BERCUTI DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR


DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR | Terletak di tepi tebing Sungai Selangor, De Palma Eco Resort Kuala Selangor menawarkan kepada anda suasana percutian yang cukup tenang. Untuk pengetahuan korang De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini terletak dekat dengan pusat bandar Kuala Selangor hanya dalam beberapa minit perjalanan. Jadi secara tidak lansung ianya memakan masa hanya beberapa minit dari lokasi popular Bukit Malawati iaitu sebuah lokasi bersejarah dimana berdirinya sebuah rumah api, muzium sejarah dan rumah-rumah kolonial lama yang dibina pada zaman British dahulu kala.


De Palma Eco Resort Kuala Selangor ini merupakan sebuah tempat percutian berkonsepkan chalet yang menawarkan aktiviti team building dan mendekati alam flora dan fauna. Mereka mempunyai 48 buah chalet dan 12 buah villa untuk disewa. Semua bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, TV plasma, bar mini dan telefon. Bilik mandi pula dilengkapi dengan kemudahan air panas.


Bilik yang saya dan rakan blogger Rafzan Tomomi inap pada tempoh hari adalah Deluxe (Triple Sharing) dimana harga asalnya ialah RM295.00++ dan harga promosinya boleh mencecah sehingga RM 165.00++. Bilik jenis ini merupakan bilik paling murah diantara bilik-bilik jenis lain.


Oleh kerana mereka kearah resort patuh syariah (shariah compliant), Al-Quran, sejadah dan buku islamik turut disediakan di dalam bilik. Selain itu mereka juga mempunyai sebuah surau dimana mempunyai Imam dan bilal tetap untuk meyempurnakan setiap waktu solat wajib.



Kemudahan lain di De Palma Hotel Kuala Selangor adalah seperti berikut:

  • Surau (bersama Imam tetap)
  • Kolam renang
  • Bilik-bilik mesyuarat / jamuan
  • Kemudahan Wi-Fi percuma (hanya di lobi hotel)
  • Perkhidmatan dobi
  • Keselamatan 24 jam
  • Bilik-bilik
  • Perkhidmatan Shuttle
  • City Tour (atas permintaan)


AKTIVITI DI DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR

AKTIVITI KECERGASAN DAN KESIHATANSelain dari aktiviti kecergasan merentas halangan, De Palma Eco Resort Kuala Selangor juga ada menyediakan pelbagai jenis aktiviti kecerdasan lain seperti aktiviti team building, menunggang kuda, berbasikal, badminton, volley ball, zumba, jungle tracking, night walk dan banyak lagi.

Aktiviti menunggang kuda

Aktiviti team building

De Palma Hotel Kuala Selangor

Alamat:
Jalan Tanjung Keramat, 
45000 Kuala Selangor, 
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel: +603-3289 7070
Fax: +603-3489 7080

LOKASI YANG MENARIK DI BOLEH DILAWATI SEKITAR DE PALMA ECO RESORT KUALA SELANGOR


Selain dari beraktiviti di sekitar resort, banyak lokasi menarik yang boleh korang kunjungi berdekatan dengan De Palma Hotel Kuala Selangor ni. Antaranya seperti Bukit Malawati, Taman Alam Kuala Selangor, Kelip-kelip Kg. Kuantan, Sasaran (Skymirror), dan Pasar Basah & Kering Pasir Penambang.

Post a Comment

10 Comments

  1. Tak puas la trip ngan korang...next time nak join lagi dan lagi dan lagi laaaa....jgn serik ajak eh...

    ReplyDelete
  2. Bestnya,bilik dengan katil yg besar....boleh buat family day sini. Tak sabar nak pindah balik semenanjung.

    ReplyDelete
  3. cantik hotelnya,tunggu humaira besar skit la nak berjalan huhuuu....

    ReplyDelete
  4. Macam menarik je kan :D bila la lisa smpai ke situ

    ReplyDelete
  5. Cozy dan selesa menginap di sini..

    ReplyDelete
  6. Wah bestnya nanti blh la bawak family stay kat sini. Dekat pun dekat

    ReplyDelete
  7. banyak aktiviti boleh buat kat de palma eh. excited budak pakai baju pink tuu ber team buiding . kahkah

    ReplyDelete
  8. menarik.
    lagipon harga nya berpatutan :)

    ReplyDelete
  9. Untuk aktiviti-aktiviti tu, ada bayaran asing ker?

    ReplyDelete
  10. best laaaa..!! nak pergi lagi buat kali ke2

    ReplyDelete