travel, food and lifestyle blog

Followers

BERBUKA PUASA DENGAN MENU LOBSTER DI GRANDMAMA’S

Pejam celik pejam celik Ramadan sudah menjengah kembali. Semoga kita semua bersedia untuk menempuhi bulan yang mulia ini. 

Bila berbicara pasal bulan puasa sahaja pasti kita akan terfikir nak berbuka kat mana, nak berbuka dengan apa dan pelbagai lagi persoalan lain yang muncul. Apa kata kalau Ramadan kali ini anda berbuka bersama lobster? 


Ya, walaupun jarang untuk kita berbuka bersama lobster, namun untuk kelainan bolehlah anda berkunjung ke Restoran Grandmama’s ini. Terdapat pelbagai menu menarik untuk anda cuba di samping menu utamanya iaitu lobster.

HIDANGAN LOBSTER

Untuk makluman anda semua, terdapat 2 jenis hidangan lobster yang boleh dipilih untuk set Perghhh.. Sedap! Jom Lobster ini. Hidangan tersebut adalah sama ada Lobster Curry Hot Pot ataupun Lobster Masak Merah. Kedua-dua lobster ini terdapat kelebihan masing-masing dari segi rasa dan teksturnya.


Untuk kari lobster, bagi saya masakan ini sememangnya patut anda cuba. Kerana rasa untuk hidangan ini sememangnya lain dari kari Melayu yang biasa kita makan. Kelembutan lobster bersama rempah ratus kari tersebut membangkitkan lagi rasa hidangan ini.


Untuk lobster masam manis pula, rasanya cukup sedap dan sesuai untuk dinikmati oleh semua golongan. Anak-anak kecil juga boleh makan kerana rasa masam manisnya yang sesuai untuk selera anak kecil. Rasa masam manis menjentik deria rasa kita untuk cuba lagi dan lagi.

SEDAP DISHES

Selain hidangan lobster, terdapat juga hidangan sampingan yang boleh anda pilih bersama set yang anda inginkan. Apa yang boleh saya katakan, hidangan sampingan ini sememangnya melengkapkan hidangan utama iaitu lobster tersebut .


Hidangan yang saya telah cuba dan rasa adalah seperti berikut.

Burung Puyuh with Homemade Chili Sauce

Beef Rendang

Stir Fried Kailan

Sweet & Sour Fish Fillet



Braised Beancurd with Minced Meat

Harga Set Lobster

Untuk hidangan Perghhh.. Sedap! Jom Lobster ini terdapat 2 set yang para pelanggan boleh pilih, iaitu set A dan set B.


Untuk set A, anda boleh memilih hidangan lobster bersama 3 hidangan sedap dishes yang lain. Ianya sesuai untuk dinikmati oleh 2 hingga 3 pax. Untuk set ini, harganya adalah hanya RM238+.


Bagi set B pula, anda boleh memilih hidangan lobster yang anda inginkan di samping 5 hidangan sedap dishes yang lain. Untuk hidangan ini, komposisinya sesuai untuk dinikmati sehingga 5 pax. Ianya pula berharga RM388+ sahaja. *menarik bukan?

Selain daripada itu, hidangan set ini juga didatangkan dengan kuih-muih, kurma, keropok ikan, nasi dan cili belacan. Yang menariknya, nasi boleh ditambah secara percuma. Makanlah kalian sampai puas.

Buah Kurma

Keropok Ikan

Kuih Muih

Cawangan Grandmama’s

Untuk makluman semua, promosi ini bermula dari 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018 dan hanya terdapat di Grandmama’s cawangan Pavilion KL dan juga di Intermark Mall.

Rancang tempahan anda supaya anda dapat menikmati hidangan yang sedap ini. Memang saya syorkan kepada anda semua untuk menikmati hidangan di sini kerana saya yakin ianya dapat memuaskan taste buds anda semua.

Tempahan

Untuk sebarang tempahan dan maklumbalas bolehlah menghubungi mana-mana medium di bawah:

GRANDMAMA'S (Intermark Mall)

Lot G-12, Intermark Mall, 
348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2181 2839
Fax: 03-2181 2839

Email: 

GRANDMAMA'S (Pavilion KL)

Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion KL, 
168 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2143 9333
Fax: 03-2143 9222

Email: 

Share:

20 comments:

  1. Kari lobster bagi Ika sangat menarik. Tak pernag lagi cuba kari lobster. Selalu grill sahaja. Sungguh unik betul ni wajib cuba timw Ramadan ni

    ReplyDelete
  2. The lobster looks fresh and big. Can't wait to try it out during Ramadhan later with my family.

    ReplyDelete
  3. Akak pernah sekali makan kat Grandmama's ni. Makanan nyer semua sedap- sedap walau sedikit pricey. kalau diberi pilihan berbuka puasa kat sini sure akak tak lepaskan peluang..lobster tu nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. tak pernah makan lobster sebab harganya mahal..huhu. Tapi teringin one day nak makan boleh singgah ke Grand mamas ni. Terliur tengok semua menu sedap-sedap belaka

    ReplyDelete
  5. Alaaa...awak dapat makan lobster lah, jeles kita wak, kita suka tau lobster. Firsttime dengar Grandmama's ni, nanti bolehlah sis cuba makan kat sana, nak rasa gak lobster depa..tgok harga set..ok lah tak le mahal sebab setahu sis lobster ni mahai rega dia

    ReplyDelete
  6. Nampak mewah betul ye set hidangan di Grandmas nie. Tapi harganya berbaloi dgn hidangan yg ditawarkan buat pengunjung. Lepas nie boleh lah cuba masuk ke restoran grandmas nie. Selama hari nie cuma intai2 je

    ReplyDelete
  7. Sedapnya lobster. Menu yang disediakan pun nampak terliur. Ni belum puasa lagi. Kalau bulan puasa mesti teringat ingat. Harga tu memang mahal la bagi akak.

    ReplyDelete
  8. Tertarik dengan menu Kari Lobster tu, tak pernah makan Lobster masak kari tau! Menarik juga menu lain dekat Grandmama's ni boleh planning dengan family nak buka puasa nanti atau share dengan kawan-kawan yang minat Lobster boleh cari dekat situ kan!

    ReplyDelete
  9. Sedapnya tengok menu lobster tu kita nak kena cuba jugalah sekali dalam seumur hidup kot buka puasa makan semua ini hehehe menyelerakan...

    ReplyDelete
  10. Omg lobsterrrrrrr. i kenottt, haha. Apesal nampak sedap sangat tu. Dibuat hidangan set macam ni pulak tu. Teringin weyhhh, lama gila tak makan lobster.

    ReplyDelete
  11. Bella kerap juga ke Grandmama's Pavillion dulu and suka makanan yang ada disitu. Tengok menu tu best lah, banyak pilihan yang ada. Mesti syok pergi berbuka disini Ramadan nanti. Nak kena ajak family lah nanti!

    ReplyDelete
  12. wah bestnyer kenakan lobster time buka puasa kan. so much drooling seeing all your photos la... nak pergi makan lah. tak sabar dah ni

    ReplyDelete
  13. amboi lobster tu yang tak menahan..besar dan nampak segar..semua hidangan kat sini nampak sedap2

    ReplyDelete
  14. The lobster looks so yummy, since it's ramadan might as well treat yourself to sone thing nice. I've tried out Grandmama and it's good, will check out this promo as.well.

    ReplyDelete
  15. Kenapalah takde cawangan Grandmama's ni kat Penang. Nak cuba hidangan lobster ni lah. Menarik je tengok semua menu kat sini. Ada kari & masam manis tu lagi lah rasa tak sabar nak cuba.

    ReplyDelete
  16. Sedapnya lobster masak lemak. Berselera makan dibuatnya. Walau mahal tapi berbaloi dengan apa yang dihidang.

    ReplyDelete
  17. Wah.. Syok nya.. nak makan lobster la.. even though i tak puasa... looks yummy leh..

    ReplyDelete
  18. my sister have been craving for lobsters lately, I can bring her here instead of driving all the way to Penang. Hahahah save money a bit.

    ReplyDelete
  19. OMG. Siapa yang tak suka dengan lobster kan? Plus, harga dia memang not bad. Sure nanti selalu fully booked ni.

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

MENARIK MINGGU INI

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive