THE SETTLEMENT HOTEL MELAKA : SYURGA TERSEMBUNYI


Bagaikan syurga yang tersembunyi, itulah yang boleh saya gambarkan dengan pengalaman saya bercuti di The Settlement Hotel yang terletak di Jalan Ujong Pasir, Melaka bandaraya bersejarah. 
#INFOBaru-baru ini, The Settlement Hotel telah baru saja dinobatkan sebagai Best Hotel Services : 4 Stars (City). Jadi, jangan risau! Hotel ini memang boleh dipercayai dengan service yang ditawarkan sehingga mereka berjaya menarik perhatian pihak tourism sendiri untuk menerima anugerah Best Hotel Services : 4 Star (City) sempena malam "Malaysia Tourism Award 2016/2017".


The Settlement_luxury villa 1

The Settlement_kamar tidur

Sumber kayu asal dari rumah di Palembang di bina balik untuk dijadikan sebuah penginapan villa klasik mewah di  The Settlement Hotel . Menginap semalam di Luxury Villa ini sudah semestinya tidak cukup untuk menikmati suasananya yang begitu memoriable dan klasik.

Walaupun keseluruhan villa di kekalkan keunikan reka bentuk klasik yang asal, mereka juga ada menyediakan beberapa kemudahan moden lain seperti peti ais, tandas duduk dan pelbagai lagi. Kita juga boleh menikmati pengalaman pakej mandi bunga yang sangat popular di kalangan masyarakat Melayu kita pada zaman dahulu.

The Settlement_mandi bunga

The Settlement_kamar mandi

Bukan sahaja menawarkan penginapan jenis villa kayu klasik sebegini, The Settlement Hotel juga ada menawarkan penginapan bilik hotel biasa dengan dekorasi dalaman ala inggeris yang sangat selesa dan menarik.



Selain dari itu, terdapat juga kemudahan lain yang dapat anda nikmati di sini. Antaranya adalah:

  1. Kemudahan spa dan kesihatan
  2. Dip pool; kolam renang
  3. Kemudahan surat khabar harian
  4. Servis teksi dan limosin
  5. Ballroom dan ruangan majlis di Rooftop Garden
  6. Conrciege
  7. Parkir kereta
  8. Shuttle percuma;

Jadi saya jamin dengan menginap di The Settlement Hotel Melaka ini, ia bakal memberikan satu lagi pengalaman yang menarik buat anda yang berkunjung ke negeri Melaka ini.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai hotel ini bolehlah menghubungi mana-mana medium seperti di bawah:

The Settlement Hotel Melaka

No. 63 Jalan Ujong Pasir, 
World UNESCO Heritage City Melaka,
75050 Melaka Malaysia.

Tel: +606-2921133
Fax: +606-2924700

Email:

Post a Comment

1 Comments

  1. rindunya nak menginap kat sini lagi! memang permata di tengah bandar Melaka! bawak kawan-kawan sekali mesti meriah.

    ReplyDelete