TEASER 10 MINIT UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL DI YOUTUBE



Tempoh hari saya tak berkesempatan memenuhi undangan ke majlis pra tayangan Filem Upin Ipin terbaru iaitu UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL kerana berada di kampung halaman. Jika dilihat pada trailer filem ni, saya boleh agak jalan ceritanya memang best!! Kalau nak cerita bab animasinya memang power habislah kan. Memang bertaraf antarabangsalah.

Tajuk Filem : UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL
Durasi: 90 minit
Genre : Pengembaraan / Kekeluargaan / Fantasi
Format: 2K
Bahasa: Melayu / Inggeris
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2019

Apa yang lebih menarik, pihak Les' Copaque Production telah membuka peluang untuk kita menonton Filem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL selama 10 minit secara percuma di YouTube mereka. Kalau korang belum tonton filem ni, mehla tengok dulu sebelum sambung di wayang nanti.


Amacam, permulaan cerita yang sangat menarik bukan? Nak tahu cerita ringkas boleh baca sinopsis Filem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni dulu.
SINOPSIS
Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawan mereka tersadung pada keris mistik di bilik simpanan Tok Dalang yang sekali gus telah membuka jalan dan membawa mereka terus ke sebuah negara. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, kanak-kanak yang terganggu itu tiba-tiba dibebani dengan tugas bagi memulihkan negara itu kembali kepada zaman kegemilangan sebelumnya. Dengan bantuan watak-watak dari cerita dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya mesti mengatasi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan mencabar. Apakah kesudahannya? Nantikan 21 Mac ini.
Dengar khabar ada banyak watak cerita dongeng yang popular di masukkan di dalam filem ni seperti watak Raja Bersiong, Pak Belalang, Bawang Putih Bawang Merah. Wah ni memang betul-betul nak kena pergi tengok ni.

Filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal ini dikatakan menelan kos tinggi iaitu hampir RM20 juta kerana banyak kajian dibuat kumpulan R&D (kajian dan pembangunan). Wallaweh. kenapa mahal sangat tu?
  • Proses ‘rendering’ dibuat di luar negara terutama di Hong Kong kerana faktor saiz simulasi filem ini yang lebih besar dari filem Geng: Pengembaraan Bermula yg keluar pada tahun 2009 dahulu
  • Skor muzik filem ini dihasilkan oleh kumpulan orkestra dari US yang mana kumpulan ini pernah terlibat untuk menghasilkan skor muzik filem animasi 3D Final Fantasy. Padu beb!
  • Proses ‘final mixing’ dibuat di Bangkok
  • Proses ‘dubbing’ dilakukan di Los Angeles
Khabarnya juga, filem ini memerlukan hingga 3 pengarah untuk diarahkan. Tapi, setiap dari 3 pengarah itu dikatakan memiliki tugas yang berbeza, seperti pengarah pertama Syed Faizu menguruskan bahagian aksi untuk animasi, pengarah kedua Ahmad Razuri Ajmain bertanggungjawab untuk menghasilkan animasi sudut pandang emosi setiap karakter. Pengarah ketiga Adam Amiruddin memastikan initipati asal dua watak utama dikekalkan dalam filem ini.

Woah memang terbaik ni. Tak sabar pulak rasanya nak menonton Filem UPIN & IPIN KERIS SIAMANG TUNGGAL ni.

Post a Comment

1 Comments

  1. Jangan lupa tengok beli sekali dia punya cawan di GSC haha

    ReplyDelete