M1 PORTABLE PROJECTOR : DAH LA KECIL, MUDAH BETUL BILA BOLEH SAMBUNG KE TELEFON JE


Tempoh hari saya dan kawan-kawan berkesempatan menghadirkan diri di majlis pelancaran produk terbaru brand ViewSonic yang diadakan di Petaling Jaya. Inovasi terkini yang mereka pamerkan projektor ultra-mudah alih LED M1 dengan speaker harman/kardon® terbina-dalam. Dengan mobiliti dan kemudahan menjadi salah satu ciri utama pemenang iF Product Design Award ini, projektor ViewSonic M1 ultra-mudah alih ini membolehkan pengguna mengakses hiburan di mana jua lokasi pilihan mereka. 

Dengan projektor ultra-mudah alih M1 ini, ViewSonic berazam untuk berkongsi dengan pelanggan kami rakan kongsi yang terbaik sama-ada di rumah dan juga lokasi-lokasi lain,kata Chaw Foo Hong, Pengurus Negara, ViewSonic Malaysia. Kami mendapati bahawa pelanggan kami kini mencari cara yang senang dan versatil untuk menikmati hiburan berkualiti tinggi walaupun di rumah, terima kasih kerana peralihan teknologi di mana semuanya fokus ke peranti mudah-alih. Hiburan di rumah harus mencapai tahap yang serupa dengan hiburan di lokasi yang profesional. Dengan M1, ViewSonic berazam untuk menyampaikan kualiti gambar dan bunyi yang tinggi.” 
Tambahan lagi, kami juga melihat hiburan 4K UHD semakin banyak dihasilkan di dalam bentuk rancangan TV, filem dan strim. Oleh itu, kami kini melancarkan projektor 4K UHD baru yang telah direkan untuk pengguna yang ingin memain-balik kandungan 4K ke skrin yang besar. Pelanggan kami boleh memiliki model terbaik untuk ruang tamu mereka dengan harga yang sangat berpatutan, tanpa perlu memikir mengenai pencahayaan persekitaran. Ini adalah peluang terbaik mereka untuk menaik-taraf pengalaman hiburan di rumah.” 

ViewSonic M1: Teman Hiburan Terbaik 

Untuk hiburan di mana sahaja, ViewSonic M1 adalah pilihan terbaik dengan bateri terbina-dalam yang menjanjikan kuasa sehingga enam jam*, memori dalaman sehingga 16GB, dan teknologi LED yang tahan sehingga 30,000* jam penggunaan berterusan. Sifat mudah-alih projektor ViewSonic M1 mewujudkan pengalaman menonton yang fleksibel bagi individu dan keluarga.


ViewSonic M1 ini mempunyai kecerahan sehingga 250 lumens dan juga ratio kontras 120,000:1. Ia juga mempunyai lensa short-throw yang membolehkan imej yang besar dihasilkan di dalam lokasi yang kecil. Tapak pintar yang diintergrasikan membolehkan paparan 360-darjah, dimana pengguna boleh menayangkan multimedia mereka di dinding kosong ataupun pada siling. M1 secara automatik akan buka dengan tahap kecerahan maksimum dengan serta-merta apabila lensa dibuka.


Sistem keselamatan terbina-dalam akan menutup lensa buat sementara apabila objek dikesan berada terlalu hampir dengan projektor. Pengguna juga boleh menikmati imej sempurna di setiap sudut dengan sistem keystone automatik yang membetulkan imej yang diunjurkan oleh M1. 

  • Dwi-Speaker harman/kardon® 


Nikmati pengalaman audio yang menyeluruh dengan dwi-speaker harman/kardon® yang menyampaikan bunyi yang dalam, kuat, dan memenuhi bilik secara 360-darjah. Ia sesuai untuk musik dan wayang di rumah mahupun di jalanan. Dengan satu butang, M1 bertukar dengan serta merta menjadi speaker harman/kardon®, bersiap-sedia untuk memain-balik fail audio berkualiti tinggi. 

