RANCANG PERCUTIAN DENGAN MUDAH MENGGUNAKAN APLIKASI PICK A TRIP


Untuk mendapatkan perjalanan yang lancar dan tidak terganggu dengan masalah-masalah yang tidak sepatutnya, kita harusnya merancang trip kita dengan sebaiknya. Kebiasaannya, untuk merancang sebuah trip ianya bukan sesuatu yang mudah kerana kita perlu melakukan terlalu banyak perkara dari A to Z. Semua perkara perlu diteliti dengan baik supaya keputusan yang diambil tidak akan memberi masalah kepada kita kelak. Ini juga untuk mengelakkan dari kita kerugian masa, tenaga dan duit.

Penyelidikan menunjukkan bahawa rakyat Malaysia akan menghabiskan lebih dari lima jam sehari di peranti mudah alih mereka untuk mencari maklumat dan merancang percutian mereka. Berdasarkan kajian Global Travel Intentions yang dijalankan oleh Visa, ianya melibatkan jumlah yang agak besar iaitu sebanyak 72%. Adakah anda merupakan salah seorang dari mereka?

Tahukah korang bahawa ada aplikasi yang mampu membantu korang untuk melaksanakannya dalam masa yang singkat? Dengan bantuan aplikasi tersebut, pemegang kad Visa dengan mudah boleh menempah tawaran dan pakej perjalanan yang disesuaikan untuk mereka bila-bila masa yang mereka mahu pada peranti mudah alih mereka. Ini akan membuatkan pra-perancangan perjalanan korang lebih mudah dan menjimatkan masa. 

APLIKASI MUDAH PICK A TRIP


Setelah anda bersedia untuk menempah penerbangan dan hotel anda, gunakan Pick A Trip untuk mencari harga dan tawaran terbaik. Aplikasi percuma ini menawarkan ciri carian yang jelas dan ringkas dan sangat mesra pengguna dan bahkan pada mereka yang kurang celik teknologi juga mampu untuk memahaminya.

Pick A Trip adalah satu aplikasi mudah alih travel yang diwujudkan secara eksklusif untuk pemegang kad Visa Malaysia yang membolehkan mereka mencari, memilih dan membandingkan harga dari beratus-ratus syarikat penerbangan dan hotel di seluruh dunia. *sangat menarik bukan? 

KELEBIHAN APLIKASI TRAVEL PICK A TRIP

Secara ringkasnya aplikasi ini menawarkan kelebihan pada carian segera dan tempahan tiket penerbangan dan penginapan. Tak perlu untuk mencari dan membuat perbandingan satu persatu secara manual lagi kerana ianya siap hanya dalam beberapa saat sahaja.


1. Bandingkan dan menempah tawaran terbaik dari pelbagai syarikat penerbangan pada masa yang sama. Hotel kadar terbaik dari beribu-ribu destinasi di seluruh dunia.

2. Cari segera, tapis dan tempah - memaparkan harga pada julat yang betul, lapangan terbang, transit point, waktu berlepas dan ketibaan.

3. Itinerary yang mudah untuk dibaca dan dirujuk dengan pecahan harga dan maklumat lain. i.e baggage allowance.

Sudah semestinya aplikasi ini akan menjadi pengurus trip anda yang paling bagus dan tepat. Apa yang saya boleh katakan iaya sebuah aplikasi yang sangat mesra pengguna, selamat, selamat dan amat boleh dipercayai.

Apa yang menariknya, dengan ciri-cirinya yang cukup hebat itu, korang boleh download aplikasi ini secara PERCUMA di iOS Store dan Android Playstore


Download aplikasi ni sekarang dan buat tempahan dengan menggunakan kod "MAWARDIYUNUS" dan nikmati potongan harga sehingga RM100.


Untuk maklumat lanjut korang boleh rujuk di laman sosial dan website mereka seperti berikut.


Post a Comment

6 Comments

  1. bagus ni, memudahkan pengguna

    ReplyDelete
  2. Thank you awak. Nanti boleh try guna apps nie.. :)

    ReplyDelete
  3. bestnyaaa. ainy baru tahu ada apps ni. nanti nak download laaa. TQ madi share.

    ReplyDelete
  4. boleh la cari trip utk honeymoon lg ni. hahahah. thanks info ni madi

    ReplyDelete
  5. senang ada apps macam ni.. nice sharing

    ReplyDelete