travel, food and lifestyle blog

Monday, November 06, 2017

TARIKAN TERBARU 2017 DI LOST WORLD OF TAMBUN


Selepas memperkenalkan kemudahan Glamping beberapa bulan yang lalu, kini Lost World Of Tambun telah menaiktaraf keunikan glamping mereka dengan Glamping terapung (Glamping di atas air) di Tasik Boga (Boga Lake) berhampiran dengan tapak glamping lama. Seperti glamping lain yang mereka ada, Glamping terapung ini juga boleh memuatkan sehingga 4 orang dewasa (jumlah max selesa) dalam satu masa.


Dari segi kelengkapan dan kemudahannya juga sama seperti glamping yang ada di daratan. Ada 1 katil queen dan 2 katil single, kipas, meja kecil, cermin, toiletries (kecuali berus gigi dan ubat gigi), ampaian dan juga kerusi meja di luar khemah untuk bersantai-santai. Bahagian dalam khemah juga besar dan selesa dilapik dengan carpet manakala bahagian luar pula dilapik dengan rumput tiruan.



HIPPO KINGDOM

Selain dari itu, LWOT juga baru saja memperkenalkan tarikan terbaru mereka yang tidak jauh dari tapak glamping iaitu Hippo Kingdom. Tarikan utama di dalam Hippo Kingdom ini sudah semestinya seekor badak atau nama saintifiknya Hippopotamus yang diberi nama Juwita.


Juwita akan banyak menghabiskan masanya berendam dalam air dan hanya akan muncul di permukaan air seketika untuk menyedut udara sahaja. Ruangan bawah air (underwater view) ini merupakan yang pertama dibina di Malaysia bagi memudahkan pengunjung untuk melihat Juwita dengan secara lebih dekat.


Selain dari Juwita si badak air, kami juga berpeluang melihat beberapa haiwan lain seperti buaya, Hyenas (dubuk), flamingo dan emu. Dan apa yang lebih menarik, kami berpeluang untuk mendekati sekumpulan rusa yang cukup jinak berkeliaran tanpa batas kandang untuk diberi makan.



POWER BREAKFAST DI WETLAND

Bagi korang yang menginap di hotel ataupun glamping di LWOT ni, apa kata untuk sarapan pagi yang cukup unik di Wetland. Pakej sarapan pagi ini dipanggil sebagai "Power Breakfast at Wetland". Untuk pengetahuan korang, "Power Breakfast at Wetland" ini juga merupakan tarikan terbaru yang mereka perkenalkan di LWOT.


Pengalaman sarapan pagi dikelilingi tumbuhan hijau ni sangat best!! Tenang, redup, segar ditambah pula dengan sarapan yang cukup sihat untuk tubuh badan kita. Pakej Power Breakfast at Wetland ini boleh di buat atas permintaan. Apa yang saya boleh katakan, lokasi ini cukup cantik dan best untuk laksanakan majlis tertutup (private function).


Seperti di restoran atau cafe biasa, penyediaan masakan sarapan pagi korang akan dibuat secara lansung oleh chef yang bertugas di sini.


TARANTULA ALLEY


Berlokasi tidak jauh dari lokasi "Breakfast at Wetland" anda boleh meneruskan penerokaan ke dunia labah-labah iaitu Tarantula Alley. Lokasi Tarantula Alley ini dibuat seolah di habitat sebenar tarantula iaitu di tempat yang berbatu.


Bagi mereka yang gemar menonton filem barat pasti biasa dengan labah-labah jenis ini. Tarantula juga mempunyai beberapa jenis dan jangan terkejut jika saya katakan disini ada seekor tarantula yang dijumpai di Malaysia.


Apa yang saya boleh katakan, LWOT merupakan sebuah taman tema yang tidak pernah berhenti dengan tranformasinya. Setiap kali saya ke sini, mesti ada sesuatu yang baru cuba mereka perkenalkan. Jika dulu ianya hanya dikenali dengan taman tema air yang biasa, ia dimajukan lagi tarikan hot spring dan spa, dan kini pula dengan tarikan-tarikan yang saya nyatakan di atas ni.


Tidak ada sebab lagi kalau ada diantara kamu untuk mengatakan bahawa LWOT ni tidak berbaloi untuk dikunjungi. Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga dan kawan-kawan korang untuk bercuti dan merasai sendiri penerokaan sebenar di Lost World Of Tambun.

Sumber photo : www.dikbee.com


Share:

7 comments:

  1. menariknya tempat kt situ.. ada hijau pokok dedaunan. ada ular tak ? uhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Nampaknya kena pegi lagi nie. Dah pernah pergi 3 kali.

    Sebab ada penambahan tarikan baru nie, nampaknya kena pergi sekali lagi.

    ReplyDelete
  3. Ya Allah! Tegak bulu roma tengok labah-labah tu. I wonder kalau dia merayap kat atas kepala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaha. kan. memang boleh pengsan la kot

      Delete
  4. wah menarik nya LWOT skrg. masa pergi 4 tahun lepas takde lagi glamping ni. mcm kena repeat semula je ke sini.

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive