travel, food and lifestyle blog

Saturday, June 17, 2017

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU | Negeri Terengganu bukan sahaja sebuah negeri yang cukup popular dengan lokasi pelancongannya, malah banyak lokasi makan yang sangat unik dan menarik.

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

Sempena tahun melawat Terengganu 2017, Jom kita tengok 5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU yang pernah saya kunjungi dan patut korang pergi. Setiap darinya mempunyai kelebihan tersendiri tak kira dari segi makanan yang dijual, lokasi atau persekitaran.

1# KAMBING BAKAR GUANGZHOU


Lokasi yang harus dikunjungi bagi korang yang sukakan kambing bakar. Kesedapan semua menu yang diorang tawarkan boleh diukur dengan panjangnya barisan pelanggan yang datang untuk menikmati kambing bakarnya.

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

Waktu Operasi : 4.30 pm - 11.30 pm

Alamat :
9525C Batu 10 Setengah ,
Jalan Gong Badak , Kuala Terengganu , Malaysia
( simpang tiga Tok Jembal berhadapan dengan Nasi Kukus Sempoi Alias)

Telefon : 016-980 3217



2# UPTOWN KONTENA "DAPO PATA"


Uptown Kontena, merupakan sebuah tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan makanan yang enak di tepi Pantai Tok Jembal Kuala Nerus sambil menghirup udara segar angin pantai.

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

Waktu Operasi : Ahad - Sabtu (5.00pm-2.00am)
Facebook : Uptown Kontena

Alamat :
Tok Jembal, Gong Badak
Kampong Terengan, Terengganu, Malaysia

Telefon : 010-800 1383


3# NASI DAGANG ATAS TOL


Warung Nasi Dagang Atas Tol terletak bersebelahan dengan hentian bas yang juga berada di tepi kubur di Kampung Atas Tol. Maka tidak hairanlah warung Nasi Dagang Atas Tol ini lebih dikenali penduduk tempatan dengan nama gerai tepi kubur kerana kedudukannya betul-betul bersebelahan dengan tanah perkuburan itu.

Selain Nasi dagang, mereka juga ada menjual menu nasi kapit, nasi minyak ayam kampung, laksam serta beraneka jenis kueh muih tempatan. Kalau korang berkesempatan berkunjung ke sini, jangan lupa juga mencuba teh peng (ais) gelas besar!

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

Waktu Operasi :  Selasa - Ahad (7.00am-12.00pm)
Instagram : @nasidagangatastol

Alamat :


Telefon : 0139847846 / 0139149480


4# GUDANG MAKANG


Berkonsepkan vendor kedai makan di bawah satu bumbung menjadikan ianya cukup unik dan menarik. Mempunyai lebih dari 12 vendor makan yang menjanjikan pelbagai jenis makanan kegemaran rakyat malaysia termasuk makanan hipster dan western.


Waktu Operasi :5.00pm - 12.00am

Instagram : @gudangmakang

Facebook : Gudang Makang

Alamat :
7710, Jln Kota Bharu-Kuala Terengganu,
Kampung Banggul Tuan Muda,
21200 Kuala Terengganu, Terengganu
( depan Mardi, Manir bersebelahan Pasaraya XR)


Telefon : 019-956 3135


5# WARUNG PAK NONG CELUP TEPONG


Kalau bercuti ke Negeri Terengganu , tidak sah kiranya jika tidak makan ikan celup tepung dan sotong celup tepung. Terdapat banyak warung yang sedap dan menjadi tumpuan ramai terutamanya di waktu petang. Warung Pok Nong merupakan salah satu daripadanya. Perniagaan Warung Pok Nong bermula sejak 20 tahun dahulu.

Warung Pok Nong yang terletak di Mengabang Telipot menerima jumlah pelanggan yang luar biasa setiap hari. Mesti beratur untuk mendapatkan ikan dan sotong celup tepung.

5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU

Waktu Operasi : 3.30 pm – lewat petang

Alamat : 
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot

Telefon : 09-6127655 / 0133517262


Dari senarai 5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU yang telah saya kongsikan di atas ni, yang mana satu agaknya menarik bagi korang untuk pergi dan cuba? Jadi kalau korang berkesempatan ke Negeri Terengganu, jangan lupa untuk singgah di mana-mana 5 LOKASI JALAN JALAN CARI MAKAN DI SEKITAR TERENGGANU yang telah saya kongsikan ni ya.
Share:

2 comments:

  1. kena bookmark ni. senang nk refer bila jln2 ganu

    ReplyDelete
  2. Untunye tu orang jual nasi gadang pegi hari, cobalah jual malam sapa mau beli?

    ReplyDelete

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive