travel, food and lifestyle blog

Tuesday, November 07, 2017

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DUTA MAYDAN


Maydan merupakan satu jenama baru produk penjagaan diri yang baru sahaja establish pada pertengahan tahun ini. Apa yang menariknya berkenaan jenama ini, walaupun masih baru mereka mempunyai 3 orang duta yang cukup dikenali di Malaysia. Siapa tak kenal kalau saya petik nama Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura. Setiap dari mereka ni mempunyai kelebihan tersendiri dan mempunyai persamaan sebagai selebriti dan usahawan muda.

Maydan, sebuah jenama rangkaian produk kecantikan dan kesihatan terbaru melancarkan tiga produk asas penjagaan diri merangkumi perawatan dalaman dan luaran untuk gaya hidup masakini. Dua produk dari rangkaian penjagaan rambut Syampu dan Pelembab Rambut Strawberry Smoothies dan makanan tambahan tablet Q-Tab, serta untuk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum.
Fattah Amin merupakan duta bagi Syampu dan Pelembab Rambut Strawberry Smoothies  iaitu produk penyelesaian untuk masalah rambut bercabang, gugur, kering, nipis, kusut dan berkelemumur.  Produk ini sesuai digunakan oleh lelaki dan perempuan. Nur Fazura pula dipilih sebagai duta produk Q-Tab yang bagus untuk rambut, malah boleh merawat  masalah kuku dan kulit kerana mengandungi kandungan protein N-Acetyl Cystein Collagen. Pelakon Elfira Loy pula diangkat sebagai duta produk Lock It Hydrating Serum satu produk yang dirumus khas dari aloe vera, timun dan asid hyaluronic yang merawat kesan penenuaan. Selain itu ia juga memberi kelembapan tambahan kepada kulit wajah. merawat sel-sel kulit mati dan menghilangkan kesan jerawat.


Setiap rangkaian produk Maydan telah dihasilkan dari sumber alam semulajadi seperti stawberi, acai beri, delima, timun, aloe vera serta pati minyak buah kelapa dan zaitun. Rangkaian produk Maydan boleh didapati secara eksklusif dari senarai pengedar yang sah Maydan.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA DUTA MAYDAN



Pada ahad (5/11/2017) yang lepas, Maydan telah melansungkan Majlis ramah mesra bersama duta-duta mereka iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura di Pusat membeli belah Melawati (Melawati Mall). Majlis dimulakan dengan perasmian oleh pengasas dan pemilik Maydan sendiri iaitu Pn. Maya Hamdan dan Pn. Dana Hamdan. Tahniah saya ucapkan diatas kejayaan mereka dalam penghasilan produk penjagaan diri yang berkualiti ini.


Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi bersama duta Elfira Loy Elfira Loy sendiri turut berkongsi beberapa sebab kenapa produk Maydan ini patut dimiliki oleh orang ramai, dan antara salah satu sebabnya adalah kerana beliau sendiri juga turut menggunakan produk dari Maydan terutama  produk Lock It Hydrating Serum . Selain dari itu, banyak tip kecantikan lain telah beliau kongsikan kongsikan bersama peminat yang hadir semasa majlis tersebut.


Selain majlis perasmian Maydan dan sesi Meet & Greet bersama Duta Maydan, pihak Maydan membuka booth jualan kepada orang awam. Apa yang menarik untuk event kali ini, setiap pelanggan yang membeli mana-mana produk Maydan akan mendapat Syampoo Maydan secara percuma. Bukan itu je, setiap pelanggan akan berpeluang untuk bergambar dan selfie dengan Duta Maydan iaitu Elfira Loy, Fattah Amin dan Fazura.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan akiviti mereka, korang boleh terus layari  laman sesawang www.maydankl.my atau Instagram mereka di www.instagram.com/maydan.official dan Facebook www.facebook.com/maydan.official

Share:

11 comments:

  1. Ala tak ada Fattah Amin dan Fazura macam mana ni duta tak ada hehehe tapi produk ni nampak macam wangi jer ok ker laki pakai...

    ReplyDelete
  2. Menarik juga rangkaian produk Maydan ni. Tergoda nak cuba produk Q-Tab yang bagus untuk rambut tu

    ReplyDelete
  3. alaa mana fazuraa mana fazuraaa. hehe syampu baru ek ?

    ReplyDelete
  4. Wow. 1 lagi produk memasuki pasaran. Kalau ikut populariti duta, rasanya boleh berkembang dan membesar jenama nie.

    ReplyDelete
  5. mana FA nya.. strawberry? manis baunya ye..?

    ReplyDelete
  6. strawberry smoothies? kang macam nak makan pulak bau tu.. hahaha..

    fazura mana fazura?

    ReplyDelete
  7. strawberry smoothies? kang macam nak makan pulak bau tu.. hahaha..

    fazura mana fazura?

    ReplyDelete
  8. Wow,ada FA. Fazura mana fazura. Bila dua2 couple jdi duta. Fuhhh ;)

    ReplyDelete
  9. Bestlah dapat bergambar dgn Elfira Loy,produk dia oktak?

    ReplyDelete
  10. Wahhh ada elfira loy laaa

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive