BELANJA ANAK SEDARA BISKUT PINPIN

Balik kampung sekali sekala kenalah bawa sesuatu untuk anak-anak sedara kan. Bila ada ramai anak sedara macam saya ni mula peninglah nak beli apa untuk dijadikan hadiah. Paling tidak sesuatu yang berbaloi dan bagus untuk mereka. Memandangkan anak-anak buah saya ni memang penggemar siri  animasi popular Malaysia Upin Ipin, saya belikan mereka Biskut PinPin. *bukan main seronok diorang.

UPIN IPIN

Bukan saja-saja saya beli Biskut PinPin ni untuk diorang. Selain dari watak animasi kegemaran diorang, banyak lagi sebab yang menyebabkan Biskut PinPin ni menjadi pilihan saya untuk dijadikan buah tangan kepada mereka.

6 PERISA KESUKAAN KANAK-KANAK | Untuk pengetahuan korang, Biskut PinPin ni mempunyai 6 jenis perisa yang berlainan. Apa yang pasti ianya merupakan perisa-perisa biskut kegemaran kanak-kanak. Kadang-kadang tu dengan saya sekali layan makan biskut-biskut ni.

UPIN IPIN

Antara 6 perisa Biskut PinPin tu adalah Biskut berperisa mentegaBiskut coklat, Wafer dengan isian vanila, Wafer dengan isian coklat, Snek jagung dengan isian strawberi,  dan Snek Jagung dengn isian coklat.

UPIN IPIN

Memandangkan anak sedara saya ni ramai, beli je semua perisa. Paling tidak dapat rasa semua, dan diorang pun boleh kongsi merasa sikit-sikit.

MAINAN BLOK PERCUMA | Selain dari biskut yang sedap, di dalam kotak Biskut PinPin juga mempunyai satu (1) set mainan blok percuma. Kertas panduan juga akan diberi untuk memudahkan kanak-kanak mencantum kepingan blok untuk dijadikan objek. 

BISKUT PINPIN

Jangan lupa untuk kumpulkan semua koleksi permainan ni sebab setiap kotak akan dapat set yang berlainan dan yang bestnya korang boleh bantu mereka untuk bina objek yang lebih besar dengan gabungan setiap set yang korang dapat dari kotak berlainan tu. Kalau anak sedara saya, tak perlu diajar kerana diorang lebih tahu dari kita. Bukan main seronok diorang, macam-macam objek diorang cipta dengan set-set blok yang diorang dapat. Mainan blok ni bukan mainan sia-sia tau, ianya bagus untuk perkembangan minda kanak-kanak.

BISKUT PINPIN

Selain dari permainan blok, kotaknya jangan dibuang. Ini kerana, kat bahagian belakang setiap kotak tu ada pelbagai permainan uji minda seperti cari perkataan tersembunyi, cari perbezaan antara 2 gambar, teka nama watak rakan-rakan Upin Ipin, soalan matematik dan macam-macam lagi.

MUDAH UNTUK DIDAPATI | Amacam berbaloi-baloikan beli Biskut PinPin ni untuk anak-anak dan anak buah? Bagi korang yang tertanya-tanya kat mana nak dapat Biskut PinPin ni, korang tak perlu risau kerana biskut ni sangat mudah untuk korang didapati sebab ianya ada dijual di pasaraya seperti Mydin, KK Mart, 7 Eleven, BHP petrol, 24Express Penang, Eco Shop, Happy Mart. Jadi apa tunggu lagi? Cepat pergi beli sekarang!

UPIN IPIN

Facebook :

Instagram :

Post a Comment

15 Comments

  1. Alahaiii cutenyaa biskut dia..
    Nanti nak carilah belikan si Mia tu, dia mesti suka...

    ReplyDelete
  2. Alahai comelnya! Kalau beli untuk anak2 buah mesti suka. Yang bagusnya sambil makan boleh main game menguji minda dekat kotak tu kan.

    ReplyDelete
  3. Comelnya anak2 buah...anak buah akak pun suka ngan biskut upin ipinni...

    ReplyDelete
  4. Alaaa tunjuk kat Rayyan ni mesti nak .. dia dahla penggemar biskut , nanti cari

    ReplyDelete
  5. Wahhh seronok nampak diorang dengan biskut pinpin tu. Comel jerk kan, siap ada mainn pulak tu kat dalam. Bleh la nak cari, teringin pulak rasanya.

    ReplyDelete
  6. wah untungla ank sedara pakcik belanja biskut pin pin. Suka biskut ni sbb ada permainan menarik :-)

    ReplyDelete
  7. Pernah beli few times. Di mydin.
    Tapi x ingat sempat x rasa hi hi hi...
    Izzat pengikut setia u&i jugak :-)

    ReplyDelete
  8. wow! do u know even though my daughter know upin ipin via books only, but she likes them so much! guess the biscuit will be very laku~~

    ReplyDelete
  9. Woww. Upin Ipin dah ada jenama biskut sendiri, akak mesti nak carik lah jugak belikan cucu akak
    Perniagaan Roti Dan Kek, Bisnes Dari Rumah Yang Menguntungkan

    ReplyDelete
  10. Baiknyaaa pakcik madi bagi biskut pin2 dkt anak buah hahha.Weiiii untung depa dapat pakcik yangblogger ni hahaha.

    ReplyDelete
  11. Untung anak anak penakan tuan mawardi. Hehe, mau taknya di belanja biskut pin pin yang ada banyak perisa yang sedap ni

    ReplyDelete
  12. tak pernah tahu biskut upin ipin ni wujud. haha. kalau bdk bdk confirm suka.

    ReplyDelete
  13. Kena cari kat kedai Eco lah macamni

    ReplyDelete