INDOBOWL CAFE : MAKANAN DIA SEDAP-SEDAP WEH, SERIUS TAK TIPU!


Mesti ramai penggemar indomie kan? Saya sendiri pun antara salah sorang yang sanggat mengemari indomie nie. Jadi harini saya nak kongsi dengan korang semua tentang sebuah restoran Indobowl yang menggunakan mee segera Indomie sebagai konsep makanan utama di restoran itu. Sangat menarik kerana pelbagai jenis menu diolah dan dibuat mengikut kesesuaian dari indomie yang popular tu.

Tapi bukan hanya sekadar itu, terdapat banyak lagi menu menarik lain khususnya menu-menu masakan terkenal dari Indonesia yang lain. Untuk pengetahuan korang, restoran ini merupakan restoran persendirian yang telah di propose oleh pihak Indomie sendiri untuk menggunakan produk mereka di restoran mereka.

MENU MENARIK DI INDOBOWL

Antara menu-menu yang kami oder
Memang terlalu banyak pilihan menu-menu menarik untuk di oder di sini. Saya sendiri pun pening dibuatnya. Tapi atas cadangan dari tuan kedai ni, kami pilih yang terbaik dari dapur mereka. Apa yang boleh saya katakan, apa yang kami oder semuanya tidak mengecewakan. Malah lebih dari sangkaan lagi. Apa yang lebih mengejutkan, walaupun makanan yang dioder banyak, kami berempat (4) mampu menghabiskan semua. Alhamdulillah rezeki makan makanan yang sedap kan.

Mambo Jumbo Seafood Soto
Indomie Mumbo Jumbo Seafood Soto (RM39.90) : Salah satu menu signature Indobowl yang korang wajib rasa. Portion dia agak besar sesuai untuk hidangan 3-5 orang. Macam-mana ada dalam hidangan ni seperti seafood, ayam panggang, telur, meatball dan sebagainya.

Nasi Ayam Madura
Nasi Ayam Madura (RM12.00) : Nasi putih dihidangkan dengan Grilled Madura style chicken cop bersama dengan kicap manis dan sambal khas. Tambah pula telur mata dan keropok pasti buat korang nak tambah lagi.

Nasi Bawang Cili Hijau
Nasi Ayam Bawang Cili Hijau (RM10.90) : Hidangan ini boleh dikatakan signature kepada makanan tradisional Indonesia kerana, hidangan Ayam Cili Hijau cukup popular di sana. Rasanya sedap, rasa bawang dan cili hijaunya memang menyengat. Dihidang pula bersama telur dadar campur taugeh, telur rebus, acar dan keropok. Memang berbaloi-baloi.

Indomie Cheesy Chicken Chop
Indomie Cheesy Chicken Chop (RM14.90) : Bagi korang yang sukakan makanan berkeju, saya cadangkan korang untuk cuba menu ni. Indomie yang kenyal dihidangkan bersama ayam panggang yang diletakkan sos keju istimewa memang menyelerakan. Rasanya lebih sedap dengan tambahan telur mata dan sayur timun.

Indomie salted-egg chicken
Indomie Salted-Egg Chicken (RM11.90) : "Salted-Egg" menjadi trend sekarang!! Indomie yang digoreng sempurna bersama telur, sambal dan juga salted egg chicken ni jadi kegilaan ramai. Memang sedap, rasa ayam yang masin-masin cukup rasa, ditambah pulak dengan sambal yang pedas pasti buat korang tambah lagi.

RoPang Cheese

RoPang Cheese : Kata pemilik restoran ni, RoPang ni masih belum di jual dan kami adalah orang yang pertama rasa menu ni. Memang rasa bertuah sangat, saya yakin dan pasti bahawa menu ni bakal jadi MELETOP di sini nanti. Ada dua perasa iaitu Jagung dan Chocolate. Jadi kalau korang datang kat sini saya memang highly recommend untuk oder menu ni. Kalau tanya saya, saya lebih suka RoPang Cheese.

Secara keseluruhannya, makanan kat sini memang best semuanya. Insyaallah kalau ada waktu kami akan datang lagi kesini untuk cuba menu lain yang ada. Kalau korang nak juga merasai keenakan Indonesian Street Food dan juga Indomie boleh la datang ke IndoBowl Cafe yang terletak di alamat :

72, Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields, Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel : 019-5426869

Facebook :

Post a Comment

20 Comments

  1. Bestnya kalau dapat peluang makan kat sini kan...tapi org sakit macam akak susah kot nak makan pelbagai jenis makanan kan...maybe ambil masa untuk memilih..hidangan yang ada ayam boleh la akak makan..indomie ni tak sure boleh ke tak makan..tapi bagus la owner kedai ni memperkenalkan makanan berasaskan indomie..

    ReplyDelete
  2. Indobowl ni dekat kl je rupanya...mula2 ingat tadi dekat indonesia.. hehehe.. rupanya masakan ala indonesia ye.. hemm.. memang mee segera Indomie jadi konsep menu utama nya ye..

    ReplyDelete
  3. wow I read many good review of this indobowl but til now I haven't try any of them. if not mistake ss15 subang has got the outlet need to check where it is. love the pics you sharing here I like to try them all.

    ReplyDelete
  4. perghhh gambar dia...pinggan di hujung2 meja gitu ekkk..hahahha

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap sedap jugak menu dieorang walaupun cuma indomie. Kalau saya pergi, definitely nak cuba ayam maduria tu

    ReplyDelete
  6. Alaaaaaahai...time² diet la keluar gambar makan sedap². Sengaja tau....haha

    ReplyDelete
  7. tengok gambar pon dah tahu mesti sedap ni..ptg2 gini kalau dapt pekena RoPang cheese tu kan sedapp..huhuhu teringin

    ReplyDelete
  8. ye ye je ingata kat Indonesia ni, skali kat KL je. FUhh mmg wajib singgah ni. Tgk RoPang dia tuuu yummmsss sungguh!

    ReplyDelete
  9. Rindu nak makan IndiBowl. Seriusly in love dgn kesemua menu yang dieorang offer. Sambal lado die tu perghh terangkat dan portion mee tu pon besar. Ni rasa nk repeat lg ni. hehehe

    ReplyDelete
  10. Memnag nampak sedap ni.. Telan air liur jele. . Aduhh.. Bukan mee je de erk. .Nasi semua ade.. Menarik. .nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  11. Ramai cakap makanan indobowl ni sedap kan. Portion pun nampak puas hati kan .Teringin juga nak makan kat sini. Nanti bolehlah singgah makan kat sini try menu indpbowl yang best best

    ReplyDelete
  12. Ropang tu apa. Kita nampak penuh cheese tu.. Alahai.. Mengancam je tau..
    Mesti sedap habis kan..
    Tengok menu lain pun best best semua..
    Kalau dekat terjah dah ni.

    ReplyDelete
  13. Ramai gak kata makan kat sini sedap. Sis blom ada peluang lg nak merasa makanan kat sini, tgok gambar not bad gak kan hidangan diorg. Nak gi cuba gak lah nanti

    ReplyDelete
  14. Lama x makan kat sini. Nampak sedap2 dan menarik. Suka dengan kehebatan dalam mempelbagaikan mee tu nampak lebih tempting dan menarik

    ReplyDelete
  15. uuu indomie ...sedaplah pulak terngok menu2 dia, kalau ada geng melepak memang boleh habis kot makan mumbo jumbo tu....next time nak plan dengan kawan lepak sini jer

    ReplyDelete
  16. Nak try jugak the mumbo jumbo seafood... Macam giler best je.... Serving besar and banyak inti... Me likes!

    ReplyDelete
  17. Astaga. Terkecur liur memalam nie bila tengok menu Indomie nie. Memang banyak kenangan Rawlins bersama Indomie - especially arwah nenek selalu buat Indomie goreng untuk Rawlins dedulu. Tetiba rindu dan sayu.

    ReplyDelete
  18. Wahhh, anak akak peminat indomie, kalau bawak dia kesini mesti suka dia tuuu, bermacam2 menu diolah dari indomie kreatif sungguh chefnya ya
    Cara Nak Hubungkan Nama Domain KeWebhosting

    ReplyDelete
  19. Telan ailio tengok entry ni.. Jahat tau. Dh la mmg suka indomie ni... Sedap kottt

    ReplyDelete
  20. omg... wajib jejak kaki jugak kat sini gayanya..dengg

    ReplyDelete