Friday, March 01, 2019

PESANAN / PETUA IMAM SYAFIE UNTUK LELAKI


Empat perkara menguatkan badan :
  1. Makan daging
  2. Memakai haruman
  3. Kerap mandi
  4. Berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan :
  1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
  2. Selalu cemas
  3. Banyak minum air ketika makan
  4. Banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata :
  1. Duduk mengadap kiblat
  2. Bercelak sebelum tidur
  3. Memandang yang hijau
  4. Berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata :
  1. Memandang najis
  2. Melihat orang dibunuh
  3. Melihat kemaluan
  4. Membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran :
  1. Tidak banyak berbual kosong
  2. Rajin bersugi (gosok gigi)
  3. Bercakap dengan orang soleh
  4. Bergaul dengan para ulama

CARA TIDUR

kredit foto : jadiberita.com

1. TIDUR PARA NABI
  • Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA’ & AHLI IBADAH
  • Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
  • Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
  • Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Doa, zikir, itulah kekuatan seorang muslim.

*Sumber dari facebook page Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad

1 comment: