travel, food and lifestyle blog

Followers

MASALAH KULIT KERING? CUBA GUNA RENOSKIN ORYZA LIQUID SOAP


Kalau dulu saya akan kerap ke toilet untuk basuh muka dan kepala. Kenapa?? kerana bahagian jambang dan kepala ni cepat kering dan gatal-gatal. Bila teruk sikit leh jadi berkuping dan berkelumumur. Memang lama sangat dah masalah ni berlaku. Nak elak benda ni terjadi saya terpaksa pakai baby oil (aloe vera dan vitamin E) untuk melembabkan kulit. Tapi orang kata baby oil ni tak baik untuk pertumbuhan rambut, sebab boleh menyebabkan masalah kesuburan rambut dan keguguran. Jadi memang kena cari solution lainlah kan.

RENOSKIN ORYZA LIQUID SOAP

Bila masalah ni makin teruk dan ada yang mula perasan dan tegur. Ada diantara kawan-kawan suruh saya cuba produk keluaran RenoSkin iaitu Oryza Liquid Soap. Kata mereka bahawa RenoSkin ni ada mengeluarkan produk yang bagus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit. Oryza Liquid Soap ini merupakan produk terbaru mereka yang berfungsi sebagai cecair pembersih yang juga direka untuk kulit yang sensitif. Apa yang bagusnya, ia bukan hanya terhad untuk penggunaan pada badan sahaja, tapi  ia juga selamat untuk digunakan untuk kulit muka.


Memandangkan Oryza Liquid Soap ni sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, masalah kulit yang sensitif dan semestinya untuk yang ada masalah ekzema. Jadi saya sendiri tidak tunggu lama untuk beli dan mencuba sendiri. Setelah seminggu penggunaan produk ni, Alhamdulillah ada hasil yang baik. Nak tengok penggunaan sebulan pula macamana hasilnya nanti.

Oryza Liquid Soap ini mengandungi bahan-bahan yang premium, berkualiti dan bagus seperti ekstrak beras, rosemari dan juga minyak kelapa (NON-GMO). Apa yang penting, produk ni bebas paraben dan merkuri.

Bahan-bahan dalam kandungan RenoSkin Oryza Liquid Soap :

✔ Aqua
✔ Saponified Pure Oryza Sativa Oil (Rice Bran)
✔ Pure Coconut Extract
✔ Therapeutic Rosemary Herbs Extract
✔ Vitamin E
✔ Vitamin B6
✔ Vegetable Glycerin
✔ Premium Bofareira Herbs Extract
✔ Essential Fatty Acids (EFAs)


Oryza Liquid Soap ini kelihatan seperti minyak, tapi ianya tidak terlalu pekat, tak berbuih sangat apabila digunakan dan bahan-bahan vegan yang digabungkan dengan bahan asas sabun cecair minyak tulen sangat kaya dengan pelembap Emolien. Untuk pengetahuan korang, Emolien ni sangat popular sebagai pelembap untuk penyakit kulit ekzema, dan juga boleh digunakan secara kerap kalau korang ada masalah kulit kering. Jadi, memang sangat bagus lah untuk saya cuba kan. Dari segi bau, ianya merupakan haruman minyak kelapa yang lembut dan fresh.


Untuk lebih menyakinkan korang, produk Oryza Liquid Soap ini telah didaftarkan dengan KKM (NOT 180701868 K) dan juga didaftarkan dibawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Jadi kita boleh guna produk ni tanpa was-was. Sebotol Oryza Liquid Soap mengandungi 300ml dengan harga hanya RM49 memang sangat berbaloi dan mampu milik.

Jadi, kalau korang pun ada masalah yang sama macam saya atau masalah kulit lain bolehlah untuk cuba ikhtiar dengan produk RenoSkin Oryza Liquid Soap ni.  Untuk sebarang pertanyaan berkenaan RenoSkin, produk, atau korang sendiri berminat menjadi dropship, agen dan stokis, boleh direct contact:

RENOSKIN INTERNATIONAL 
Jalan Gambang, Batu 5, 
25150, Kuantan, Pahang, Malaysia 
Tel: +60-16 490 7155

Instagram: @renoskin_hq 
Share:

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive