travel, food and lifestyle blog

Monday, May 14, 2018

MENU KAMBING GRILL TERBAIK : BUFFET BUKA PUASA AMBASSADOR PUTRAJAYA



Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk umat islam berpuasa. Mesti sudah ramai sudah lengkap dengan persiapan menghadapi bulan puasa tahun ini kan? Untuk entry pada kali ini, saya nak kongsi tentang satu lokasi menarik untuk korang buka puasa iaiatu di Ambassador Putrajaya.

Ambassador Putrajaya mengambil peuang menawarkan pakej buffet ramadan khas buat warga Putrajaya dan sekitarnya. Dengan kelebihan even space dan pengalaman catering yang mereka ada, saya sangat yakin dengan kualiti yang mereka akan bagi kepada pelanggan mereka.

AMBASSADOR PUTRAJAYA

Sebelum kita pergi lebih jauh, tak salah untuk saya bagitau serba sedikit mengenai apa itu  Ambassador Putrajaya. Untuk pengetahuan korang Ambassador Putrajaya ni telah dibuka sejak Disember 2017 yang lalu dan telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa. 


Apa yang boleh saya katakan, lokasi dewan dan butik Ambassador Putrajaya ini sangat strategik dan dewan yang disediakan sangat nampak exclusive dan ianya terletak di Presint 15 Diplomatik Putrajaya.


1.0 BUFFET RAMADHAN WARISAN BONDA DI AMBASSADOR PUTRAJAYA

Konsep Warisan Bonda telah dipilih oleh mereka untuk konsep buffet ramadan pada tahun ini. Konsep ini akan menfokuskan pada pelbagai masakan tradisional melayu desa yang sedap dan sudah semestinya menepati citarasa orang melayu kita.


Antara menu utama yang ada adalah seperti menu sambal udang petai, daging gulai kawah, ayam goreng berempah, daging salai mangga muda masak lemak cili padi, sambal sotong, ikan dori sweet sour, lemon chicken butter,  dan lain lain lagi.


Untuk melengkapkan lagi buffet ramadhan yang berkonsepkan warisan bonda ini, Ambassador Putrajaya membuka beberapa buah gerai yang berkonsepkan bazar ramadhan dibahagian luar bangunan seperti gerai westerngerai penang, gerai goreng goreng cik lyn, gerai ABC, gerai mee, gerai pencuci mulut, gerai bubur, gerai kampung dan gerai air balang.


Ini seolah membawa pengunjung mereka berbelanja di bazar ramadhan yang betul. Memang bestlahkan, dan inipun termasuk dalam menu yang kita bayar. *bayar sekali boleh makan sampai lebam ya. 


Antara menu yang korang boleh dapat di gerai-gerai tersebut seperti kambing grill, chicken wing, char kueh teow, beberapa jenis cucur seperti cucur udang/bilis/jagung, keropok, goreng pisang, air batu campur, mee sup, mee kari, kerabu mangga, ulam ulaman dan macam macam lagi.


"Kambing Grill dia memang terbaik, saya sendiri tambah 2-3 kali tau sampai kenyang. hahaha"

Untuk pencuci mulut pula, korang boleh cuba cream caramel, cake slice, kuih kukus tradisional, buah buahan dan air seperti sirap selasih, air jagung & lai chee kang .



1.1 Harga Buffet Ramadhan Warisan Bonda di Ambassador Putrajaya

Harga yang dikenakan bagi mereka yang ingin berbuka puasa disini hanyalah RM68 nett untuk orang Dewasa dan RM38 nett untuk Kanak Kanak. Harga yang cukup berbaloi dan murah jika dibandingkan dengan buffet ramadan di hotel. Yang penting ianya sedap, dan banyak pilihan lauk.

Sekiranya korang ingin membuat tempahan, boleh rujuk info info yang aku sertakan di bawah ini yer.

Buffet Ramadhan Warisan Bonda Ambassador Putrajaya

Hanana Group Sdn Bhd
No.92, Jalan Perak Persiaran Diplomatik,
Presint 15, 62050 Putrajaya

Harga
RM68nett Dewasa
RM38nett Kanak Kanak

Harga Istimewa
RM580 1x Table (10pax)

Sebarang pertanyaan dan tempahan
Fazlin - 0172345297
Farah - 0166700457
Liana - 0164318434
Hanis - 0166700752
Hizwan - 0166700471
Office - 0166700473

Website
Facebook
Instagram
Share:

17 comments:

  1. look at the grill... no one can resist that...
    i gonna start inviting my clients to go there makan2 buka puasa... tak tahan nie..

    ReplyDelete
  2. Allah...gambar paling atas tu memang menduga kalbu la...sabar jer la akak tengok time ni..rasa macam kejam sangat plak..mana plak akak nak pi cari kambing grilled ha...esok dah puasa...huwaaaaa

    ReplyDelete
  3. Menu kambing mmg sinonim ngan buffet Ramadan sbb org mesti cari kambing utk pencinta kambing . Biasa tgk kambing golek kn3. .Tp Kt sini kambing grilled.. Sedapnya. ..selamat berpuasa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya menu diaaaa.harga pun berbaloi antara yang paling murah airah jumpa.husband memang suka sangat makan kambing lepasni nak ajak datang sini la

    ReplyDelete
  5. My god, kambing grill tu menarik narik sis jew..huhuhu. Tapi jauh lah sis nak kesana semata nak berbuka, kalau dekat sure sis dah terjah dah..:(

    ReplyDelete
  6. Kenapa murah sangat harganya nih..kira berbaloi dengam semua makan yang ada. Nak nak kambing grill.tuh hero di antara makanan yang ada kan. Kira dekat je Ambasaddor nih tak jauh. Boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  7. wow I just love to eat and I saw grilled kambing. That's what I aim to eat if I go there.

    ReplyDelete
  8. The grilling style reminds me of bbq korean styled food. The setting looks very inviting. Looking forward to trying this out

    ReplyDelete
  9. Klau tgk kambing grilled mmg mesti berbut org.. sbb mmg dia org cari-cari time berbuka kan... khih cara berlauk tu pun mcm memanggil je. Fav liez tu. Tempat pun selesa dan harga murah je.

    ReplyDelete
  10. Banyak sungguh pilihan makanan dan semuanya nmpak menyelerakan. harga pon berbaloi dgn hidangan yg ditawarkan. Okay nak pergi

    ReplyDelete
  11. I suka kambing grill dari kambing golek. Sebab rasa dia lagi sedap & garing . Harga buffet kat Ambassador Putrajaya ni berbaloi lah . Sesuai nak bawa family xpun kawan2

    ReplyDelete
  12. Hari tu attended a wedding kat situ, Rawlins dah jatuh cinta ngan juadah dia. Nie nampak macam sedap sangat plak bila tengok juadah berbuka dia. Nampak gaya kena pergi lagi nie. Harga dia pun berpatutan.

    ReplyDelete
  13. Wah semua masakan kampung yang menyelerakan. Mereka yang tinggal putrajaya dan berdekatan bolehlah datang dan berbuka dinsini

    ReplyDelete
  14. Ramai betul rekemen kambing grilled di Ambassador Putrajaya ni. mesti konfem sedap hingga mengjilat jari ni. harga buffet ramadan di sini pun sangat berbaloi-baloi. Nak try gak la berbuka di sini

    ReplyDelete
  15. kite suka lauk -lauk dia sedap! walapun tempoh hari tak banyak lauk dia tapi memang cukup rasa, rempah pun sama., tak sabar nak cuba pada hari yang sebenar

    ReplyDelete
  16. Omg... nak kambing grill sikit! looks so delicious, juicy and fresh. I want to try too.

    ReplyDelete
  17. Lovely menu.. Nak makan kambing grill ni.. memang delicious and yummy!~ nak makan sekarang jugak.. lol

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive