MOTETO INVOICE : BUAT INVOICE SECARA PERCUMA DI INTERNET

Hari ini saya nak kongsikan dengan korang satu Portal Penyelesaian Invois yang dikenali sebagai MOTETO INVOICE. Saya sendiri sudah menggunakan perkhidmatan portal ini sejak beberapa tahun yang lalu. Untuk pengetahuan korang portal ini sebelumnya dikenali sebagai Invoice Monster dan di naik taraf dan penjenamaan semula oleh pemiliknya kepada MOTETO INVOICE.

INVOICE ONLINE PERCUMA

Sebagai Portal Penyelesaian InvoisMOTETO INVOICE memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membantu pengusaha kecil, pemilik bebas atau pemilik perniagaan kecil untuk mempunyai penjejakan yang tepat pada jualan harian mereka dan menghasilkan laporan untuk menganalisis prestasi perniagaan secara keseluruhan. Tak perlu bersusah-susah lagi buat dokumen jualan (invoice) kerana semuanya sudah tersedia dan hanya perlu didisi maklumat berkaitan sahaja.



Apa yang menariknya dengan MOTETO INVOICE ni, korang boleh menjana laporan seperti yang diperlukan hanya dengan satu klik (laporan yang dijana akan di simpan dalam format . xlsx). MOTETO INVOICE merupakan sebuah Portal Penyelesaian Invois yang membantu korang untuk buat invoice secara percuma di internet.


Dengan adanya portal ini, ianya memudahkan kita untuk jejak pembayaran pelanggan (client), laporan pendapatan, dan banyak lagi. Invoice anda boleh di ubah suai (edit) bila-bila masa dan boleh dimuat turun (download) dalam file berformat PDF.

Selain dari itu, korang juga boleh menyimpan maklumat client korang dengan mudah dan tersusun.


Apa yang saya boleh katakan, portal ini sangat mesra pengguna kerana ianya terlalu mudah untuk dikendalikan walaupun tanpa turorial. Saya sendiri sudah hampir tiga (3) tahun menggunakan portal ini untuk menyediakan invoice kepada setiap client saya. Ternyata dianya sangat lengkap dan bagus untuk dipersembahkan kepada client saya.

Jadi korang tak perlu lagi buat invoice secara manual, cari templet invoice di internet kerana semuanya korang boleh dapat secara percuma di MOTETO INVOICE.

APAKAH PERBEZAAN ANTARA RESIT DAN INVOIS?

Invois adalah bil, atau permintaan untuk pembayaran, untuk jualan. Ia menyenaraikan barang atau perkhidmatan yang disediakan oleh penjual kepada pelanggan, bersama dengan harga, kredit, diskaun, cukai dan jumlah yang perlu dibayar. Ia juga termasuk maklumat kredit, nombor invois, nama jurujual dan sebarang program jualan istimewa.

Resit adalah dokumentasi bahawa pembayaran telah dibuat untuk memuktamadkan penjualan. Ia berfungsi sebagai bukti pemilikan dalam kebanyakan kes. Ia menyenaraikan barangan atau perkhidmatan, harga, kredit, diskaun, cukai, jumlah amaun yang dibayar dan cara pembayaran. Resit umumnya merangkumi maklumat mengenai pembeli dan penjual, dalam format yang berbeza dan darjah yang berbeza-beza.

Korang boleh daftar sekarang di MOTETO INVOICE dan nikmati kelebihannya secara PERCUMA.


Post a Comment

21 Comments

  1. Wahhh ini sangat berguna untuk peniaga2 untuk memantau bayaran drpd pelanggan2. Yelah, bila dah ramai sgt, melalui sistem ini, akan lebih terurus dan mudah.

    ReplyDelete
  2. bagus nya ada templet macam ni untuk buat invoice secara percuma... free and nice stuff.. great!

    ReplyDelete
  3. Senang sangat pakai ni. Selama ni kalau ada client minta invoice untuk kerja kerja blog or freelance, biasanya Fadzi buat manual. Leceh. Nanti boleh try yang ni pulak

    ReplyDelete
  4. Free je ek? Memang perlu sgt ada sistem invoicing macam ni..barulah sistematik kan..nak tengok gak la nanti

    ReplyDelete
  5. Serius lepas baca artikel ni baru tahu beza invois dan resit hahaha.ingatkan invois tu boleh jadi bukti kalau nak claim warranty ke papeheheh

    ReplyDelete
  6. Bagus sangat ni terutama untuk startup company atau mana2 perniaga kecil-kecilan. Mudah untuk pastikan bayaran kepada supplier dan pelanggan. Boleh diedit lg kalau ada kesalahan . Terbaik Moteto Invoice ni.

    ReplyDelete
  7. menarik ni..kalau buat job blogger pun bole keluarkan invoice camni untuk proses payment..

    ReplyDelete
  8. good to know this, with Internet can use this easy. I didn't know of this type til you shared it here.

    ReplyDelete
  9. Good info..
    Thankx Madi..Memang tengah belajar nak guna ni..

    ReplyDelete
  10. owh.. ni la template invoice yang ko kata dah takde dulu? Rupanya depa tukar nama ekk.. So, info yang dulu2 tu ada lagi ke?? Kalau ada, fuhhh... selamat la

    ReplyDelete
  11. Jimat masa dan tenaga. Boleh lakukan sendiri. Tak perlu pening2 nak susun semula invoice. Cuma masuk data, semuanya diformatkan.

    ReplyDelete
  12. Bagus ada invoice macam ni..mudah trace client kita, dah tau mana yang dah bayar, mana yang belum..nad selalu guna excel je bila hantar invoice kat client..lepas tu catit kat buku..

    ReplyDelete
  13. Nak buat invois pun ada yang free di internet. senang lah mereka yang berniaga kecil kecilan nak kembangkan perniagaan dan wujudkan sistem

    ReplyDelete
  14. Lor ada rupanya template invois. Selama ni nak buat invois jenuh bukak words buat sendiri. Lepas nih boleh guna template ni je senang kerja

    ReplyDelete
  15. orang bisnes mesti selalu pakai aps macam ni dalam perniagaan kan. senanglah sebab semua dah percuma saja

    ReplyDelete
  16. Wah bagusnyaa awak. So nnti dekat client just bagi cmni la kan

    ReplyDelete
  17. Invois ni guna untuk perniagaan kan, saya memang tak pernah menyediakan invois kepada mana mana pihak

    ReplyDelete
  18. Uittt..bagus gak ni..percuma lak tu.Nanti bolehlah sis gunakan invoice ni pulak, nanti free2 sis nak godek2 cara penggunaanya

    ReplyDelete
  19. Nampak memudahkan. Emi dulu masa buat online business, invoice emi buat template sendiri kat word. Lepastu manual tukar tiap kali ada order masuk. Jenuh jgk la hahaha

    ReplyDelete
  20. Eh senang je sekarang tak perlu fikir camna nak buat dah kan. just pakai template invoice sedia ada. thanks for sharing.

    ReplyDelete
  21. Template nya nampak senang dipakai? Mmg free of charge ke kalau nak guna moteto invoice ni? Means takde hidden charge or anything, if okay boleh try

    ReplyDelete