travel, food and lifestyle blog

Saturday, April 29, 2017

PERFUME DAN DEODORAN ADIDAS EDISI ARENA LIGA JUARA-JUARA UEFA

PERFUME DAN DEODORAN ADIDAS EDISI ARENA LIGA JUARA-JUARA UEFA

Produk penjagaan badan ADIDAS pada telah mempamerkan koleksi terbaharu mereka dengan pelancaran Edisi Arena Liga Juara-Juara UEFA, ia merupakan satu rangkaian yang diinspirasikan oleh aksi hebat yang penuh dengan suntikan adrenalin seperti yang dilihat dalam perlawanan bola sepak.
Mengenai Bola Sepak Adidas | Adidas menerajui bolasepak dunia. Ia adalah penaja rasmi / rakan kongsi pembekal rasmi kepada kejohanan bolasepak utama dunia seperti Piala Dunia FIFA, Piala Konfederasi FIFA, Liga Juara-juara UEFA, Liga UEFA Eropah dan Kejohanan UEFA Eropah. adidas juga menaja beberapa kelab terkenal dunia termasuk Real Madrid, FC Bayern Munich, AC Milan, Juventus and Chelsea. Antara pemain terkenal dunia yang termasuk dalam senarai adidas ialah Leo Messi, Gareth Bale, Thomas Müller, Luis Suárez, James Rodríguez, Diego Costa and Mesut Özil.
PERFUME DAN DEODORAN ADIDAS EDISI ARENA LIGA JUARA-JUARA UEFA

Edisi Arena ini mewakili rangkaian ketiga produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA. Produk penjagaan badan Liga Juara-Juara UEFA yang baharu ini merangkumi:

➤ Adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml, harga runcit RM32.90
➤ Adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 50ml, harga runcit RM24.90
➤ Adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml, harga runcit RM17.90

Dengan menggunakan gaya tersendiri Liga Juara-Juara UEFA, rekaan koleksi Arena Edition ialah perak kebiruan - menambah nilai bermutu semula jadi rangkaian ini.

Bagi korang yang nak memiliki Adidas lelaki UEFA 3 Eau de Toilette 100 ml dan Adidas lelaki UEFA 3 Deodoran Semburan Badan 150ml  secara percuma, jom sertai giveaway ringkas yang saya anjurkan di facebook saya. *klik foto di bawah

PERFUME DAN DEODORAN ADIDAS EDISI ARENA LIGA JUARA-JUARA UEFA

Kedua-dua produk penjagaan badan ADIDAS edisi terbaru ini cukup wangi dan fresh sesuai untuk mereka yang aktifsepanjang hari.

Untuk pengetahuan korang juga produk berlesen rasmi Liga Juara-juara UEFA ini telah berada di pasaran Malaysia bermula pada Februari 2017 dan boleh didapati di pasar raya dan farmasi terkemuka.

Share:

2 comments:

  1. Wow, nice. Eh, dah ada pemenang ke untuk GA tu? Ehem

    ReplyDelete
  2. wahhh... nak belikan untuk abang dan adiklah sebab diorang suka pakai ni :D

    ReplyDelete


Terima kasih kerana sudi singgah di blog mawardiyunus.com blog www.mawardiyunus.com.

Total Pageviews

PENULIS

PENULIS

RAKAN BLOGGER

Blog Archive