Wednesday, March 13, 2019

TOMYAM PADU DI OMBAK DIVE CAFE PULAU PERHENTIAN


Ombak Dive Resort  bukan sahaja mempunyai persekitaran yang baik untuk pelanggan mereka, tapi mereka juga mempunyai sebuah restoran yang cukup bagus dan mempunyai pelbagai makanan yang menarik dan sedap. Jika dilihat pada harga, ianya cukup berbaloi dengan portion yang mereka hidangkan.


Selama dua (2) malam saya stay di Ombak Dive Resort ni, memang tak pernah terfikir untuk makan di restoran or kedai makan lain walaupun banyak kedai makan yang ada di sekitarnya. Nak nak kalau bercerita mengenai menu Tom Yam dia. Memang terbaik, padu habis tau.


TOM YAM RM28.00 | Menu TomYam nya memang berbaloi dengan portion yang cukup besar. Korang boleh pilih menu TomYam Ayam, Daging atau Makanan Laut. Dua (2) kali saya oder menu sama untuk makan malam di sini. Bukan seperti kebiasaan menu TomYam yang saya pernah makan, hidangannya memang banyak dengan isi makanan laut.


OMBAK FRIED SEAFOOD NOODLE RM28.00 | Mee Goreng Sea food ni pun sedap!! Tengok sendiri dari photo kat atas texture dia yang lembut dan tidak kering, digoreng dengan seekor udang yang bersaiz besar disamping udang bersaiz sederhana dan makanan laut lain seperti sotong dan sebagainya.


FISH CURRY WITH STEAM RICE RM24.00 | Bagi korang yang gemar makan kari, korang boleh cuba menu ni. Boleh tahan rasa dia, dan yang penting isi tu banyak. Tidak sekadar kari dan sayur je.


SEAFOOD PATTAYA FRIED RICE RM28.00 | Satu lagi pilihan makananan laut yang fresh korang boleh cuba. Banyak benda ada dalam satu hidangan, iaitu Nasi Goreng Pattaya Seafood. Nasi Goreng Pattaya ni dihidang bersama sayur timun, tomato dan keropok.


BEEF PATTAYA FRIED RICE RM24.00 | Selain dari Nasi Goreng Pattaya Seafood, mereka juga ada menu Nasi Goreng Pattaya Daging. Nasi Goreng Pattaya ni dihidang bersama sayur timun, tomato dan keropok.


MIX HALF DOZEN SATAY RM23.00 | Satay daging dan ayam di hidangkan dalam satu pinggan. Bukan senang nak dapat makan sate sedap dalam pulau macam ni. Boleh makan begitu saja tanpa kuah. Tapi kalau cicah kuah tu lagi sedap hoii.


GRILLED LAMB SHOULDER RM45.00 | Selain dari menu masakan setempat, mereka juga ada menyajikan menu citarasa barat. Paling saya syorkan kat korang adalah Grilled Lamb Shoulder nie. Tuang blackpapper sauce tu, pergh memang terangkat.


CHICKEN PARMIGIANO RM38.00 | Bagi korang yang tak makan kambing, boleh cuba menu Chicken Parmigiano ni. Portion dia pun besar dan memang berbaloi dengan harga dia. Rasa pun sedap dan tak menyesal kalau oder.



PLAIN NAAN WITH TANDOORI QUARTER CHICKEN RM 30.00 | Kalau tak nak makan makanan yang berat-berat sangat, boleh cuba menu Plain Naan with Tandoori Quarter Chicken.


MOCKTAIL RM20.00 | Jangan lupa untuk oder pelbagai jenis Mocktail kat Ombak Cafe ni. Yang pasti semuanya fresh dan sedap. Antara menu Mocktail yang ada adalah seperti berikut :

  • Designated Appletini
  • Mid Summer Dream
  • Sunrise
  • Virgin Pina Colada
  • Deep Blue


TEA POT RM8.00 | Bagi korang yang perlukan minuman panas seperti tea, korang boleh oder Tea Pot yang berharga RM8.00 dengan beberapa pilihan Teh seperti :

  • English Breakfast
  • Earl Grey
  • Green Tea
  • Ceylon Tea
  • Strawberry Sensation
  • Peach & Passion Fruit
  • Jasmine Tea
  • Apple Refresh


NESCAFE TARIK & TEH TARIK | Selain dari Tea Pot, korang juga boleh oder minuman panas lain seperti Nescafe Tarik yang berharga dari RM10 dan Teh Tarik yang berharga dari RM9. Sesuai sangat untuk minum petang yang santai dan boleh juga oder bread and bun yang harganya serendah RM4.

Untuk pengetahuan korang banyak lagi menu best-best yang ada dijual di Ombak Cafe ni. Apa yang bestnya, Ombak Cafe ni bukan hanya boleh diakses oleh pelanggan resort mereka sahaja tapi ia juga dibuka oleh orang luar juga untuk makan dan santai.


Dekat Ombak Cafe ni juga, mereka ada buat Wayang Pacak pada masa makan malam. Nak tahu cerita apa yang diorang akan tayang pada malam tu, korang boleh rujuk pada info board yang ada di sekitar situ. Jadi sambil makan tu boleh la berhibur kan.


Selain dari Wayang Pacak, mereka juga ada jemput orang untuk buat fire show. Memang meriah jugalah kalau makan malam kat sini.

Lead and manage the Projek Travel team at www.projektravel.com since 2014, he started blogging at www.mawardiyunus.com focusing on lifestyle issues and events coverage. His passion for leisure travel has turns the hobby into something worthy - writing on his experiences for your reading pleasure!

17 comments:

  1. Sedapnya wakkk..teringat2 tomyam n nachos hahah

    ReplyDelete
  2. Nasib ada gambar kita dalam tu hehehehe nice...

    ReplyDelete
  3. Uish dia punya makanan kat sini. Terliur kita. Tak pernah pergi Pulau Perhentian lagi. Nanti kalau pergi dah tau la nak makan mana. Siap ada entertainment Wayang pacak dengan fire show lagi. Menarik!

    ReplyDelete
  4. wah best lak baca entry awok. mekasih ya. rindu pula dekat ombak rsa nak pergi lagi kan

    ReplyDelete
  5. Perghhhhhhhh! Makanan dia semua mabeles weh. Harga boleh tahan gak. Nanti kalau stay Perhentian nak try stay di Ombak Dive ni la :D

    ReplyDelete
  6. i like tom yam.. great food.. good show..nice to hv a meal in dive cafe..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah! Menariknya makanan dia . Cx suka sangat tomyam. Kalau dtg sini, mmg bedal tomyamlah. Dahlah kawasan cNtik, makanan sedap then siapa ada show lagi. Cx tak pernah tengok wayang pacak hehe. Siap denfan fire show lagi. Mmg terbaik

    ReplyDelete
  8. Sedapnya..pernah ke perhentian tapi tak pernah makan kat sini. Kalau ke sana lagi bolehlah sis cuba makan kat sini

    ReplyDelete
  9. Tomyam ni memang favourite saya dan family tau .Kalau tomyam tak oadu memang rasa frust betul makan sebab tak kena dengan tekak .Tapi tomyam ni memang nampak padu rasanya Isi pun banyak .Nanti boleh try makan kat sini

    ReplyDelete
  10. Honest review = memang tengok dari segi harga macam mahal kan tapi dari segi rasa puas hati weiii. portion pun besar siap boleh kongsi 2-3 orang. Tips kalau nak order, order la menu berlainan, nanti boleh share-share kann.. hehe, bijok tak???

    ReplyDelete
  11. Harga agak mahal tu. Kalau rasa masakan tu oumph dan sedap , then berbaloi utk skali-sekala.

    ReplyDelete
  12. seronoknya layan movie pacak sambil makan nasi goreng. dah la dekat dengan pantai laut..sempo-sampoi angin je. boleh tahan harga kat ombak laut ni. nanti kalu datang sini, boleh la makan kat ombak laut

    ReplyDelete
  13. Pergh sedap tengoknyaa.. Posyen besar betul. .cantik tempat dia ye. .Makan ditepi laut.. Bestnyaa.. Siap ade wayang pacak lagi. .

    ReplyDelete
  14. Bestnya korang pergi pulau perhentiann. Emi nama je rumah dekat dengan jeti pulau perhentian, tapi tak pernah pergi pun. Duk plan aje memanjang

    ReplyDelete
  15. Mata Rawlins terus ke mocktail tu...sedapnya la minum air tu sesambil tengok mentari terbenam - ala-ala telenovela kan. Makanan lain tu memang nampak menggugat jiwa raga tau!!

    ReplyDelete
  16. Hey ! saya peminat Tomyam tau...makanan tomya tiap hari pun tak apa..haha ^^ semua makanan pasti sedap-sedap belaka.

    ReplyDelete
  17. That fried seafood looks so good...damn...I wanna try, can take me go there please!

    ReplyDelete