travel, food and lifestyle blog

Followers

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Filem Hell Fest

Semalam saya dan rakan-rakan telah berkesempatan ke tayangan ekslusif filem seram baru bertemakan hallowen, Hell Fest bertempat di TGV Cinemas Sunway Velocity Mall. Terima kasih saya ucapkan kepada Hangat.com untuk tiket dan pengalaman menonton filem seram psiko yang cukup mendebarkan ni.

SINOPSIS HELL FEST

Filem Hell Fest

Sekumpulan kawan karib telah mengunjungi taman tema / festival yang dipanggil Hell Fest sempena halloween. Di sana, mereka menjadi mangsa kepada seorang pembunuh bersiri bertopeng yang menjadikan taman tema hiburan itu sebagai tempat untuknya membunuh. Pembunuh tersebut telah menjadikan sekumpulan kawan ini sebagai mangsa keganasan beliau. Pembunuh tersebut telah menyerang rakan-rakan itu, tetapi pengunjung lain menganggap ia hanya sebahagian daripada persembahan di sana.


Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 27 September 2018
Genre: Seram
Durasi: 2 Jam
Pelakon: Bex Taylor-Klaus, Amy Forsyth, Reign Edwards, Christian James
Pengarah: Gregory Plotkin

REVIEW FILEM SERAM HELL FEST

Menonton Filem Hell Fest ni mengigatkan saya pada festival tahunan Halloween Night Of Fright yang dianjurkan di Sunway Lagoon. Konsep festival (Hell Fest) memang sebijik dengan Night Of Fright yang bakal berlansung tak lama lagi. Sejara jujurnya, bagi saya yang sukakan pada filem bergenre seram begini, ianya memang berbaloi untuk di tonton.

Walaupun jalan ceritanya nampak agak biasa dan boleh dijangka, kelemahan itu dapat ditutup penuh dengan element kejutan dan psyco pada watak pembunuh misteri. Apa yang pasti, ramai yang menonton sambil menutup mata dengan tangan, kadang-kadang cuba curi lihat melalui celahan jari. hahahaha.

Apa yang pasti, ceritanya memang penuh dengan debaran. Mungkin saya sendiri agak trauma untuk masuk ke rumah hantu selepas ini. Kalau korang tanya berapa bintang yang saya akan bagi untuk Filem Hell Fest ni, saya bagi 4/5 bintang. Kalau korang yakin jantung korang sihat, silalah ke pawagam berdekatan untuk tonton filem ni.

☆☆☆☆/ ☆☆☆☆☆

Share:

19 comments:

  1. Nice one! ������������

    ReplyDelete
  2. Allahu tengok dia punya trailer pon seram weh. Kena bunuh betul betul pon orang lain wat taktau jer. kena tengok nih.

    ReplyDelete
  3. Wuuu lama tak tengok cerita hantu , macam best je .. tunggu online #opsss haha xleh jejak panggung lagi sobs

    ReplyDelete
  4. Seram nk tengok cite2 mcm ni.. Tapi zaza dh baca sinopsis dia menarik gak.. Zaza suka je tgk movie2 gini sebenarnya tapi jenis pembunuhan extreme sgt mmg seriau nk tonton 😂

    ReplyDelete
  5. waa 4/5 bintang ye, mcm nice betul tu hehe..haah kalau dr jln cerita mcm dh biasa yet still interesting jln cerita mcm tu, kena pandai cover dgn lakonan yg mantap & lain2 effect la kan unt penonton tak rasa lame movie tu. nnt nk try tgk lah, x tgk lg movie ni hehe.

    ReplyDelete
  6. saya macam tak sanggup ja nak tengok filem ni. hehe

    ReplyDelete
  7. looks like a nice horror movie to watch. This movie reminds me another movie I seen before, scenes are almost same I can't recalled name of movie.

    ReplyDelete
  8. amboi suka betul mawardi tengok citer seram erk..kalau akak mmg x pi tgok la..akak ni penakut.yg event kat sunway lagoon pun akak x pi sebab akak takut...hahaha...

    ReplyDelete
  9. Banyak elemen kejutan dlm nie.. AM suka tgk filem seram camni.. walaupun bergema panggung dgn suara jeritan terkejut AM.. AM xkisah.. janji feel teruja menonton tue sampai.. hehehe

    ReplyDelete
  10. Seram weih cte camni. Sebenarnya cte pembunuhan camni lg seram dr cte hantu

    ReplyDelete
  11. Wuhuuu..syioknya tagok cite mcm ni..cite2 pembunuhan mcm ni sis suka tgok..satu lagi cite hantu..buatkN kita terkejut katak..hahaha

    ReplyDelete
  12. dah lama tak tgkmovie seram.. klau terkejut-kejut ni mmg layan klau dapat tgk.. menjerit la liez klau mcm ni.. nak pujuk en suami klau dia nak g tgk sesama..

    ReplyDelete
  13. alamak cerite ni seram dan ngeri sebab ada tgok trailer dekat Night Of Fright 6 kt Sunway lagoon Jumaat lepas. Nak pergi tgok tapi confirm asyik tutup mata je nanti. Takut punya pasal.hihihi.

    ReplyDelete
  14. teringinnya nak tengok cite seram ni.tapi apakan daya semangat tak kuat.bimbang tak boleh tidur lepas tengok hahaha

    ReplyDelete
  15. Sinopsis cerita lebih kurang sama dengan sebuah filem yang saya pernah tonton dulu. Tapi tak ingat la tajuk filem tu. Tapi cerita macam ni suka tengok walaupun wajib berteman kiki

    ReplyDelete
  16. Pergh, tengok trailer pun dah rasa seram. Kalau tengok movie ni tak silap memang takut nak pegi rumah hantu dah. Haha

    ReplyDelete
  17. Ibu memang tak minat tengok cerita seram. Anak anak ibu pun ibu tak beri. Sebab nanti mereka jadi penakut. nak pergi bilik gelap pun nak berteman

    ReplyDelete
  18. Cerita ganas ganas bunuh orang macam ni pun boleh masuk wayang ya. Bila ada kejadian jenayah meningkat naik nak salahkan siapa. Hmmm

    ReplyDelete
  19. Ala kita xsuka tgk cita mcm ni...nanti terbawa2 ke mimpi...
    Kang ada yg mngigau2 kang...huhuhu

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive