RESEPI SUP AYAM LEBIH MUDAH DENGAN SERBUK REMPAH SUP MAK SITI


Makanan secara amnya di cipta untuk memuaskan nafsu lapar supaya dapat mengisi perut agar terisi dan kenyang. Pada setiap makanan, bahan-bahan yang digunakan haruslah betul untuk mewujudkan rasa yang sedap di lidah .


Dan seiring berjalan nya waktu dan perkembangan teknologi kini makanan bukan hanya sekdar untuk memenuhi keperluan akan laparnya perut. Namun seiring dengan penelitian dan kajian pada beberapa makanan, kita ketahui bahawa ianya memiliki khasiat dan manfaat nya tersendiri . Sup Ayam merupakan salah satu makanan yang cukup familiar yang sering kita dengar dan anda cari terutama apabila sakit, kerana ianya dikatakan boleh Mempercepat Proses Penyembuhan Selesema Dan Batuk. Disini saya nak kongsi kepada anda resepi ringkas Sup Ayam yang sempat saya berguru dari blogger masakan terkenal tiffinbiru.com.

RESEPI SUP AYAM


BAHAN-BAHANNYA
  • 1/2 ekor ayam
  • 3 biji kentang (kupas, potong 4 setiap satu dan rendam)
  • Rempah Sup Mak Siti (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 pokok daun sup, kerat kasar
  • 1 camca besar bawang goreng
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

BAHAN KISAR HALUS
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

BAHAN TUMIS
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 6 kuntum bunga cengkeh
  • 3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA

  1. Ayam dikerat pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga terbit minyak.
  3. Tambah Rempah Sup Mak Siti yang dah dibancuh dengan sedikit air tadi. Tumis sampai wangi.
  4. Masukkan ayam dan Gaul rata .
  5. Tuang air secukupnya (agak-agak ayam tenggelam), kacau rata. Masukkan daun sup, dan bawang goreng serta kiub ayam (jika guna), biar mendidih dan biar pada api sederhana. Bila ayam 3/4 empuk, masukkan kentang dan bila kentang empuk tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
  6. Hidangkan sup dan tabur hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan bahan lain. Nikmati sup ayam bersama mee atau dimakan begitu sahaja.
RESEPI-SUP-AYAM-LEBIH-MUDAH-DENGAN-SERBUK-REMPAH-SUP-MAK-SITI

Sangat mudah kalau guna Serbuk Rempah Sup Mak Siti ni, orang demam pun boleh ke dapur. Selain dari Sup Ayam, korang juga boleh buat sup daging dengan menggunakan serbuk rempah yang sama. Kalau nak resepi Resepi Sup Daging paling mudah dan senang menggunakan Rempah Ratus Mak Siti, korang bolehlah ke blog arepnakbebel.com. Apa yang lagi best, produk Mak Siti ni dijamin halal dan bebas dari barang pengawet dan terlarang.

RESEPI-SUP-AYAM-LEBIH-MUDAH-DENGAN-SERBUK-REMPAH-SUP-MAK-SITI

Rempah Mak Siti merupakan produk Bumiputra dan mereka telah memulakan perniagaan semenjak tahun 1975 lagi. Rempah Mak Siti adalah produk semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan ia sangat sesuai bagi golongan vegetarians. Produk utamanya adalah Serbuk Rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Produk Rempah Ratus Mak Siti ini boleh didapati dan dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco dan Mydin.


PRODUK REMPAH RATUS DALAM BOTOL MAK SITI


Untuk pengetahuan korang, Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah mengeluarkan produk inovasi terbaru iaitu produk rempah ratus dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit.


Kesemua produk baru ini tiada MSG, tidak mengandungi Bahan Pengawet, Perisa Tambahan atau Pewarna. Kesemua produk Rempah Ratus Mak Siti ini dijamin Halal oleh JAKIM. Mudah untuk disimpan, hanya tutup sahaja botol selepas digunakan. Untuk pengetahuan korang juga, Rempah Ratus Mak Siti ini mempunyai ladang sendiri dan telah mendapat pengiktirafan sebagai "The Largest Herbs & Spices Plantation" oleh The Malaysia Book of Records (MBR).



MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM DAN MAJLIS PELANCARAN SEMULA PRODUK REMPAH RATUS MAK SITI


Baru-baru ini saya sendiri telah dijemput ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim dan Majlis Pelancaran Semula Produk Rempah Ratus Mak Siti yang bertempat di Restoran Rempah Kari Mak Siti, Bandar Tun Razak

RESEPI-SUP-AYAM-LEBIH-MUDAH-DENGAN-SERBUK-REMPAH-SUP-MAK-SITI

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengurus Besar Nasuha Enterprise Sdn Bhd , Puan Siti Khawa Jannah Nasuha dan turut dihadiri juga oleh beberapa selebriti tanah air, pengusaha-pengusaha produk dan wakil-wakil media tempatan. Disepanjang majlis tersebut, tetamu dihidangkan dengan menu-menu yang berasaskan dari rempah ratus Mak Siti sendiri. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Rempah Ratus Mak Siti, sila layari :

Laman Rasmi 

Facebook Rasmi

Instagram Rasmi
https://www.instagram.com/rempahratusmaksiti

Alamat
Nasuha Enterprise Sdn. Bhd. 
Ladang Rempah Ratus & Herba
Batu 12, Jalan Muar - Pagoh
84500 Muar, Johor. 

Tel : 06-9737508 / 509
Whatsapp : 017-3309330

"Ingat mak, Ingat Mak Siti"

Anda telah membaca artikel berkaitan RESEPI SUP AYAM LEBIH MUDAH DENGAN SERBUK REMPAH SUP MAK SITI.

Post a Comment

14 Comments

  1. Tuan ada terima tempahan ke? Awak ada buat catering?

    ReplyDelete
  2. Lepas ni nak buat sup gearbox guna rempah ratus mak siti la

    ReplyDelete
  3. Tempahan memasak untuk open house please...

    ReplyDelete
  4. wahhh mawardi masak sup tu. jangan sangka org lelaki bujang xpndai masak kan. nampam sedap sup ayam ni guna rempah mak siti.

    ReplyDelete
  5. awas! jgn letak dalam peti ais. Nanti hilang dr pandangan sup ayam ni

    ReplyDelete
  6. Fuhhh selera tengok sup ayam tu.. bilalah boleh rasa abam masak nie..

    ReplyDelete
  7. Patutlah bila tak sihat jer ramai yang minum sup. Lepas nih kalau selsema boleh la masak sup ayam nih..sedap pn sedap.hehe

    ReplyDelete
  8. Sup ayam memang delish boleh dimakan dengan nasi mee dan sebagainya yang penting tukangmasak masak mesti kena sedap


    Ringkas tapi khasiat dikekalkan namun enak dan lazat. Jom cuba resepi Sup Sayur Ringkas dari Syafiera !

    http://www.syafierayamin.com/2017/06/sup-sayur-ringkas-dan-berkhasiat-dengan.html?m=1

    ReplyDelete
  9. paling best makan sup ayam time sakit atau time hujan. hehehe memang nampak senang je. nanti nak try masak and nak tambahh kentang. sedap. hehehe

    ReplyDelete
  10. Wow simple dan sedap nampak nya!

    ReplyDelete
  11. pandai awok masak.. kita ingat pandai makan jer.. ahahaha.. masak lebih skit.. jasmeen suka sup

    ReplyDelete
  12. Boleh buka bisnes ni! Sup nampak sedapp.

    ReplyDelete