Wednesday, March 20, 2019

JOM AJAK KELUARGA, KAWAN-KAWAN MAKAN MALAM DI PERDANA STREET FOOD


"PERDANA STREET FOOD" DI HOTEL PERDANA KOTA BHARU | Disebabkan sambutan yang menggalakkan untuk  Perdana Street Food yang lalu, Hotel Perdana Kota Bharu sekali lagi menganjurkan acara yang sama pada tahun ini. Apa yang bestnya, mereka telah menambah baik dengan lebih banyak pilihan makanan. Acara ini sebenarnya telah pun bermula pada 15 Mac 2019 yang lepas lagi, dan akan berakhir pada 15 April 2019 ni. Jadi korang ada masa sebulan untuk datang dan menikmati makanan yang ada di Perdana Street Food pada tahun ni. Perdana Street Food akan berlansung setiap hari dari 6.00 petang hingga 10:30 malam. di Anjung Terrace, Hotel Perdana Kota Bharu.

Special untuk tahun ini, kumpulan kumpulan chef yang mengendalikan Perdana Street Food yang diketuai oleh Chef Ibrahim Abu Lasi telah mempersembahkan 16 buah gerai dengan menu makanan jalanan yang unik dan menarik. Jadi alang-alang saya dah sampai Kora Bharu, singgah lah sekejap nak tengok apa yang ada.

16 buah gerai dengan pelbagai jenis pilihan makanan yang unik dan sedap

Konsep Perdana Street Food ni adalah menggunakan kupon makanan. Korang akan diberi satu checklist menu dan boleh oder ikut keinginan dan membuat bayaran di kaunter. Kupon mengikut tempahan menu akan diberikan dan korang boleh guna kupon tersebut bila nak buat oder.


Memandangkan sekarang ni musim panas, kami oder pencuci mulut dulu. Kat sini ada pelbagai hidangan pencuci mulut yang best-best seperti Ice Cream Roll, Cheese Coke Stick, Fried Bread Stick Ball, Puffle Cones, Tutti Fruity Yogurt dan Lady Fingers Tiromisu Cheese.

Belum apa-apa kita dah oder pencuci mulut ni

Tak cukup kita oder Ice Cream Roll pulak

Habis pencuci mulut kita cuba makanan berat pulak. Jalan-jalan ternampak nasi lemak. Alahai terus oder tak fikir panjang. Nasi Lemak kat sini banyak jenis antaranya Nasi Lemak Sambal Sotong, Nasi Lemak Rendang Daging, Nasi Lemak Sambal Kerang, Nasi Lemak Paru Belada dan Nasi Lemak Ayam Goreng. Menarik kan, nasi dia hijau lah. Sambal dia pun sedap memang tak rugi try haritu.

Antara banyak-banyak saya cuba Nasi Lemak Sambal Kerang dia

Lepas makan nasi lemak cuba cari makanan yang lain pulak. Tak sangka kat sini pon ada Fried Hot Prawn Ramon, Kimchi Fried Rice Prawn, dan Kimchi Fried Beef. Dan menu yang jadi hidangan popular yang menjadi identiti Food Street kali ni adalah seperti Kway Teow Sotong Bakar, Char Kway Teow Sotong bakar, dan menu khas baru oleh chef mereka iaitu Char Kway Kok Sotong Bakar. Yang ni pun kami oder, tak tahan tengok Sotong Bakar dia tu. Dalam Char Kway Teow tu dah ada banyak Kerang, ditambah pulak dengan Sotong Bakar tu. Alahai habis licin tau.

 
Selain itu, ada juga menu makanan jalanan yang lain seperti Roti Tempayan dan Lempeng yang korang boleh oder dengan pilihan Kari Kambing atau Kari Ayam. Memandangkan kari dia nampak sedap, kami oder dua (2) roti tempayan iaitu satu (1) cheese dan satu (1) lagi yang biasa dengan kedua jenis kari iaitu kambing dan ayam. Apa yang saya boleh katakan kari kambing dia memang padu beb

Layan betul Roti Tempayan denganKari Kambing ni

Mereka juga ada gerai untuk makanan laut bakar. Tak perlu risau tentang rasa dan kualiti makanan kerana semuanya akan di masak secara lansung selepas dioder. Pelbagai jenis ikan dan sotong yang datang dengan pelbagai sos seperti Nyonya, Sambal Petai, Berempah, Asam Pedas dan banyak pilihan lain lagi. Yang ni sejujurnya kami tak sempat oder sebab perut dah penuh. Tapi, Insyaallah kalau ada rezeki lagi boleh datang lagi. Event ni pon sebulan lamanya kan. hehe.

Kami tak sempat nak oder ikan bakar dia, hope nanti boleh kesini lagilah dengan family pulak

Untuk minuman pula, korang boleh cuba pelbagai jenis 'Milkshake' dan 'Frappe' seperti Chocolate Milkshake, Vanilla Milkshake, Mocha Frappe, Cappuccino Frappe dan lain-lain. Korang juga boleh memilih Jus Buah Segar dari pelbagai jenis buah segar yang disediakan.


Dari segi harga, Perdana Street Food menawarkan pelbagai hidangan dengan harga serendah RM3 sahaja. Selain itu, korang juga boleh mendermakan makanan anda kepada orang yang memerlukan dengan setem pada kupon yang anda beli di papan 'Leave Some Love' yang telah disediakan untuk sumbangan tersebut.

foto ihsan facebook page HotelPerdanagotaBharu

Kat sebelah luar juga ada booth untuk lukis karikatur dari Kora Kora Art. Bagi korang yang nak buat karikatur muka korang ke atau nak buat hadiah kat sapa-sapa ke boleh lah ke sini.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan mengenai Perdana Street Food ni, korang boleh menghubungi 09-745 8888 atau fax 09- 748 8855. Selain itu korang boleh ke laman sesawang diorang di www.hotelperdanakotabharu.com atau ke Facebook Page mereka di htt.://www.f ocebook.com/HotelPerdanagotaBharu dan Instagram, @hotelperdana_kotabharu .

14 comments:

  1. Nampak best je menu menu tu semua. Pilihan pun banyak.
    Teringin pulak nak rasa nasi lemak tu.
    Nampak sedap je. Berwarna pulak tu..
    Kalau dekat laju dah terjah ni.

    ReplyDelete
  2. So much of interesting food here. Wanted to ask my friend to have our gathering to enjoy the food together.

    ReplyDelete
  3. Makanan dia nampak best jugak. Tapi jauh la pulak. Bila la nak sampai ke Pantai Timur ni. Bagus they all buat give back to community macam ni.

    ReplyDelete
  4. Fuh! sebulan masa nak cuba semua makanan...#KakakKimchi nampak ada makanan yg sedap tuuu...nampak menu base Korea :P

    ReplyDelete
  5. Bestnya , tak bekesempatan lagi jejak kaki sini , menarik semuanya

    ReplyDelete
  6. Lama tu temph perdana street food diadaman. Sebulan. Nasib baik jauh kalau dekat lama terjah dah. Konsep yang diketengahkan menarik iaitu urusan jual beli menggunakan kupon .Teringat pula zmaan sekolah ada hari kantin guna kupon kan

    ReplyDelete
  7. Wow nampak menyelerakan sungguh ya street food di sini. Rasa teringin pulak untuk ke sana. Kalau boleh nak dtg sekarang jugak. Ice cream roll tu ya Allah dappnya dpt makan time panas2 mcm nie

    ReplyDelete
  8. Woww.. Bgusla dia buat penambahbaikan lagi.. Buat orang nak datang lagi. .Banyaknya makann. .Semua nmapak sedap belaka.. Tapi jauh betul.. Hehehw.. Orang berdekatan boleh la lergi kan. .

    ReplyDelete
  9. Alahai memang nampak sedap2 la makanan kat sini. Nasib baik jauh kalo tak mesti dah serbu hahahaha

    ReplyDelete
  10. Wahhh. Nicenya bila 1 tempat ada banyak makanan macam ni. Banyak makanan yg nampak macam sedap je. Mesti rambang mata kalau datang sini.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya dessert dia. Memang menggiurkan betul. Walaupun selalu balik kelantan tapi x pernah lagi try makan kat sini. Nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  12. Aduyai.... Bab makan ni memang kita kalah. Teruja nak ke sana!
    Nampak lama lagi sampai 14 April. HopHope sempat bodek Geng bawak kita ke sana. Kalau laaa depa buat ni kat KL heaven seyhhh... Semua food tu kita nak try! Alahai... Terliur sudah ni

    ReplyDelete
  13. Hahaha the coupon reminds me of our school days when we had hari kantin and everything was to be purchased with coupons. Ala...but why is the event so far, sure tak sempat wanna make a trip. :(

    ReplyDelete
  14. Banyak makanan kat Perdana Street Food ni, nampak sedap dan meriah. Satu lagi tempat makan dan bersiar-siar utk org KB ni!

    ReplyDelete