ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI ORKED LAVENDER KAFE sangat popular di kalangan masyarakat setempat untuk dijadikan lokasi makan khususnya untuk sarapan pagi. Siapa sangka kafe cantik berkonsepkan ala Inggeris ni menjadikan menu makanan dari pantai timur sebagai hidangan utama mereka.

Nasi Bungkus Berlauk akan menjadi pilihan utama untuk hidangan makan pagi. Nasi Bungkus ini biasanya hadir dengan pilihan gulai ayam atau gulai ikan. Kalau korang nak rasa Nasi Berlauk di ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI ni, pastikan korang pergi awal untuk mengelakkan korang kecewa kerana Nasi Bungkus Berlauk mereka laku keras okay.

Nasi Dagang Terengganu pun ada di ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI ni. Untuk pengetahuan korang, nasi dagang dari Terengganu tidak sama dengan Nasi Dagang di Kelantan. Bukan saja rupanya tak sama., tapi cara menyediakannya juga berbeza. Nasi dagang Kelantan lebih mudah dan ringkas cara penyediaannya. Ia di tanak atau di kukus seperti menanak nasi. Manakala nasi dagang Terengganu pula di kukus dan di sira dengan santan mentah di akhir proses memasaknya.

Dari mata kasar, Nasi Dagang Kelantan mempunyai warna gelap-gelap sikit. Manakala Nasi Dagang Terengganu warnanya seolah nasi putih biasa seperti dalam gambar kat bawah ni.


ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

LOKCHING atau sate ikan merupakan salah satu makanan popular di kalangan kanak-kanak di Kelantan khususnya. Jarang dapat kita lihat lokching dijual di kedai-kedai. Kebiasaannya lokching ni di jual di atas motosikal. Lokching ni akan dibakar apabila dioder sahaja, dan ianya tidak memakan masa yang lama. Bagi kanak-kanak di Kelantan, diorang akan siap sedia oder dengan sos kegemaran masing-masing iaitu sos manis atau sos pedas. Dengar khabar lokching ni berasal dari bahasa Thailand yang bermaksud "Bebola Bakar". Kalau korang nak cuba lokching, bolehlah ke ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI.

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

KEROPOK LEKOR dah cukup popular satu semenanjung malah di Sabah dan Sarawak juga. KEROPOK LEKOR sudah mula dijual dimana-mana terutama di pasar-pasar malam. Keropok Lekor ni berasal di Negeri Terengganu. Asas bahan keropok lekor adalah isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas. Keropok lekor boleh dimakan segar sebaik sahaja diangkat dengan dicicah dengan sos pencicah (sos cili) yang pedas.

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

Selain dari hidangan pantai timur, ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI juga mempunyai pelbagai hidangan lain seperti Laksa Johor, Karipap Ikan, dan beberapa makanan western.

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

Bagi korang yang sukakan makanan citarasa pantai timur, korang sangat di sarankan untuk datang dan cuba sendiri menu-menu pantai timur yang ada di ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI. Semua makanan yang ada kat sana semua sedap, terutama nasi dagang dia memang sangat dicadangkan. Jangan lupa, makanan western dan dessert pun adaORKED LAVENDER KAFE DI BANGI ni.

ORKED LAVENDER KAFE DI BANGI

Alamat:
ORKED LAVENDER KAFE
7G Jalan Medan Pusat 2D, 
Bandar Baru Bangi 

Waktu Operasi:
Selasa hingga Ahad
12 tengahari - 12 pagi

Instagram:

Facebook:

Post a Comment

8 Comments

  1. Wow! Karipap ikan tu macam sedap jer.

    ReplyDelete
  2. Menariknya! Tolong tuangkan teh eh.hehe

    ReplyDelete
  3. Nasi Dagang tu nak cuba. Tapi, hmm kat Bangi pula. Agak jauh from my place. Sigh

    ReplyDelete
  4. Bestnya makan sini. Hari tu makan dia punya Nasi Dagang. memang nak lagi ! :D

    ReplyDelete