  • Pilihan Sambungan Yang Versatil 


M1 juga memberikan pilihan sambungan yang versatil untuk perkongsian video dan kandungan multimedia lain yang mudah dengan menggunakan pacuan microSD yang terbina-dalam, sambungan USB 2.0 dan USB Jenis-C, Audio keluar dan HDMI. Sambungan USB Jenis-C M1 membolehkan pengguna untuk strim video, FaceTime dan paparkan kandungan terus dari telefon ataupun tablet di mana jua mereka berada.




Sesi permainan video juga lebih seronok kerana ianya boleh diunjurkan ke saiz yang lebih besar. Pengguna boleh menyimpan terus fail media ke dalam storan 16GB terbina dalam untuk dimain-balik semula dengan mudah.

  • Review

Bagi saya, ianya sebuah projektor yang sangat sesuai untuk dimiliki oleh setiap orang. Dah katanya bersaiz kecil, sudah semestinya sangat mudah dan boleh dibawa kemana-mana walaupun travel jauh. Bagi saya sendiri sebagai seorang consultant unit trust, rasanya sangat mudah untuk buat presentations pada client walau ada kat mana pun kan. Tak perlu bawa laptop besar-besar nak buat presentation kat client dah. Simpan file dalam smartphone dan just connect je. Client pun mesti suka. Silap-silap kalau buat presentation kat kedai makan, orang sebelah pun boleh closed sale sekali. Hahahha.

Bukan sesuai untuk businessman je, mereka yang bekerja sebagai pendidik pun harus miliki satu. Mudah untuk buat presentation kat pelajar kan.

ViewSonic Projektor 4K UHD Baru: Sistem Projektor Rumah Yang Mengagumkan

Selain dari projector M1, kami juga diperkenalkan dengan projektor DLP 4K UHD dengan kecerahan tinggi pertama** - ViewSonic PX747-4K. Ianya direka untuk pengguna ingin untuk mengintegrasikan kandungan 4K ke dalam pengalaman skrin besar mereka, model terbaru ini hadir dengan resolusi 4K Ultra HD (3840x2160) dengan tahap kecerahan 3500 lumens. Para pengguna boleh memiliki model terbaik untuk ruang tamu mereka dengan harga yang sangat berpatutan, tanpa perlu memikir mengenai pencahayaan persekitaran. Ini adalah peluang terbaik mereka untuk menaik-taraf pengalaman hiburan di rumah.


Menggunakan teknologi XPR terkini untuk mengunjurkan 8.3 juta pixel ke mana-mana permukaan, ViewSonic PX747-4K memberikan gambar yang jelas dan penuh dengan butiran, yang hanya boleh diberikan oleh paparan dengan resolusi empat kali ganda dari Full HD. Untuk lokasi hiburan dengan pencahayaan ambien yang tinggi, PX747-4K datang dengan lampu 3500 ANSI Lumens untuk gambar yang terang dan jelas – walaupun di bawah cahaya lampu yang terang. ViewSonic juga telah menggabungkan teknologi DLP® TI DMD yang telah memenangi Anugerah Academy ke dalam PX747-4K – teknologi yang juga digunakan di 90% panggung wayang di serata dunia untuk unjuran digital. Ini memastikan PX747-4K menghasilkan warna yang tepat dan tahan lama dengan ratio kontras tinggi.

PX747-4K hadir dengan dua port HDMI dan sokongan HDCP2.2 yang serasi dengan peranti hiburan rumah seperti pemain Blu-ray 4K dan PS4 Pro. Anak kunci seperti Google Chromecast dan stik TV lain boleh terus disabungkan ke port USB untuk strim kandungan multimedia terus ke skrin besar dan pada masa yang sama membekalkan kuasa untuk peranti tanpa wayar, agar kuasa luaran tidak diperlukan.

Harga Projektor M1 dan PX747-4K

Korang boleh dapatkan projektor model M1 dan PX747-4K di pasaran pada harga RM1,349 dan RM5,999 di Lazada dan 11Street serta dari pengedar-pengedar yang sah. 

Untuk berita lanjut dan informasi lanjut mengenai ViewSonic, korang boleh layari laman sesawang mereka di ViewSonic.com/my dan ikuti mereka di Facebook.

Mengenai ViewSonic: 

Ditubuhkan di California pada 2918, ViewSonic adalah adalah pembekal produk penyelesaian visual terkemuka dunia. Sebagai sebuah syarikat yang berwawasan dan berinovasi tinggi, ViewSonic menghubungkan dunia dengan portfolio penyelesaian visual profesional yang mempertingkatkan cara kita berkomput, bekerjasama, berkomunikasi dan bersambung diantara satu sama lain. Produk kami termasuklah monitor LED, paparan komersial berinteraksi, paparan format besar, paparan sesentuh dan projektor. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ViewSonic, layari ViewSonic.com/my

Post a Comment

19 Comments

  1. perghhh canggihhh...nak satuuu..boleh tengok movie beramai-ramai..haha

    ReplyDelete
  2. Hey comelnyaaaa mudah Dan ringan! Rasa macam nak beli Satu letak Kat rumah.boleh layan movie

    ReplyDelete
  3. Hey comelnyaaa rasa nak beli satu letak Kat rumah mesti best tengok movie kn

    ReplyDelete
  4. Terignin nak beli lah. Boleh buat wayang kt bilik sendiri. Tgok view die pon hd dan tak pecah2 mcm sesetengah projector dan yang penting kecil. Sng nk bawak g mana2. Nak beli!!!! huwaaa

    ReplyDelete
  5. fuiyoooo...bleh la tgok wayang kat rumah..ajak kengkawan lepak smbil makan2..goreng kopok kan..cicah cili cos..hehehe...makin lama makin canggih

    ReplyDelete
  6. Wow.. Zaman kecanggihan masa kini. Hehehe
    Ni kalau ada seketul ni memang syok.
    Pasang cerita best tuk anak anak, tak berebut dah nak duduk dekat dekat dengan tv haa..

    ReplyDelete
  7. Semakin canggih ya sekarang. Rasa mcm nk ada satu utk kt tumah. Best nie dpt tgok movie guna projector yg dipancarkan. Kecil dan sesuai utk bawak travel

    ReplyDelete
  8. Bestla kalau ada mini potabale projector ni..boleh bawa ke mana sahaja..tengok cerita movie ni syok sangat..belajar guna ni pun menarik..terang je tengoknya

    ReplyDelete
  9. bagus betul ada portable mini cinema ni boleh bawa kemana mana tapi kalau p mana mana rasanay cerita kartoon je i tengok.. i dah tak ada masa nak nonton tv at the moment macam tak sempat langsung layan drama.. so saddddd

    ReplyDelete
  10. Minat betullah dgn alat ni..kalau bawak travel syiok ni kan. Teringin nak dapat satu..tapi kena ngumpul dulu..:)

    ReplyDelete
  11. Wah..bestnya klu yg kaki bola tu klu xdpt nk gi tgk bola,masa travel blhlah tgk guna alat tu kan?mcm tgk wayang..

    ReplyDelete
  12. Pehhh camni takpayah beli tv besar-besar pun takpe. Pakai projector je dah boleh adjust size yg kita nak. Jimat ruang lagi tu.

    ReplyDelete
  13. Best ni wak..memudahkan bagi org yg suka tengok movie tapi tak ada movie nak tengok pulak-pulak kalo time travel kan? hehhe..dah la comel je so senang nak bawak ke mana-mana

    ReplyDelete
  14. Eh suka betul saiz yang kecil dan boleh bawa ke sana sini. Memang fleksibel lah. Kena dapatkan 1 untuk kegunaan personal.

    ReplyDelete
  15. Wow best gila..boleh buat ala2 cinema kt umah kn..boleh tgk 1 family gitu

    ReplyDelete
  16. This is really good to have can do a mini theatre for my kids at home and the price is affordable too.

    ReplyDelete
  17. Comel je bentuknya. Seronok bawa pergi travel. Bosan-bosan boleh layan movie :)

    ReplyDelete
  18. Comel la bentuk projektor ni. Kawan awak yg tengok movie tu pun aksi comel jugak. Jom tengok movie sama2! Cite Halloween

    ReplyDelete
  19. Memang menarik, tertarik the bomb projektor ni... Siap boleh buat tayangan filem kat rumah, tengok bersama-sama keluarga... cousin ada beli dan memang syiok tengok movie together-gather...

    ReplyDelete