HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

Minggu lepas saya dan kawan-kawan ke sebuah kedai Waffle di Bangsar iaitu Wafflemeister. Dengar khabar waffle dia lain dari waffle biasa yang ada kat Malaysia ni. Bahan-bahan yang digunakan pun katanya diimport jauh dari Belgium. *siapa tak teruja kan. Bila fikir je pasal waffle, nak nak pula dengan topping choclate yang memang mengiurkan.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

JENIS-JENIS WAFFLE DI WAFFLEMEISTER | Memandangkan ini merupakan kali pertama saya dan rakan-rakan ke sini, kami telah oder wafffle yang dikatakan paling laris di Wafflemeister iaitu Dream team, Strawberry heaven dan Go banana.

Selain dari 3 waffle di atas, Wafflemeister juga mempunyai beberapa jenis waffle lain yang sempat kami cuba iaitu Cream & Cookies dan Marsh mellow Surprise. *pergh memang menggiurkan. Apa yang saya boleh katakan, semuanya memang sedap. 

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA
Marsh mellow Surprise

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA
Cream & Cookies

Bagi korang yang nakkan kelainan, korang juga boleh cuba beberapa menu Sweet Crepes iaitu Banofee, Nutella dan British Delight. Semuanya fresh dari dapur untuk korang. 

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

Untuk pelanggan di Wafflemeister, korang boleh pilih antara 3 jenis coklat yang ditawarkan untuk dinikmati bersama waffle iaitu Milk, Dark atau White Chocolate. Apa yang pasti, ketiga-tiga jenis coklat yang ditawarkan ini juga diterbangkan jauh dari Belgium dan rasanya memang tidak mengecewakan sesiapa pun.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA
"What's special about our waffles? Using dough gives a completely different texture as compared to most of the waffles we are used to eating here. Also, our dough contains 'Pearl Sugars' which create a layer of caramel when baked. This gives a crispy layer on the outside and a soft fluffy inner layer. This is the difference between Liège Waffles and Brussels Waffles (made from liquid batter; more commonly found here)" Mohamed Shafiq Managing Director,  Wafflemeister Malaysia Sdn Bhd.
HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

Seperti apa yang saya telah bagitahu tadi, istimewanya pembuatan waffle di Wafflemeister, mereka menggunakan doh yang di import khas dari Belgium untuk membuat waffle mereka. Jangan terkejut, Wafflemeister merupakan satu-satunya outlet waffle di Malaysia yang mengimport terus doh waffle dari Belgium. Dari segi bahan-bahan yang mereka guna, korang tak perlu risau kerana bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan doh waffle ini dijamin halal dan terdiri daripada bahan-bahan yang diluluskan.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA


UKIRAN NAMA DI ATAS PLATE | Apa yang uniknya lagi tentang Wafflemeister , setiap plate yang dihidangkan untuk pelanggan akan diukir dengan nama masing-masing atas plate. Diorang akan personalise setiap plate dengan nama pelanggan-pelanggan mereka. *comel bukan? Cubalah bawak makwe/pakwe korang untuk makan malam kat sini, mesti diorang rasa korang sangat romantik. hehehe.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

WAFFLE WEDNESDAY | Untuk pengetahuan korang, mereka memperkenalkan ‘Waffle Wednesday’ yang mana pada setiap hari Rabu, apa-apa waffle yang anda order, anda akan dapat 30% off **while stocks last . Jadi, saya sarankan korang datanglah menjamu selera di Wafflemeister pada hari Rabu.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

BIG POINTS REWARDS | Bagi korang yang suka travel pula, ambil peluang ni untuk kumpul Big Point Rewards dengan pembelian menu-menu tertentu.

HANDMADE BELGIAN LIÈGE WAFFLES DI MALAYSIA

INFO WAFFLEMEISTER BANGSAR

Alamat:
7, Jalan Telawi 3, Bangsar Baru,
59100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

Phone: 

+60 3-2202 1817

Waktu Operasi:
Ahad hingga Khamis (12 tengah hari – 12 tengah malam),
Jumaat – Sabtu (12 tengah hari – 1 pagi).

Website:
http://www.wafflemeister.com/

Facebook :
https://www.facebook.com/wafflemeisterMalaysia/

Instagram :
https://www.instagram.com/wafflemeistermy/

Post a Comment

2 Comments

  1. Ya ampun meriahnya hidangan dan pilihan waffle dia. Terliur tengok. Yang bestnya, terletak dekat Bangsar. Boleh pergi serbu nanti.

    Psssst, kemain Momi makan. Feeling habis siap jeling uols!

    ReplyDelete
  2. awak jom repeat ni. serius ngidam lagi :D

    ReplyDelete