travel, food and lifestyle blog

Thursday, October 22, 2015

NIGHT OF FRIGHT 3 | KISAH SERAM DI SUNWAY LAGOON

NIGHT OF FRIGHT 3
NIGHT OF FRIGHT 3 | KISAH SERAM DI SUNWAY LAGOON | 17 Oktober lepas, MY telah berpeluang ke Sunway Lagoon. *ada apa di sana? . Dari luar lagi sudah kedegaran suara orang menjerit ketakutan. Oh rupanya sekarang ni sedang berlansungnya NIGHT OF FRIGHT 3 di Sunway Lagoon.

Malaysia's premier fright festival returns for 14 nights this October. New mazes and scare zones this season includes Death Port, Escape from Pudu 2, Kevil Hill, Sadako Dori & Toxic - the scariest place unearthed!

Kalau sebelum ni MY pernah memasuki rumah hantu di Genting Highland, untuk kali ni ianya cukup berbeza. Keseraman di NIGHT OF FRIGHT 3 ini boleh dikatakan cukup hebat sekali. Keseluruhan taman tema air Sunway Lagoon telah diubah suai dengan tema seram festival ini menjadi scream park. 

Perkenalkan Mr.Chaos dan pasangannya Ms.Havoc

Mr.Lynton V Harris, Chairman and Chief Exec.Officer of the Sudden Impact Entertainment Company menyatakan Mr.Chaos iaitu zombie yang sudahpun terkenal dalam kalangan pengunjung Sunway Lagoon ini akan kembali lagi tetapi tahun ini agak berbeza sedikit kerana Mr.Chaos tak keseorangan kerana Mr.Chaos akan berkahwin dengan Ms.Havoc. *untungla hantu pun bernafsu jugak nak kahwin tu.


Dalam korang dok syok berjalan-jalan melayan perasaan, boleh pulak muncul makhluk ni depan hidung korang. Mau tak cukup tanah MY lari. Makin kita lari makin dia kejarnya kita ni ha. waaaaa tolonggg. Kita tak kawin lagiiii. *tetiba rasa nak cabut-cabut je satu persatu paku kat kepala dia tu ha.


Takut punya pasal kita pi lari naik perahu ni ha. Alahai sekali lari dari kandang rimau, termasuk pulak kandang buaya.. *adeh.. adeh.. adeh.. nyesal. Sekali dia hayun-hayun dan pusing berenti kat atas tu. *wallawei berenti jantung ni ha. Sumpah aku tak nak naik dah benda ni. Meronta-ronta kita kat atas tu minta diorang berenti. Tapi sorang pun tak endahkan kita. wuwuwuwu.

Blood pack

Bila dah menjerit telolong lari kesana kemari dikejar hantu tu, tekak pun mula rasa dahaga. Jadi kalau korang nakkan kelainan boleh cuba cari zombie penjual darah, tak perlu risau sebab zombi tu jinak, dijaga oleh seorang professor semata-mata untuk jual "blood pack" je. Ianya dijual dalam bekas yang begitu unik seolah-olah ianya benar-benar darah, *padahal ianya cuma jus tembikai je pun. wuwuwuww. Ianya dijual dengan harga RM10 per pack. 

Ju-on

Dah puas jalan-jalan di sekitar luar scream park, kami mula mencabar keberanian kami untuk memasuki rumah hantu pertama. Eh eh dalam perjalanan boleh pulak disapa oleh Ju-On ni. merangkak-rangkak dari semak tu. *hai kak, tak sakit pinggang ke merangkak-rangkak camtu?.


*ha amacam seram tak yang ni? Yang mana lagi seram, yang belakang ke yang depan? eh eh huhu. MY lupa nama apa dah hantu ni, kalau dulu korang masih ingat cerita hantu orang putih lama-lama dulu "13 Ghost" rasanya beliau ada. Abang ni macam hantu terlepas dari wad sakit mental camtu ha. 


Masa dok beratur tunggu giliran nak masuk rumah hantu tu boleh plak minah koboy ni datang dok sebelah kita ha. *hoi ko ingat ko cantik?. Awak kita takooot. wuwuwu. Rasa nak tunjal je dahi dia, tapi dia ada kapak la awak. Tak pasal-pasal nanti balik takde kaki.

peyiksaan di penjara pudu

Untuk pengetahuan korang, kat sini ada macam-macam jenis rumah hantu yang boleh korang rasa sendiri. Setiap rumah hantu sudah semestinya berbeza dari rumah hantu yang lain. Apa yang MY leh cadangkan kat korang, if korang datang ke sini. Tolong jangan skip untuk masuk ke Escape from Pudu 2 dan Zon Toxic kerana ianya cukup-cukup membuatkan korang meronta-ronta. Di  Escape from Pudu 2 korang akan dengar suara raungan yang tiada henti. Seolah-olah ingin meyampaikan tentang peyiksaan banduan di dalam sesebuah penjara berhantu. huhu.

zon toxic

Dan penutupnya dengan zon toxic yang cukup mencabar. Anda akan dibawa untuk meneroka dunia sebenar dalam kegelapan. Ianya cukup berbeza dengan rumah hantu lain kerana ianya adalah didalam sebuah hutan. Di dalam inilah anda akan berjalan didalam kegelapan beramai-ramai dan akan melihat mayat-mayat bergelimpangan  di kiri kanan anda. Mungkin inilah punca sebenar terjadinya zombi-zombi yang terlepas diluar sana. Bumi yang tercemar oleh toxic-toxic angkara dari manusia sendiri.

Dalam kesunyian korang mengatur langkah satu per satu, tetiba kedengaran orang menghidupkan chain saw. Dan ianya ada di belakang korang, tak jauh dari korang. Dia mula mengejar seolah-olah ada dendam yang perlu di selesaikan. *jadi apa lagi lari la weiii. ko gila nak tunggu tercegat kat situ. Mau gugur jantung ni. Serius, dah rasa macam real dah pengalaman seram kali ni.


Apa yang MY nak nasihatkan disini, kalau nak pergi kesana jangan pergi sorang-sorang. Bawalah sapa-sapa yang sekepala. Boleh jerit meraung lari sama-sama kalau kena kejar hantu kan. haha. Kalau rasa diri tu ada lemah jantung, batalkan aja niat nak ke sini. Kang jadi benda lain pulak.



Harga online : 1 pax RM45, 2 pax RM80


Share:

10 comments:

  1. hahak. best tu . kat sabah pun ada jugak rumah hantu yg baru dibuat dan sgt menyeramkan. fuhhhh.

    ReplyDelete
  2. Part pompuan koboi tu tak boleh blah! hahaha ko ingat ko cantik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyew wei dia datang siap libas2 rambut lagi. ingat ko cantik?hahahaha

      Delete
  3. Rasa macam nak try, tapi aku ni semangat tak kuat madi. Baca kau punya artikel buat aku taknak pergi. Gila takut wei. Memang menangis la aku. Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ajak la islam p. main2 kt luar je dh boleh buat korang terkencing

      Delete
  4. memang tak boleh belah orang2 yang muncul tetibe tu...

    ReplyDelete
  5. tak berani lah saya tuan..tentang cerita hantu..

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive