travel, food and lifestyle blog

Sunday, December 30, 2012

Cerita Best 2012

Cerita Best 2012 | Alhamdulillah. sedar tak sedar dah nak berakhir pun tahun 2012. Banyak perkara suka duka aku dah lalui sepanjang 2012 ni. dari sekecil-kecil hal hingga ke besar-besarnya akan ku simpan ketat dalam hati. Terlintas plak nak buat entry pasal review tahun 2012 ni. Apa yang dah aku lalui sepanjang 2012 ni  :)

Yang pertama sekali perkara yang dah lama aku harapkan berlaku pada tahun 2012 ni adalah dapat jumpa dan berkenalan dengan Kamal adli.


Rafie Hassan (PA kamal), Aku, Kamal Adli 

Alhamdulillah , dia memang baik dan sporting habis. Alhamdulillah sampai skang dia masih ingat aku kalau bertweet ngan dia. Ramai jugak yang tanya aku knapa minat sangat ngan mamat nie. Aku sebenarnya minat dengan style rambut dia. huk huk. mungkin sebab gaya rambut tu sesuai dengan aku kot. senang nak tiru ahhaha. Masa ni aku dapat jumpa dia pon atas jemputan fan club dia (KAMALIENS). Diorang nak sambut birthday Kamal. 

Perkara kedua yang terjadi dengan tidak sedar adalah dapat  jemputan untuk join berbuka puasa dengan Shah Jaszle.


Beliau pon sama happening, sporting. Biasa kita tengok kat tv dia selalu memegang watak yang serius. tapi kat luar dia sangat berbeza. terima kasih SHAZZLE CREW sebab sudi jemput gua untuk majlis iftar tu. Selain tu jugak tak caya bila dapat kad hari raya dari Shah .Apapon thank you.

Perkara besar yang berlaku pada tahun 2012 ni jugak adalah majlis convocation aku. Ini bermakna, 2012 ni tahun akhir aku belajar di UPM


jadi sekarang aku sah bergelar ALUMNI UPM. Terima kasih buat kedua ibubapa aku yang tersayang, adik-beradik yang memberi sokongan sehingga aku dapat bergraduat dengan jayanya :)

Perkara seterusnya adalah sesuatu yang tak pernah terfikir di otak aku ni untuk main benda tu. Benda alah tu adalah PAINTBALL.


Mana taknya benda mahal macm ni kan, tambah plak orang dok citer sakit sampai lebam sana sini. huh.
Tapi bila dah main sekali, rasa taknak lepas marker tue. Nasib baik free..hahaa. Tambah pulak main dengan diorang ni. memang happening. 

Seterusnya pulak adalah Majlis convocation aku untuk program FDM yang aku join kat WISDEC. Event ni diadakan di PALACE OF THE GOLDEN HORSES. Terbaek woook. hahahha. Ini bermakna pada tahun 2012 ni aku ada 2 majlis Convocation. ha khau hadert?? huuhu


Tapi sedih bila fikir nak meninggalkan WISDEC dan rakan-rakan nie. serius aku cakap, aku tak pernah kenal member-member macam korang. I will miss u guys :) 

Dan akhir sekali , pada tahun ni jugak aku start bekerja. Bekerja di bawah Inkubator kraftangan Temerloh sebagai Designer , aku jugak ditugaskan untuk handle CNC lazer.
 Alhamdulillah. dengan kehendaknya juga, aku dapat berita yang projek yang aku buat di Wisdec dulu telah menjadi projek terbaik. 


Terima kasih kepada semua yang terlibat :) terutama keluarga , kawan-kawan dan staf-staf WISDEC.

Semoga tahun 2013 yang bakal menjelma nanti akan memberi seribu lagi kenangan manis kepada kita semua.. Amin.




Share:

32 comments:

  1. Berikan yg lebih terbaik pada tahun mendatang , bro !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ben Ashaari ~ huyyo bro ben datang, terima kasih bro ben, kata2mu akan ku jadikan ia satu semangat untuk terus maju,terima kasih

      Delete
  2. Azam gua yang belum tercapai ofkos lah nak jumpa lu..mohon 2013 plez..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuyu Ali~ gulp... ada juga ke orng teringin nak jumpa gua... hahahaha terharu giler wei.. insyaallah.. nnti kita gegar malaysia heheeh

      Delete
  3. whoahh! jumpa retiss tuu :O

    all da best utk 2013 bro! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zyra Roxx ~ hahaha terima kasih ye hehehhe..

      Delete
  4. untung la jumpa retis...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuronofu91~ hahah untung la jugak ngeeee.. hehehehe

      Delete
  5. moga 2013 dan seterusnya akan dilalui dgn penuh ketabahan, ketaqwaan, keikhlasan, dan semua yang baik-baik belaka demi mengejar kecemerlangan hidup dunia & akhirat.

    p/s jgn lupa ibu bapa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunz~ terima kasih atas nasihat itu.. Insyaallah :)

      Delete
  6. Salam bro keje kat Kraftangan Temerloh ker alamak kat kg koi tu hehehehe.. apa pun tahniah untuk tahun 2012 yg berjaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bro... kampung bro ek huhuhu.. tq

      Delete
  7. x leh bla ang kerja kat temerloh x mau jumpa wa kew? kihkih...nnt pe2 leh roger :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wallaweh bro.. ko pn kat temerloh ker?.. teringin sgt bro nk jmpa . tp gua kt sini baru seminggu. xtau nk g mana, lagipon knderaan xder huhu

      Delete
  8. Tahniah untuk majlis convo tu. Bestnye bila dpt segulung sijil tu. Huaa, doakan untuk Nurul spm ye. Hehehe, baru nk spm.

    Happy for 2012. Wish from adik kecik XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul Filzah ~ terima kasih.. huhu mmg best.. belajar elok2 tau,.. nnti leh convo gak huhu gud luck ye

      Delete
  9. Tahniah, tahun 2012 dengan pengalaman yang indah2... Semoga lebih berjaya untuk tahun 2013 juga. Hanya doa yg terbaik untuk bro!

    Jom 2013 dgn bisnes online: Blog Bisnes Online

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you bro.. semoga bro jgak baik2 di 2013 heheh

      Delete
  10. wah..banyak pengalaman manis lu..bak mai sikit, tak elok makan sorag nnt kencing manih :p

    tahniah bro!!keep it up!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MK syahir: woah bro otai datang. ambik ler.. xkhedekut lah hahahah.. tq bro

      Delete
  11. tahun ni aku harap ko tercalon dalam ujibakat rambut cantik Pantene

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. hope la... kalau menang dh pemes tok ketua la jadi manager aku.. hak hak hak

      Delete
  12. selamat tinggal 2012, kita sambut 2013 dengan hati terbuka..moga warna 2013 lebih terserlah...

    ReplyDelete
  13. best tahun ini kan..semoga tahun depan akan lebih best n menarik dalam hidup abg mawardi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang best. terima kasih maya :)

      Delete
  14. terbaik :) geng2 retis huhu wow.. semoga 2013 lebih baik drpd 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. amranaiman~ hahaha.. biasa2 je bro.. tq ya, you too

      Delete
  15. selamat tahun baru geng..untung laa leh kawan ngan retis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al-Azrul Iqmim ~ alhamdulillah... selamat tahun baru jugak bro.. xder yang beruntung nye huhu

      Delete
  16. hg kje ape ni.. mcm mnarik je. hehe

    ReplyDelete
  17. byknya kenangan manis utk tahun 2012.......
    sesuatu yg cukup indah bila dikenang.......

    ReplyDelete


Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir batin kepada semua pembaca setia blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Labels

Blog Archive