknya. Harga a bit pricey tapi berbaloi lah kalau nak dapatkan menu macam ni kan

    ReplyDelete
  12. Ok jugak ada menu set mcm ni, kalau x nak ke buffet sbb tau jenis makan x banyak. Ni kira affordable la kot dgn lokasi & menu kan. Dah la nampak sedap2 semuanya.

    ReplyDelete
  13. Sedap betul menu-menu kampung tuh ! semua kesukaan saya tahu tak? nnt nak plan dengan suami kalau dia free nak pergi sini lah.

    ReplyDelete
  14. ni kalu berbuka ramai-ramai jimat sangat. yelah time bulan puasa mesti ramai pakat buat iftar gathering, boleh la consider datang berbuka kat sini. senang kalu ada set complete macam ni, tak payah pening kepala nak order ala carte

    ReplyDelete
  15. Sedap betul hidangan yang disajikan utk ramadan package ni. Pernah gak dengar tetang restoran ni..org kata memang hidangan di sedap2

    ReplyDelete
  16. Suka set buka puasa grandmama's. Share share makan ngan kengkawan dan shar3 share bayar! Siakap tempoyak tu sedap, ayam masak merah dia pun sedap

    ReplyDelete
  17. Last weekend teringin nak pergi berbuka kat sini. Dah terbayang sayur paku belacan tu. Sekali kawan nak belanja kat hotel plak. Memasing kelam kabut pergi hahaha. Tapi memang menu kat sini tidak mengecewakan dan harga dia berpatutan

    ReplyDelete
  18. Wah memang nak try semua sajian kat sana, the one yang kelly nak try sangat is the Lamb Shank Gulai Kawah. Best kan.

    ReplyDelete