travel, food and lifestyle blog

Followers

TRAGEDI 6 BOMBA LEMAS DI PUCHONG


Semalam kita dikhabarkan tentang tragedi 6 anggota bomba mati lemas ketika operasi menyelamat seorang remaja yang dilaporkan tergelincir, ketika memancing di lombong Taman Putra Perdana, Puchong.

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎

Sungguh mulianya mereka, meninggal ketika bekerja dan menyelamatkan nyawa orang. Mereka adalah wira sebenar negara. Salam takziah buat keluarga dan waris mereka. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Aamiin


KRONOLOGI TRAGEDI 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS

Berikut merupakan kronologi tragedi 6 anggota bomba lemas :

6.30 petang

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke Lombong Taman Putra Perdana selepas menerima panggilan kecemasan berhubung seorang remaja lemas.

8.55 malam

Seramai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), empat daripadanya dari Balai Bomba Pelabuhan Klang dan dua dari Shah Alam tiba di lokasi mencari dan menyelamat (SAR).

9.15 malam

Pasukan PPDA selesai menyiapkan kelengkapan dan mula turun untuk selaman di lombong bagi mencari mangsa.

- Anggota mengikat tali panjang antara satu sama lain.
- Tali dihulurkan perlahan-lahan dari tebing ketika pihak scuba merapatkan diri di tempat mangsa jatuh.
- Arus aliran air lombong kuat secara tiba-tiba menarik seorang demi seorang ke dalam arus itu.

9.45 malam

Anggota penyelamat yang berada di tebing berusaha lebih 30 minit untuk menyelamatkan mereka dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR)

9.50 malam

Pasukan perubatan dari Putrajaya yang berada di tempat kejadian mengesahkan enam anggota bomba meninggal dunia akibat lemas

11.30 malam

Enam jenazah anggota bomba dihantar ke Hospital Serdang untuk proses bedah siasat.

Dua kejadian lemas membabitkan anggota bomba


18 Jun 2009

Seorang anggota Bomba, Aladi Hassan, 41, maut dalam operasi mencari mangsa lemas di Pulau Terengganu Mati, Tasik Kenyir, Terengganu.

Mangsa dipercayai lemas akibat tali pada badannya tersangkut dan tangki oksigen yang dipakai tercabut.

19 Mei 2000

Seorang anggota Unit Penyelam Bomba dan Penyelamat, Mohd Nor Harun, 40-an disyaki lemas, ketika menyertai gerakan mencari rakannya yang hilang di perairan antara Pulau Lalang dan Pulau Saga di gugusan Pulau Sembilan, Lumut.

Sumber gambar : www.utusan.com.my
Share:

18 comments:

  1. Innalillahiwainnailaihirojiuun... Sedey tak terucap masa baca walau dah tengok kat TV beritanya.
    Moga roh kesemuanya dicucuri rahmat..Buat keluarga waris, moga diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin

    ReplyDelete
  2. they are the nation heroes. Sad to know this tragedy.

    ReplyDelete
  3. Al fatihah, memang gerun bila fikirkan kembali cara kematian tu.. tapi mati tu sudah pasti.. sudah ajal, tak perlu lagilah sesiapa pun pertikaikan... tak kira lah berapa lengkap equipment kalau ditulis ajal maka ajal la dia... tapi tak salah in the future... kaji lagi lebih mendalam survival and safety skills... lebih lebih lagi melibatkan laut air mahupun darat..... sebab bencana lebih banyak akan berlaku akhir zaman ni ;(

    ps saya masih tak bersedia ;(

    ReplyDelete
  4. Akak tertengok video saat-saat akhir mereka tenggelam sorang demi seorang tu..sedih rasanya..negara sememangnya kehilangan wira..dan mereka adalah antara penyelam terbaik kan..innalillahhiwainnailaihirojiun...

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnalillhirojiun. Ada baca semalam. Memang sedih tengk keluarga arwah dan proses Jabatan BOMBA menguruskan semua jenazah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun..besar jasa dan pengorbanan mereka..kesian bila fikirkan ahli keluarga mereka yg ditinggalkan..apapun dah ketentuan, moga mereka semua ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh insyaAllah aamiinn.

    ReplyDelete
  7. al fatihah, semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman. Tak memang tak sangka cepat betul kejadian tuh berlaku dalam sekelip mata je.

    ReplyDelete
  8. Innalillahi wainna Ilaihi Rojiun... turut berduka cita atas menghilangnya 6 orang petugas. Ini sangat menyedihkan. Tujuan ingin membantu mamun apalah daya, semua kembali kepada Takdir Allah. Semoga khusnul khotimah

    ReplyDelete
  9. it's really sad to hear this kind of news... they are the real heroes... may them rest in peace...

    ReplyDelete
  10. You're our heroes. Pengajarannya jangan disebabkan kita ni degil dan sesuka hati je nak pergi mana2 menyebabkan orang lain dalam kesusahan. Malah lagi teruk melibatkan kematian orang lain.

    ReplyDelete
  11. Inalillahwainalillahhirajiun memang satu berita yang sangat sedih buat seluruh rakyat Malaysia mereka bertuga sehingga hujung nyawa. Kita 6 orang hero pergi pun dah sedih apa tah lagi pada mangsa tsunami kat Palu beribu yang terkorban lagi sedihkan memang kita rakyat Malaysia sangat prihatin..

    ReplyDelete
  12. So sad when see this news earlier....Pray that these Heroes Family to be strong and continue to move on.

    ReplyDelete
  13. Innalillahiwainnahirojiun. Perginya mereka sebagai wira. Bila tonton video tu tak dapat bayangkan bagaimana la kita bila di situasi yang sama. Moga pengorbanan mereka diingati sampai bila-bila. Harap kejadian seperti ini dijadikan pengajaran untuk kita semua

    ReplyDelete
  14. innalillah. sangat sedih bila dapat khabar berita ini. sungguh sedih membaca detik2 mereka lemas itu. semoga keluarga arwah, diberikan kekuatan. they are our truly heroes.

    ReplyDelete
  15. Alfatihah untuk wira-wira syahid ini.liez tertengok video saat2 sebelum diaorg berbelit ramai-ramai tu dan tak mampu nak tengok sampai habis.. semoga roh mereka ditempatkan dikalangan org beriman

    ReplyDelete
  16. innalillah... semoga semua hero kita di kalangan org2 yg beriman. mati syahid.
    meskipun byk komen negatif oleh netizen, aida masih anggap diorang berani dan kental. dlm cuaca sedemikian, turun ke lapangan demi mencari satu nyawa yg berharga.
    aida bekerja dlm jabatan penguatkuasaan. so sgt faham tentang sop. kalau dah arahan, kalau dah sop, kalau dah kecemasan, tugas kena dilaksanakan. org awam boleh pertikaikan mcm2 sedap mulut diorang. tapi, yg bekerja tu samada org yg turun utk menyelamatkan dan officer in charge yg bagi arahan tu yg tahu tatacara kerja mereka.
    sesungguhnya ni qada dan qadar Allah. kita kena percaya. itu la yg da ditulis olehNya. meninggal time bekerja. sgt murni di mata aida, Mawardi.

    ReplyDelete
  17. Al fatihah..moga roh mereka ditempatkan dikalanagan orang2 yang beriman. Perginya mereka sebagai wira, pengorbanan mereka akan sentiasa diingati. Moga keluarga mereka tabah dn kuat menerima kehilangan org yang disayangi

    ReplyDelete
  18. al fatihah buat arwah, semoga semua hero malaysia ni ditempatkan dikalangan orang yang beriman...buat keluarga mangsa bertabah dan teruskan hidup

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive