BELI PEKASAM DAGING PERLIS DI FOODMARKET™ SEMPENA PROGRAM PERLIS WEEK


Kalau cerita berkenaan makanan kegemaran, sudah semestinya makanan kampung yang saya paling gemar. Tak kisah lah makanan selera Kelantan ke, Negeri Sembilan ke, Melaka ke, asalkan makanan kampung memang boleh buat meleleh air liur ni.

Antara makanan kampung yang selalu jadi pilihan aku adalah ikan pekasam. Goreng letak bawang banyak-banyak memang kenalahkan? Dapat makan pulak dengan nasi panas alahai sedapnya. Tapi kan, selain pekasam ikan rupanya pekasam daging pun ada. Pekasam daging dikatakan cukup popular di negeri Perlis. Pekasam daging selalunya digoreng bersama bawang besar, cili merah, daun kari dan orang Perlis suka juga tambahkan serai yang diracik untuk bau yang wangi.



Kalau orang Perlis diorang tahu lah macamana sedapnya pekasam daging ni kan. Saya sendiri memang tak pernah cuba. Dapat tahu kewujudannya pun dari promosi #PerlisWeek yang berlansung di Foodmarket™. Dah alang-alang singgah Foodmarket™ ni memang borong banyak-banyaklah kan. Nak ke Perlis tak tahu bila lagi.


Istimewanya pekasam Perlis ni, ia menggunakan beras yang dihancur halus seperti serbuk, tidak seperti pekasam dari Kedah atau Perak. Untuk pekasam ikan, Ikan pekasam yang diperam dengan cara ini tidak hancur dan jika digoreng masih dalam bentuk seekor-seekor.

PROGRAM PERLIS WEEK DI FOODMARKET™

Untuk pengetahuan korang, Foodmarket™ ni sentiasa segar dan tidak jemu dalam memperjuangkan tradisi dan produk makanan Melayu dari desa. Kali ini sempena penutup tirai 2018, Foodmarket™ memilih negeri yang terkecil di Malaysia dan terletak di utara Semenanjung Malaysia sebagai pilihan untuk diketengahkan. Program ‘Perlis Week’ di Foodmarket™ telah bermula pada 12 Disember dan akan berakhir pada 16 Disember 2018. Program ini akan berjalan serentak di kedua-dua cawangan Foodmarket™ yang terletak di Bandar Seri Permaisuri, Cheras dan juga di Denai Alam, Shah Alam.



Program ‘Perlis Week’ ini akan dilancarkan dan disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada 8 Disember 2018 di cawangan pertama kami di Bandar Seri Permaisuri.


Apa yang menarik ketika program ‘Perlis Week’ ini adalah pelbagai jenis produk makanan dibawakan khas terus dari Perlis ke Kuala Lumpur. Antaranya belacan madu Perlis, pekasam daging, acar rebung, buah jeruk Perlis, produk hasilan mangga harum manis dan macam-macam lagi.


Walaupun program ini nampak ringkas dan mudah, sebenarnya banyak kajian dan usaha telah diletakkan bagi menjayakan program ini. Pasukan kreatif dari Foodmarket™ telah berkampung di Perlis selama seminggu menjelajah ceruk-ceruk pekan dan kampung bagi mencari produk-produk yang unik serta mempunyai nilai komersil yang boleh di bawa ke Kuala Lumpur. Selain itu kami juga terpaksa membuat banyak pembacaan serta temuramah orang-orang tua bagi mengenali kuih-muih serta makanan tradisi Perlis yang ada sebahagiannya sukar untuk didapati walaupun di negeri itu sendiri.



Semua usaha ini tak akan terhasil dengan jayanya tanpa bantuan sepenuhnya dari agensi-agensi Kerajaan Negeri Perlis khususnya dari Unit Perancang Ekonomi Negeri, FAMA Perlis dan LKIM Perlis. Kami juga amat rasa bertuah dan menjunjung kasih kerana Ke Bawah Duli Tuanku Raja Muda Perlis dan Duli Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga turut berkenan dan mencemar duli membantu kumpulan kami sepanjang berada di negeri yang penuh dengan 1001 rahsia dan khazanah yang masih belum diterokai sepenuhnya ini. Semua dapatan ini telah kami rekodkan dan boleh dilihat di Youtube di akaun Foodmarket.


Antara perkara yang menarik sepanjang menjalankan program ini, salah satunya adalah makanan yang tidak asing bagi kita semua iaitu laksa. Laksa Perlis tidak seperti laksa dari tempat-tempat lain. Laksa Perlis dihidang hanya dengan timun diracik halus, bawang besar dan daun selom serta diletakkan telur. Kuah laksa Perlis warnanya lebih cerah dan yang paling unik, laksa Perlis dimakan bersama-sama pulut udang. Kami juga dimaklumkan laksa Perlis akan hilang aslinya sekiranya menggunakan belacan lain melainkan ‘belacan madu Perlis’. Pastinya menu istimewa ini akan ada ketika ‘Perlis Week’ nanti di Foodmarket™.

Selain itu, sepanjang program ‘Perlis Week’, pelbagai kuih muih tradisi Perlis juga turut dijual dan hanya ada eksklusif ketika program ini sahaja. Antaranya kuih dangai, pulut kucai, ubi nenas dan macam-macam lagi kuih muih yang pastinya wajib dicuba ketika program ini. Jadi apa tunggu lagi, jomlah beramai-ramai memeriahkannya. Macam-macam ada!

Info mengenai Foodmarket™ 

Foodmarket™ diasaskan pada tahun 2015 dengan permulaan sebagai kedai maya www.foodmarket.com.my dan pada Oktober 2017 atas permintaan ramai, kedai pertama Foodmarket™ dibuka di Bandar Seri Permaisuri. Foodmarket™ hanya memfokuskan kepada produk unik dan tradisi yang bercirikan Malaysia yang kebanyakannya telah diberi nafas baru dengan penambah baikan pembungkusan dan reka bentuk yang lebih menarik, moden dan chic. 

Pelanggan Foodmarket™ rata-ratanya adalah dari warga kota, pelancong malah produk-produk dari Foodmarket™ menjadi pilihan ramai sosialit di Kuala Lumpur serta kerabat DiRaja. Produk-produk yang dibawa dititikberatkan keaslian tetapi dipersembahkan dalam bentuk yang lebih baik dalam kelas tersendiri, melangkaui apa yang ada dipasaran ketika ini. 

Ketika ini terdapat hampir 500 jenis produk makanan tradisi seperti sambal, budu, cincalok, pekasam, tempoyak dan pelbagai hasilan desa, industri kecil dan sederhana serta produk artisan berada dibawah bumbung Foodmarket™. 

Alamat: 

Foodmarket, No 17 Jalan Dwitasik, 
Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permasuri, 
Kuala Lumpur. 
No Telefon: 019-666.4889 

Foodmarket, 12 Jalan Elektron U16/H, 
Denai Alam, 47000 Shah Alam, 
Selangor 

No Telefon: 0192706003 

Instagram: @food.market 


Trivia Foodmarket 

1. Cawangan pertama Foodmarket™ di Bandar Seri Permasuri dibuka selepas dua tahun laman web Foodmarket dilancarkan. 

2. Foodmarket™ telah menerima anugerah ‘Social Entrepreneur’ yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh MDEC. 

3. Kesemua produk yang ada di Foodmarket adalah Halal. 

4. Setiap usahawan yang ingin meletakkan produk makanan mereka di situ perlu mempunyai keunikan dan ciri-ciri Malaysia. 

5. Foodmarket menyediakan khidmat nasihat seperti pembungkusan dan penjenamaan sesebuah produk kepada usahawan yang memerlukan.

Post a Comment

1 Comments

  1. wahh meriahnya! makanan Perlis pun mesti unik-unik kan. kena dapatkan kat sini ni!

    ReplyDelete